Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Sarapan pagi disediakan.


Disebabkan terlupa membeli kopi, Iffah membancuh air Horlicks untuk dihidang.


Sarapan Horlicks? Suaminya menyengih. 'Macam budak-budak', dia berfikir sendiri.


"Kenapa? Apa yang kelakar?" soal Iffah.


"Tak ada apa-apa." Izhar berdalih.


"Cakaplah. Kalau ada yang tak kena atau nak mengadu apa-apa, beritahulah. Jangan nanti simpan jadi alasan bergaduh pula." Tanpa sedar, Iffah yang mula bersungut.


Izhar sengih lagi.


Iffah tarik muka.


Izhar geli hati melihat kerutan di dahi Iffah.


"Sumpah, saya sayangkan awak." Izhar menarik Iffah ke dalam pelukan, lantas mengecup pipi mulus isterinya.


Muka Iffah merah padam.




'Boleh pula dia tertinggal dokumen ni?' Iffah bergegas ke kaunter (front desk). Dia bertanyakan keberadaan suami.

"Boleh saya nak hantarkan ini kepada Isha?"


Penyambut tetamu kelihatan terkebil-kebil seketika. Namun dia pantas melakukan tugasnya.

"Sekejap ya, puan. Nanti En. Izhar akan ke mari. Tapi dia sedang dalam mesyuarat."




Sambil menunggu, Iffah terdengar rakan sekerja suaminya bergosip dekat dengan mesin air.


"Isteri En. Izhar?"


"Haah, isteri dia nampak polos je kan? Keluar rumah dengan baju T je."


"Mungkin dia daripada bersenam kut?"


Iffah melihat bajunya. Baju T kapas lengan panjang dengan gambar Kurosaki dan tulisan kanji: mamoru yo.


'Ah, aku kelam kabut sampai lupa tukar baju.' Iffah cuba menyorokkan gambar anime itu. Tapi usahanya tak berguna kerana gambar itu besar memenuhi ruang kanvas. Apatah lagi dengan watak berambut oren yang begitu menarik perhatian.

Iffah tersipu menahan malu. 


"Iffah." Suami yang ditunggukan kini muncul. Wajahnya nampak risau. "Ada apa?"


"Ini surat yang Isha siapkan semalam, kan? Tertinggal kat rumah ni." Sampul warna perang bersaiz A4 dihulur.


"Ini bukan surat untuk kerja." Izhar berkerut menahan perasaan malu. Dia segan untuk memperlihatkan isterinya yang comel ini kepada rakan-rakan di tempat kerja. Bahkan sewaktu majlis kahwin, hanya Joe, rakan semejanya yang dijemput. Selebihnya, rakan dari zaman belajar.


"Eh, bukan?" Wajah polos Iffah membuatkan wajah Izhar semakin merah padam. Sungguh isterinya ini memang clueless orangnya. 


Izhar menarik Iffah keluar dari bangunan pejabat. Dia rimas dengan mata-mata yang memerhati.

"Iffah... Kerja saya kebanyakannya dalam laptop, tak pernah saya bawa balik dokumen ke rumah." Izhar menjelaskan.


"Maaf." Iffah terasa kebodohannya menular ke segenap ruang tubuh.


"Tak apalah." Izhar cuba meredakan hati Iffah dengan mengelus bahunya. "Awak ada tengok isi dalam itu?"




"Isteri dia panggil dia Isha?"

"Macam bunyi pelat, haha."

"Nampak tak baju isteri dia?"

"Tak sangka isteri dia minat anime. Agak-agak En. Izhar pun minat anime ke?"

"Eh, korang nampak tak apa yang aku nampak tadi?"

"Apa? Pasal En. Izhar marah isteri dia?"

"Bukanlah. Takkanlah En. Izhar nak pancung isteri dia macam dia pancung kita."

"Manalah tahu, kalau dah memang perangai suka pancung orang."

"Taklah, bukan. Tadi aku nampak. Korang kan dari sini nampak En. Izhar dari belakang. Tapi aku nampak muka dia tadi. Pipi dia blushing, lepas tu mata dia meredup. Macam ada gambar love dekat mata dia."

"Eh, kau ni. Entah-entah kau buat cerita je."

"Takkanlah En. Izhar yang perengus tu ada sisi lembut pulak?"

"Manalah tahu. Dengan kita, garang nauzubillah. Dengan isteri pulak, manja."




"Tak. Iffah tak tengok. Takut kalau dokumen sulit." Iffah menjawab pertanyaan Izhar. Dia mula ingin tahu apa isi sampul itu.


"Hmm, bulan depan saya ambil cuti seminggu." 


Iffah berkerut dahi. Tiba-tiba pula lari topik?


"Saya nak bawa awak pergi festival sempena ulang tahun anime Bleach yang awak teringin nak pergi tu." Jelas Izhar sambil membuka sampul di tangan isterinya.


"Tapi..." Kerutan di dahi Iffah semakin dalam. "Festival tu dekat Tokyo Big Dome...?"


"Ya. Sambil-sambil tu kita makan angin dekat sekitar situ. Bolehlah awak nak merasa makanan Jepun tulen." Izhar menunjukkan sebuku pamphlet rancangan perjalanan beserta tiket untuk mereka.


"Eh, biar betul?" Iffah hampir tak percaya.


Izhar mengeluh kecil melihatkan mata Iffah yang bersinar bagaikan anak kecil mendapat gula-gula.


"Hmm, sudahlah. Saya kena masuk kerja. Dekat rumah nanti kita bincang." Sebelum beredar, Izhar sempat mengulas tentang baju Iffah. "Beruntung mamat rambut oren ni. Ke mana-mana awak canang muka dia."


Iffah sembunyi di balik sampul. Hatinya menjerit riang. Ketika dia memaksa Izhar turut serta dalam pertandingan media sosial peminat anime itu, dia tak pernah menyangka suaminya akan terpilih sebagai pemenang. Apatah lagi, antara tempat teratas.

Sejenak, dia cemburukan tuah Izhar. Sejenak lagi, dia rasa tak sabar untuk menjejakkan kaki ke tempat percutian idaman sejak kecil.


*****

ff: summoning the Thousand Blood Wars. pls dont get delayed. Fast release pls.

Also, channelling otaku spirit in ward of girlish Barbie adventure. #cuciotak

#lepas gian. Btw sloppy nerdy girl w a (supposedly) fussy hubby.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous