Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

"Bertenang, Amir. Tarik nafas, istighfar banyak-banyak. Minta petunjuk dari Allah." Nasihat akhir dari Malik sebelum dia meminta diri.

Amir berdiam diri di tepi pantai. Merenung air hijau yang semakin gelap lantaran matahari kian terbenam. Amir hanya tersedar apabila azan berkumandang. Dia segera menunggang motornya untuk ke masjid.



Setibanya di surau, Amir dikejutkan dengan kehadiran kereta polis dengan tiga orang putih di dalamnya. Lebih mengejutkan lagi, polis mengiringi Kamarul di dalam saf solat Maghrib.

Usai solat, Amir menghampiri mereka yang sedang bercakap dengan Tok Imam.

"Hah, Amirul."

"Ya, Tok."

"Kami tangkap orang ini, buat perkara tak senonoh di rumah kamu. Kamu kenal dia? Atau dia ceroboh rumah kamu?"

"Arul tak terlibat, Along! Arul dah suruh diorang tunggu Along balik, atau pergi cari hotel. Tapi diorang tak nak dengar cakap Arul!"

Amir tak percaya apa yang didengarnya.



"Ya, Tok. Dia adik saya. Dia baru balik dari Australia." Amir terpaksa mengakui walaupun dia dirundung rasa malu.

"Encik, kami terpaksa bawa dia ke balai. Apa yang dia buat dengan kawan-kawannya itu, salah di sisi hukum undang-undang kita. Jadi, encik boleh ikut kami bincang di balai."


"Along, tolong Arul!" Arul bergelut dan enggan mengikuti pihak polis. Amir rasa tertekan dengan situasi itu. Apatah lagi, Tok Bilal dan beberapa orang ahli jawatan kuasa surau sedang melihat. Semena, Amir menampar Kamarul yang masih mengharapkan pertolongannya.

"Kalau diorang tu rompak rumah aku, bawa lari duit dan barang-barang dalam rumah tu, kau masih nak biarkan macam ini?!" Amir memarahi. "Ingat Allah, Kamarul!"

Kamarul terdiam dan berhenti bergelut. Pihak polis mengambil peluang untuk membawanya pergi.

Tok Imam menghampiri Amir.

"Sabar Amir. Pihak polis akan uruskan hal ini."

"Saya malu, Tok."

"Mari. Kita ke balai, kita tengok apa yang kita boleh tolong untuk adik kamu."



***

"Kamarul!"

Ibu seronok melihat Kamarul dan Amir pulang. 

"Kenapa balik tak bagitahu?"

"Ayah mana, ibu?" Soal Amir, usai bersalaman.


Laju langkah Amir mendapatkan ayahnya, walaupun ibu mengajak mereka untuk minum dahulu. Amir terpaksa memberitahu hal penting tentang Kamarul kepada ayahnya.

"Apa?" Ayah menjerit marah. Ayah melihat wajah Kamarul yang menikus di belakang ibu.

"Kenapa?" Ibu yang baru muncul menghampiri Ayah dan Amir, terpinga-pinga.

"Dah call pihak universiti?" Ayah tanya Kamarul. "Beritahu pihak universiti kamu nak tangguh semester."

"Ada apa? Kenapa kena tangguh universiti?" Ibu masih tertanya-tanya. Dia memandang wajah Amir kemudian Kamarul dan Ayah, meminta jawapan.

"Awak tanyalah anak kesayangan awak tu, apa yang dia dah buat!" Dengan wajah merah padam menahan marah, ayah meluru masuk ke bilik. 

Ibu memandang Kamarul dan Amir meminta jawapan. Masing-masing diam tanpa ada jawapan. 



 "Helo?"

Suara kecil lunak dari panggilan telefon.

"Ini Bang Mir, kan? Eja call ni sebab Eja ada nak tanya sesuatu." 

Amir tahu itu Eja. Walaupun tertera nama pemanggil sebagai Tok Bilal Terengganu, Amir tahu dari suara itu.

"Maaf, Eja." Amir tiba-tiba rasa pening kepala. Dia masih ingat niatnya untuk memberi sampul hijau kepada Eja. Tapi, isi sampul hijau itu...

"Abang tak tahu bila abang akan balik ke Terengganu. Mungkin juga abang takkan balik lagi."


"Kenapa?"

"Abang ada masalah keluarga."

"Tentang adik abang tu ke? Eja tak kisah semua tu. Ayah pun kata ayah tak kisah. Yang kena tangkap tu adik abang, bukannya abang."

"Bukan macam tu, Eja. Bukan itu saja." Kepala Amir semakin berat. Kata-kata Eja hanya menambah cuka ke atas luka. Bukan hanya itu yang membuatkan dirinya terasa aib.

"Jadi kenapa? Ada apa lagi?"

"Eja masih muda. Mungkin bukan jodoh Eja dengan abang. Abang tak sempurna. Dan abang tak dapat nak sempurnakan Eja." Amir cuba untuk memberi penjelasan yang baik untuk Eja. "Eja tahu kan, perkahwinan itu demi menyempurnakan iman dua jiwa."

"Apa maksud abang?"

"Maafkan abang. Abang tak ada apa-apa perasaan untuk Eja. Abang harap Eja jumpa orang yang lebih baik dan lebih sesuai untuk Eja."


'Kejujuran itu tak semestinya perlu untuk diungkap. Jika ia pahit yang meracun, biarlah aku sendiri yang menelannya.'


Sampul hijau di rumah.

"Jujur abang katakan, abang ini seorang gay."




-end-

read prologue (part 1) & part 2

previous part

berapa tahun lepas punya cerita. lol.

percaya tak, ending ini bias. 

aku dapat kerja baru. tengok kawan kerja ada boyfriend, bila diorang mintak pendapat, aku bias kata hei muda lagi nak kahwin. hanya sebab aku masih broken. 

lol. sampai bila.

mungkin hanya boring.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous