Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Racun.
SIDESTORY 1
Sampai di puncak gunung, Zed menjerit sepuas hati. Setelah tiga kali melaung ke langit, dia terduduk lega. Jeff, rakan yang menemaninya hiking jadi hairan melihatnya.
“Kau ni kenapa, Zed? Dengar macam stres sangat je.”

“Mana tak stresnya, orang putus tunang, macam tu lah..” Meor, sepupunya yang diajak sama, mencelah.
“Tunang?! Sejak bila kau bertunang weh? Cantik tak perempuan tu?” Jeff terkejut kerana tak diberitahu tentang pertunangan itu.
“Keluarga aku yang aturkan semua. Perempuan tu okey la.. Aku kenal dia sejak kecik. Sekolah pun sama, tapi entahlah.. Pening aku memikirkannya.” Zed membuka cerita tentang aturan pertunangan itu.
“Kau cuba lah dulu.. Orang hebat macam kau ni, semua perempuan berani tengok dari jauh je.. Yang datang kat kau pun semua yang gedik-gedik masyaallah.” Jeff mencadang kerana Zed yang dia kenali sememangnya ramai peminat. Cuma rakannya itu yang tidak berminat. “Mana tahu dengan dia ni, memang jodoh kau ke apa.. Boleh terbuka hati kau untuk dia..?”

“Bukan aku tak cuba, Jeff. Meor pun nasihatkan aku suruh cuba dulu. Mula-mula, memanglah aku tak rasa apa-apa. Aku sibuk dengan kerja aku.” Zed menggosok rambutnya sambil dia mengadu tentang masalah itu. “Mak aku ada bagi gambar-gambar dia masa dia join program kat surau rumah tu, rewang-rewang masa orang kahwin.. Aku tengok orangnya memang baik.. jenis diam je.. Aku baru start minat kat dia, tiba-tiba dia pulak marah-marah pastu minta putus.”
Jeff terkebil-kebil mendengarnya.
“Aku nak buat apa, Jeff? Dah perempuan tu yang minta putus..” Zed mengeluh seperti putus asa.
“Kau ada buat apa kat dia, Zed?” Jeff bertanya.
“Mana ada aku buat apa-apa. Aku buat macam biasa je…” Jawab Zed. “Meor suruh aku ws dia sekali-sekala, aku ws la. Kadang dia diam, aku pun tak ws la..”
 “Hmm, perempuan Zed.. Kita buat pun salah, kita tak buat pun salah..” Jeff senyum nipis. “Dah tu, dia minta putus, kau tak pujuk ke?”
“Dia terus bagitau dengan mak dia.. Aku bukan reti nak pujuk-pujuk ni.. lagi-lagi perempuan..”
“Kau tak tanya dia kenapa dia nak minta putus?” Jeff bertanya lagi.
Zed diam seketika. Mengerah otak jantannya untuk mengingati. “Dia kata dia rasa tak ikhlas bila dengan aku, bila chat dengan aku..”

“Haa..?” Jeff menggaru kepala. “Mungkin lah.. Mungkin je, aku tak tahu lah betul ke tak, tapi maybe kau buat dia rasa tak selesa dengan kau kut. Mungkin sebenarnya dia bukan pendiam, tapi dia tak selesa dengan kau.”
“Kenapa pulak?”
Jeff mengangkat bahu. “Perempuan, Zed. Sensitif dia tu lain…”

<face.>
aku tulis situ sidestory satu, sebab aku cadang nak tuliskan the inbetween time diorang bercinta or something sebab kan aku main cut je terus diorang dah kahwin.. tapi hmm idea tak muncul so this is the only sidestory yang ada. k, will hiatus for uni life. regards

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous