ini bukan kisah cinta.
Ini kisah aku yang akan forever alone sampai ke hari tua.
Dari pandangan orang, hidup aku sempurna. Aku punya segalanya.
Tapi segalanya tak sempurna tanpa cinta.
Atau itulah yang aku fikirkan sejak dahulu.
Aku punya satu rahsia. Rahsia yang sangat besar, yang suatu masa aku tak mampu nak tanggung rahsia ni sendiri.
Mujur, waktu itu Allah datangkan seseorang untuk temani aku di saat aku hampir mencampakkan diri sendiri ke dalam kegelapan.
“Amir.. kau nampak serabut je? Nak join aku? Mana tahu daripada asyik fikir masalah je, kau boleh fokus benda lain pulak and mudah-mudahan ringan sikit kepala kau daripada masalah.”
“Join buat apa?”
“Sesungguhnya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang. Jom belajar Al-Quran. Kitorang ada buat tilawah setiap minggu, tapi kitorang short seorang ahli. Sebab tu lah aku ajak kau ni..”
Pertemuan pertama aku dengan Malik. Orangnya segak penuh karisma. Memang aku tahu dia aktif terlibat dengan persatuan, tapi aku tak menyangka dia juga ahli sahabat masjid. Pada mulanya, dia hanya ingin mempromosikan aktiviti masjid. Tapi, aku tak tahu kenapa aku menurut. Dan pada hari pertama itu, syahdu benar keadaanku. Tak tertahan malu dan sebak, duduk di dalam sebuah bulatan gembira, yang menghubungkan lutut ke lutut.
“Dah lama tak baca Al-Quran eh?” Malik duduk memelukku dari sisi. Dia menghulurkan tisu yang diambil dari dapur masjid. Aku menekup muka yang basah dengan air mata.
“Bacaan kau elok. Sedap dengar tajwid tu..” Dia memuji bacaanku. Yang mana aku sendiri malu dengan bacaan seperti itu. Sepanjang tilawah tadi, aku berkerut-kerut kerana terlupa huruf. Namun sebolehnya aku usahakan untuk membaca dengan baik. “Tapi kau ada masalah ke?”
Mendengarkan soalan itu, air mata mengalir lagi sehingga lencun bajuku dibuatnya.
“Kalau kau nak share, aku sedia mendengar. Kalau kau tak nak share, balik ni buatlah something yang boleh release sedikit stress kau ni. Kau tak perlu rasa terbeban sorang-sorang..”
Aku mengangkat muka. Itu kali pertama dalam hidup aku, mendengar nasihat yang sungguh bernas. Tiada paksaan dan tiada desakan. Ternyata itulah kata-kata yang aku tunggu selama ini.
“Kau nak tahu satu rahsia tak? Rahsia ni besar gila. Aku rasa berdosa sangat. Tapi aku tak tahu macam mana nak mengelak lagi. Makin hari, makin kuat rasa nak buat benda yang jijik tu.”
Reaksi dia bila mendengar pengakuan aku.. sungguh priceless. Reaksi yang sama yang aku jangkakan daripada sesiapa sahaja. Tapi cara dia menunjukkan rasa terkejut itu, buat aku rasa terhibur.
“Tapi kau tak pernah buat benda tu kan?”
Aku menggeleng. Simpang malaikat empat puluh empat, aku sanggup mati daripada buat perkara sekeji itu.
“Dan kau pernah cuba dekat sesiapa yang lain? Selain adik kau? Maksud aku, pernah tak kau tengok orang lain dan rasa yang sama.”
Aku mengangguk. “Tapi selalunya, orang tu akan ada iras muka dengan adik aku.”
Dia menggosok leher. Aku dapat rasakan dia mula berasa cringe dan jijik dengan aku. Tapi dia tetap duduk di sisi aku. Cuba membincangkan masalah tentang rahsia besar aku ini.
“Dekat aku? Ada?”
Aku menekup mulut.
“Maksudnya ya la tu??”
Perlahan-lahan aku mengangguk. “Kau kan hensem.”
“Aku?! Yang berjerawat ni? Yang takde perempuan nak ni?!” Malik terbahak. “Kau saja nak ambil hati aku ke apa ni..?” Malik terus ketawa lagi.
“Sebab karisma. Sebab karakter kau bagus.” Aku menjelaskan.
“Sayangnya kau bukan perempuan.” Malik menggeleng-geleng, lantas melepas pandang. Mungkin dia juga kecewa kerana cinta.
“Aku pernah berfikir untuk pergi ke Thailand.”
“Untuk apa? Buat pembedahan?”
“Haah.”
Malik ketawa kecil. “Kau pernah fikir, duit untuk buat pembedahan tu.. boleh buat duit pergi umrah tau.”
Mind blown. Betul kata Malik. Daripada aku terus dihimpit rasa bersalah sebab ada keinginan untuk berbuat dosa, kenapa aku tak gunakan semua tenaga dan resources itu untuk kembali kepada Allah? Kenapa, dengan segelintir perasaan ini, aku terus lupakan segala ibadah dan menyeksa diri dengan fikiran sendiri. Sungguh, aku tak pernah terfikir sebegini.
“Kau nak tahu, dulu masa awal-awal join kuliah maghrib kat sini.. Aku selalu terfikir, kenapa bila ustaz-ustaz habis bagi ceramah, then dia cakap ‘semua yang baik itu daripada Allah dan sesungguhnya kekurangan yang ada pada diri saya pun datangnya daripada Allah’. Like, jahat ke Allah sebab tinggalkan manusia dengan kekurangan?”
Malik mula mengalih pandangnya ke sekitar. Tak lagi fokus kepada aku. Sebaliknya,melempar pandangan ke suasana malam yang kian menyepi. Mungkin juga, dia mula fokus pada dirinya sendiri.
“Tapi kan.. Allah Maha Mencipta, dan Allah Maha Tahu tentang apa yang terbaik untuk apa yang telah Dia ciptakan. Dan kau tahu apa yang terbaik untuk manusia?”
“Kesempurnaan?”
“Bukan..” Malik memandang aku tepat ke dalam mata. “Keseimbangan.”
Aku terdiam bisu.
“Dalam Al-Quran, Allah ada sebut: sebaik-baik kaum adalah kaum kamu yang berada di pertengahan. Pertengahan tu maksudnya, tak berat sebelah. Tak cuma mementingkan akhirat, tetapi juga mentadbirkan kehidupan. Tak cuma memikirkan tentang harta, sebaliknya mementingkan juga nilai moral. Tak cuma memikirkan untuk gembira dan bersenang-lenang, sebaiknya sudi menempuhi liku-liku kehidupan yang memenatkan. Tak cuma mengajarkan kebaikan, sebaliknya berwaspada dengan kejahatan.” Begitu Malik berfalsafah. “Sebab dalam dunia ni, kawan, ada siang dan ada malam; ada cerah dan ada gelap. Dan untuk hidup, kita perlu manfaatkan kedua-duanya.”
Benar kata Malik. Selalu, kita terlalu fokus pada kesusahan. Sehingga terlupa untuk menghitung kesenangan dan untuk mengubah kesusahan itu menjadi senang.
Dan kini, aku selalu cuba memanfaatkan setiap anugerah dan setiap dugaan yang dikurniakan kepadaku.
Anugerah untukku, punya seorang adik yang sangat baik dan berbudi. Ujian untukku, cinta yang berlebihan untuk dirinya.
Dengan nasihat dan bantuan dari Malik, kini aku tak lagi risau seandainya aku akan hilang kewarasan dan mula melakukan yang bukan-bukan kepada adikku.
Aku mula mencurahkan rasa cinta ini dengan lebih rasional. Jika aku terasa seperti terlalu merindukan dirinya, aku belikan hadiah untuknya. Dan jika aku rasa aku perlukan sentuhan darinya, aku mengajaknya keluar dan melepak bersama. Di luar, di tempat yang selamat untuknya, daripada keinginan songsang yang aku miliki.
Dan kewarasan yang aku punyai, aku jaga sebaiknya, dengan melazimi Al-Quran dan mengikuti kuliah-kuliah di masjid bersama Malik.
Setiap kali aku jemu, Malik berusaha untuk spice things up untuk aku. Supaya aku dapat terus dalam nikmat ibadah, dengan pelbagai cara yang berbeza.
Terkadang, dia mengajakku rehlah bersama rakan-rakan usrahnya. Yang kini juga menjadi rakan-rakan usrahku. Terkadang, dia mengajak aku untuk qiyamullail bersama. Yang mana aku berasa skeptik, kerana malam dan tidur bersama adalah taboo untukku. Tapi dia berjaya membuktikan, yang aku lebih kuat daripada fikiran-fikiran yang menghantui ruang mindaku.
Cuma, aku masih belum menjumpai mana-mana perempuan yang mampu mendebarkan hatiku, seperti mana ketika aku melihat adikku dan lelaki-lelaki hensem di sekelilingku.
I guess, aku tak perlukan perempuan untuk menghalau perasaan songsang ini. Mempunyai perasaan untuk kaum sejenis, tak bermakna aku harus melanggar larangan Allah dan mengubah fitrah manusia.
Semoga Allah terus menjaga aku dalam perjuangan ini.
….
Rants;
Aku sedih tengok safiey ilyas sebenarnya. Tapi aku tahu dia mampu. Sebab tu allah uji dia sebegitu. Ya, break ups are harsh. Dan dia perlu bantuan untuk terus kuat di jalan allah. Aku sedih bila dia dikecam. Tapi tak mampu untuk terlibat dengan dia, Cuma mampu doakan dari jauh sahaja.
Dah lama sebenarnya nak tulis satu oneshot POV seorang lelaki yang ada naluri songsang tapi nak buktikan kat orang yang seseorang itu tak perlu succumb kepada kejahatan untuk hidup bahagia.
Aku terfikir ayat ni suatu hari; even if youre given a bad thing, you can always make good things out of it.
Contohnya, kalau diberi daging babi, tanam je lah dan jadikan bangkainya sebagai baja di dalam tanah. Tak perlu pun nak masak danmakan jugak makanan yang diharamkan oleh allah. Babi tak salah okey, Cuma dia haram dimakan dan perlu disucikan setelah menyentuhnya.
Pasal baja; it has been synthesised in the plants system. Ada rasa babi lagi ke? Well, its best to avoid using babi tho.
Actually, ayat2 dalam citer ni adalah untuk my own reflection jugak.
Cerita ni terasa tak lengkap. But cukup untuk aku lepaskan gian menulis di samping kegilaan assignment yang kian menimbun.
Mungkin akan sambung cerita ni, takpun if aku ada a good well planned idea, then I think its better to redo the story. Tengoklah citer ni; tak tunjuk sangat pun apa struggle dia dengan his lil brother. hahahahaaaaaaaaaa
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment