Aku tak faham untuk apa aku datang ke sini. Dari jauh aku ambil flight semata-mata untuk berjumpa dengan dia di China. Namun, dia ajak aku temankan dia di hari yang dia sudah punya janji lain: untuk memeriksa kebun bersama rakan projek universitinya.
Aku rasa terpinggir. Sepanjang pagi, aku hanya membuntuti di belakang Haris, sambil dia dan Mei Lin ketawa bersama melihat tanaman mereka rimbun dengan buah yang besar-besar belaka. Sepertinya, bukan aku yang berpacaran dengan Haris. Yalah, bentuk tubuh orang China.. Putih, mulus, langsing.. Pastinya lebih menarik berbanding aku yang debab ni.
Menjelang tengah hari, kami bertiga berehat di sebuah pondok berhampiran rumahnya. Semua hasil tanaman yang dipetik, diletakkan di situ. Sambil mengira-ngira hasil yang ada di dalam bakul, mereka sedikitpun tak peduli dengan kehadiran aku. Seketika, terdengar suara ayah Mei Lin memanggil. Mei Lin terus meminta diri untuk masuk ke rumah.
Setelah belunjur melepas lelah ke langit, Haris memandang aku sambil menghulur senyuman. Aku tertunduk menahan riak wajah. Senyuman manja lelaki itu berjaya mencairkan hati aku setiap kali.
"Mia, tengok ni.."
Baru sekarang ini dia ingat tentang aku?
"Jagung ni.." Dia menunjukkan setangkai jagung yang membuatkan kening aku terangkat.
"Jagung merah?" Soalku.
"Cuba pusingkan sebelah."
Spontan, keningku terangkat apabila aku perasan jagung ini separuh merah dan separuh putih. Atau, setelah dilihat dengan jelas, kuning pucat yang menyerupai warna putih.
"Wow! Ari combine varian jagung ni ke?" Aku menyoal, memahami kerjanya dalam bidang agrikultur.
"Ari dengan Mei Lin mulakan kebun jagung tu dengan 5 jagung merah dan 5 jagung kuning. Lepas setahun, kitorang dapat jagung yang bercampur warna. Ada satu masa kitorang tuai jagung yang selang-selang butir kuning merahnya. Macam papan catur dam!" Haris menyatakan betapa bangganya dia dengan projek yang dia lakukan.
Aku hanya mengangguk. Sudah kutahu tentang jagung checkered itu daripada hantaran gambar tahun lepas. Wajah bangga Haris memancarkan karisma. Dengan gigi taring yang menawan dan wajah bersih tanpa cela, memang dia kelihatan kacak dan terlalu kacak untuk aku. Persoalan yang berlegar dalam fikiranku sejak semalam kembali menyinggah.
"Ari.. Mia nak tanya something.."
Haris menoleh memandang wajahku penuh bersahaja.
"Kenapa Mia?" Aku tertunduk sambil menanti jawapan.
"Kenapa apa?" Haris tak memahami maksud soalan aku.
"Kenapa Ari pilih untuk couple dengan Mia?"
"Apa yang Mia cakapkan ni..!" Kerutan muncul di dahinya. Mungkin tak menyangka akan mendengar persoalan yang mengarut ini. "Ari pilih Mia, sebab Ari sayangkan Mia.. Apa perlu sebab lain lagi ke?"
"Kenapa Mia? Mia bukan ada apa-apa yang special pun-- itu maksud Mia.." Aku inginkan jawapan lebih panjang.
"Kenapa Mia cakap macam ni? Mia special pada Ari." Manis mulut lelaki ini seperti selalu. Seperti sengaja menggoda aku untuk memaafkannya. Wajah aku mula merona merah.
"Ari suka tengok Mia senyum. Lebih-lebih lagi, masa makan. Sebab tu lah Ari join projek Food For Charity ni. Sebab Ari nak tengok lebih banyak orang senyum. Manis macam Mia.." Aku tersipu malu. Tak pernah aku terfikir dia mengaitkan projek ini dengan perasaannya terhadapku. "Orang kata, 'spread the love'. Tapi Ari nak 'spread Mia's love'."
Ternyata selama ini aku salah faham tentang mengapa dia sanggup merantau 5 tahun lamanya. Seketika, waktu bagai terhenti meraikan suasana manis antara aku dan Haris.
"Ari ingat tahun ni nak bawak Mia.."
"Harry! Lunch..!" Mei Lin melaung dari dalam rumah.
Perbualan terhenti lantaran panggilan Mei Lin untuk makan tengah hari. Rupa-rupanya ibu dan ayahnya sudah menyiapkan makanan untuk kami semua. Haris bangkit untuk membantu keluarga Mei Lin berhidang. Sebagai tetamu, aku juga ikut di belakang. Sambil otak masih tertanya, ke mana Haris ingin membawaku?
*
*
*
Perjalanan dalam bas begitu melelahkan. Apatah lagi setelah menaiki penerbangan jauh dari Chengdu Airport ke Kuala Lumpur Airport. Kesesakan trafik menambahkan rasa letih dalam diri. Aku mengerling ke arah Haris yang baru selesai membuat panggilan kepada keluarganya. Daripada perbualan mereka, aku dapati ini musim cuti semester terakhir sebelum Haris bergraduasi pada hujung tahun nanti.
Haris menoleh ke arahku dan menghulur senyuman. Kemudian, dia memeluk lenganku dan melabuhkan kepala di sisi aku. Aku diam sahaja. Aku masih memikirkan: apa yang dia rancangkan dengan membawa aku pulang ke rumah ibu bapanya. Dan bagaimana aku perlu menjaga kelakuanku di depan keluarganya nanti.
"Haris!!"
Haris dan wanita separuh baya itu berpelukan. Lama mereka berbual bertanya khabar sebelum Haris memperkenalkan aku kepada orang yang dia panggil ibu.
Ibu? Aku sedikit hairan, tapi aku tetap bersalam mesra dengan wanita itu. Aku rasa kekok. Nak dikatakan nervous, tak juga. Dada aku tak terasa berdebar pun. Tapi.. bahu aku terasa berat dan mengeras.
Tiba-tiba, Haris meminta diri.
"Paie dan Fiza belum balik ya? Biar Haris pergi jemput diorang untuk ibu." Katanya sebelum meninggalkan aku sendirian terpacak di depan pintu rumah.
"Mak Normah.. Siapa yang datang tu..?" Soal jiran sebelah rumah yang sedari tadi mengintai dari balik pagar rumahnya.
"Oh.. itu Haris.. baru balik dari China." Mak Normah berbasa-basi. "Ini pulak.. anak--"
Aku dapat rasakan ayatnya terhenti buat dua detik.
"Anak angkat baru kita..."
Aku senyum paksa kepada jiran itu. Walaupun aku rasa sedikit terharu apabila ibu Haris mengakui aku anaknya, tapi jiran pengintai macam tu? Hm, sumpah janggal!
*****
aku mimpi cerita ni pagi tadi. mimpi boyfriend tu dah pelik semacam.. mimpi pulak rumah ibu dia tu.. bayangkan rumah tinggi gila: bila guruh, kilat atas kepala. rasanya aku nak ubah sikit mimpi ni biar sedap cerita. jadi nantikan part 2.
aku buat cerita ni pakai bantai pilih nama. sekali bila dah lama baru teringat dua2 nama haris dan mia ni kawan aku time kolej. geli hati puloks.
#noscandal #ampunnnn
Post a Comment