Ini bukan kisah cinta.
Ini kisah aku, yang penat mencari erti kesenangan dalam hidup.
Dengan berkat seorang sahabat bernama Malik, aku kini tenang hidup mendekati masjid. Sentiasa dengan jemaah. Solat, zikir dan saling membantu dalam aktiviti-aktiviti masyarakat. Malik, entah apa khabarnya? Sudah hampir lima tahun tak berjumpa.
"Amir, menung? Teringatkan keluarga ke?"
"Eh, Tok." Aku tersengih malu. Agak-agaknya tok bilal ni perasan ke aku melopong kat sini? "Tak lah, tok. Tak ingat apa sangat pun. Saja duduk hilangkan penat. Ibu ayah ok je kat KL. Baru semalam tanya khabar diorang."
Tok bilal menumpang duduk di sisi. Sejak berpindah ke Terengganu, memang lepak di surau dengan tok bilal je kerja aku setiap malam.
"Mana lah tahu, kut-kut tengah berkira nak bina keluarga sendiri ke..?"
"Eh, tiba-tiba pulak tok ni." Gurauan tok bilal buat aku berkerut lucu. "Saya ni dah terlebih bujang terlajak tok. Tak pernah terfikir nak kahwin pada umur 30 ni. Lagipun, hati saya tak terbuka untuk perempuan.." Aku jujur memberi alasan.
"Lah.. mengapa? Masih ingatkan ex ke? Kamu ni ada kerja bagus, rupa pun ada.. Rugi kalau kamu tak menikah. Menikah tu kan sunnah nabi."
Kata-kata tok bilal membuatkan aku rasa malu. Kalaulah tok tahu apa yang ada di sebalik rajinnya aku ke masjid...
"Takpe lah tok.. Bukan semua orang mampu nak laksanakan semua sunnah-sunnah nabi. Solat jemaah, mengimarahkan masjid pun kira sunnah nabi juga kan.. Itu je yang saya mampu." Aku cuba mengelak membuatkan tok bilal berkeluh kecil.
"Kamu memang tak ada plan nak kahwin ke?"
"Saya tak mampu, tok." Masih, aku jujur dalam kias.
"Sebenarnya, tok ada hajat nak bincang dengan kamu. Tapi kalau kamu tak sudi, tok tak memaksa.."
"Hajat apa tok? Besar bunyi hajat tok ni.." Semena, suasana terasa berat.
"Kamu kan dah kenal rapat dengan Khadija.."
"Anak kedua tok tu ke? Kenal gitu-gitu aje.. Tak rapat pun.." Khadija, anak tok bilal yang masih belajar di Kolej Komuniti MARA. Setiap kali isteri tok datang merewang, Khadija selalu ada membantu di sisi emaknya.
"Dulu Khadija tu tak macam sekarang. Jarang dia ambil peduli tentang kerja-kerja di masjid ni. Masa dia baru habis SPM, memanjang dia keluar jalan dengan kawan-kawan dia." Tok bilal membuka cerita.
"Budak-budak, tok. Baru habis belajar lagi pun. Sekarang dia dah berubah, alhamdulillah. Beruntung Tok dengan Ustazah ada anak macam dia." Aku cuba mengendurkan suasana. Tak mudah untuk masuk campur tentang hal keluarga orang. Apatah lagi, hal aku sendiri pun sukar untuk aku telan.
"Dia mula berubah sejak 3 tahun lepas, masa kamu baru mula bekerja di sini. Sekarang dia dah nak konvo, tok ingat nak kahwin kan dia."
"Oh.." Fikiran jadi kosong. Kalau dia dah berubah sebanyak tu.. itu benda bagus, kan?
"Dia kata, dia berkenan kat kamu. Kalau kamu tak ada siapa-siapa.. sudilah pertimbangkan anak tok tu."
Hah? Aku?
"Tak apa.. kamu ambil lah masa, fikir dulu masak-masak. Kalau perlu, bincang dengan keluarga dulu. Lepas tu baru bagi jawapan."
"Tapi tok, saya.."
"Kamu fikirkan dulu ya. Khadija kata dia boleh tunggu jawapan dari kamu."
Aku termenung di katil. Hajat tok bilal buat aku tak senang tidur. Persoalan macam ni, senang kalau tanya Malik. Hm.. Kalau lah Malik ada sekarang ni, boleh aku terus tanya kat dia.
*****
Menjelang pagi, aku terjaga akibat sebuah mimpi. Tentang aku. Di sebuah hospital, aku sedang bersiap untuk masuk ke dewan bedah. Entah apa ceritanya, aku tak ingat. Yang aku ingat, waktu nurse dorong katil aku masuk, Adik ada meneman. Adik bagi kata-kata semangat dekat aku. Lepas tu dia cium tangan aku.
Kepala aku geleng laju-laju. Dah-dah lah tu, Amir. Istighfar banyak-banyak. Adik tu dah besar, kenapa nak cium tangan kau lagi?
Sebaik aku menghidupkan enjin motor, aku menerima sebuah panggilan. Eh, panjang umur budak ni!
"Halo, assalamualaikum Along!"
"Ya, waalaikumsalam budak Australia! Kau sihat? Kenapa call ni?"
"Sihat je, hehe. Along tengah buat apa sekarang?"
"Tengah siap-siap nak kerja ni. Haa, ada apa call pagi-pagi? Baik kau cakap cepat. Nanti Along lambat kang.."
"Oh, hehe.. Arul nak mintak tolong sikit. Arul nak balik cuti hujung minggu ni.."
"Summer break ke?"
"Haa.. pastu ada kawan-kawan nak ikut. Plannya nak travel Malaysia. Ingat nak bawak jalan-jalan kat pulau Terengganu. Ingat nak tumpang rumah Along. Kalau Along izinkan lah."
"Jalan-jalan Terengganu pulak! Orang Australia ke nak datang sini? Ramai ke? Rumah Along dalam 5-6 orang muatlah. Lebih dari tu kena tidur luar."
"Nice! Kitorang stay dalam 4-5 hari je. Ahad ni flight kitorang."
"Haa, okey. Apa-apa nanti ws."
"Ok, Along. Thank you! Sayang Along!!"
Dah lama aku tak bertegur sapa dengan Kamarul. Selalunya hanya dengar khabar dari ibu atau tengok posting di instagram saja. Ya lah, sejak aku putuskan untuk jauhkan diri dan pindah jauh dari rumah.
Memikirkan waktu masuk pejabat, Amir memecut motorsikalnya. Tanpa disedari, senyum terukir.
"Besar jugak rumah Along, ye. Along nak duduk sini terus ke?"
"Taklah, sewa je. Bilik lebih tu, untuk bila ibu ayah datang singgah. Senang, tak payah nak cari homestay."
"Oh.." "Annie dengan Sarah tidur sini, boleh kan? Arul dengan Gary tidur dekat ruang tamu je ok dah."
Aku berkerut dahi. Kamarul mampu backpack separuh hari sebelum sampai di depan rumah aku malam-malam macam ni. Padahal aku dah suruh dia bagitahu waktu flight tiba, supaya aku boleh datang menjemput. Pulak tu, dia datang dengan kumpulan seorang lelaki dan 2 orang perempuan warga asing.
"Kenapa kau tak cakap nak bawak perempuan, Kamarul?"
"Ala.. Along..."
"Boleh lah, dah malam ni. Takkan aku nak suruh diorang tidur kat jalan?" Aku menggaru kepala. "Aku ingat ada homestay sebelah taman sana. Seeloknya diorang tinggal sana esok. Kau dengan Gary boleh la tidur sini."
Kamarul mengeluh tak setuju. Tapi dia tak membantah. Aku hairan dengan sikap adik seorang ni. Mentang-mentang jejak oversea, takkanlah...
"Elok-elok jalan bawak perempuan, jaga adab tatasusila. Walaupun diorang tu bukan Islam, kau tu jangan lupa aturan Islam. Ingat ni, dik." Hanya secebis nasihat sebagai memperingatkan.
Sebelum tidur, aku sempat bertanyakan perancangan mereka sepanjang melancong di sini. Lagak mereka seperti sukakan suasana alam. Pagi esok mereka akan ke pantai dan lusa mereka ingin mendaki bukit dan mencari air terjun. Kamarul meminta aku untuk belanja mereka makan malam di kawasan pantai yang menjadi tarikan pelancong. Mentang-mentang aku ni abangnya, selamba minta belanja. Aku setuju saja. Sebagai orang tempatan, apa salahnya menunjuk jalan.
Sambil menyiapkan tempat tidur, aku perasan Kamarul banyak bergurau dengan Annie. Sehingga bertepuk tampar pula. Aku rasa tak sedap hati.
Disebabkan tak selesa dengan hakikat yang Annie dan Sarah terpaksa bermalam di sini, aku tak dapat melelapkan mata. Yalah, nak mencari homestay secara on the spot, memang susahlah. Setidaknya, esok pagi baru boleh masuk menginap.
Aku teringatkan hajat tok bilal. Fikiran aku kerahkan untuk mencari jawapan untuk permintaan tok bilal. Semalam aku sempat membina keberanian untuk menghubungi Malik. Biarpun segan kerana tiba-tiba aja menelefon, hanya Malik sahaja yang difikirkan terbaik untuk berbincang hal ini. Kerana Malik tahu. Tahu tentang keadaan aku yang tak seperti lelaki-lelaki normal.
"Along.." Suara garau Adik membuat aku terkejut. Tergopoh-gapah aku menyorok kertas di tangan.
"Along tak tidur lagi ke?" Dalam gelap malam, aku dapat melihat bayang peha Kamarul yang dia garu sambil mamai. Aku alihkan pandangan ke siling.
"Haa, tiba-tiba ada terfikir hal kerja sikit."
"Jangan tak tidur pulak." Kamarul mengubah posisi tidur, kemudian merebut kain selimut daripada Gary.
"Haih..." Aku mengeluh lega. Sebelum pagi, aku kena simpan semua kertas ni.
Lama juga aku tertekun mengatur ayat untuk ditulis. Hampir tak sedar, waktu sepertiga malam makin berlalu. Aku memutuskan untuk mengambil wudhu dan solat sunat seperti selalu. Namun, sebaik keluar dari bilik.. Aku mendengar bunyi pintu bilik ditutup. Aku curiga dengan hubungan antara 3 orang rakan kulit putih yang dibawa Kamarul.
read part one | next: part three
***ff***
first draft 24/07. will complete the narrations and details next.
hyep. lama menyepi takde idea, jadi aku baca balik story2 lama yang aku buat. pastu tambah tokok lol.
it took me a long time to decide whether amir will marry eja or not. but after watching attack on titan. im influenced by Eren and Mikasa.
Post a Comment