Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Darling, I need you

“Lia.. maafkan ibu, ya?”


“Ibu tak salah.” Aulia cuba untuk tersenyum walaupun riak wajahnya kosong. Dia masih terkejut mendengar semua ini. Aulia berjeda lama.


Puan Normah menangis. Risau penyakit Aulia datang lagi. “Ibu minta maaf ya. Ibu harap Lia boleh maafkan ibu dan lupakan masa lalu..”


Aulia kembali dari ruang fikiran. “Ibu tak salah. Semua itu kemalangan. Polis pun kata itu kemalangan kan? Lia tak salahkan sesiapa.”


Air mata Puan Normah masih mengalir. Iman yang duduk sedikit jauh juga tersentuh hati. Hidungnya jadi berair menahan perasaan.


“Ibu ada untuk Lia sekarang, Lia hargai sangat-sangat. Cukup ada Fahmi, ibu dan Iman temankan Lia. Kalau Lia tak jumpa Fahmi, Lia masih sendiri sampai sekarang. Terima kasih, ya ibu.” Aulia menghulur senyuman. Air mata yang bergenang dia hapus. Dia tak menyalahkan sesiapa. Cuma terkejut mendengar cerita itu.


Aulia menyeka air mata di wajah Puan Normah. Cuba menenangkan hati ibu mertuanya. Niatnya ikhlas, dia tak pernah menyimpan dendam. Rawatan terapi selama 2 tahun bersama Kristine telah membantu dia untuk menerima hakikat sebuah kehilangan. Apa yang berlaku, terjadi atas kehendak Ilahi. Tiada gunanya menyalahkan takdir. Sakitnya kehilangan tak bererti kegembiraan hidup telah terhenti buat selamanya. 


Aulia pulang ke rumah dengan dihantarkan Iman. Sebelum turun dari kereta, dia meminta Iman untuk tak terlalu memikirkan tentang hal lima tahun lepas. Dia tak mahu Iman turut rasa bersalah lalu layanannya berubah. Iman mengangguk buat sekian kalinya. Aulia berharap riak wajah adik iparnya itu akan kembali jernih.


Sebaik menjejakkan kaki ke dalam rumah, Aulia mencari batang tubuh Fahmi yang katanya ingin berehat sepanjang hari. Apakah suaminya kembali tidur sehingga ke tengah hari? Aulia menolak pintu bilik dan ternampak situasi yang mengejutkan. Fahmi sedang mengikat simpulan tali pada siling bilik. Aulia menjerit. Terkejut bukan kepalang. “Ayang! Buat apa?!”

Fahmi terkejut dan tertolak kerusi tempat dia berdiri. Dia terjerut pada tali yang dia sediakan.


Aulia cepat-cepat duduk empat kaki di bawah Fahmi. Belakang badannya menahan kaki Fahmi daripada terus tergantung. Tangannya menarik kerusi dan dibetulkan. Fahmi mengerti tempatnya dan melepaskan diri dari ikatan tali. Aulia mencapai henfon di dalam poket dan terus mendail nombor kecemasan hospital.


“Tolong datang cepat! Tolong suami saya!” Dia memohon bantuan ambulans. Fahmi cuba menarik tangan Aulia supaya dia membatalkan panggilan kecemasan itu. Tangannya lemah menekan lebam pada tengkuk. Aulia berkeras memberi alamat kepada operator kecemasan.

Selesai membuat panggilan, Aulia mengurut kepala. “What happened to you?? Why did you that?!!”


Fahmi terdiam sepi. Tambahan pula, rasa perit di kerongkong membuatkan dia sukar bercakap.


“Kalau ayang ada masalah, kenapa tak share dengan Lia? Kenapa perlu macam ni?!”  Aulia berteriak marah. Mati hidup balik pun, dia tak percaya Fahmi akan melakukan perkara sebegini. Melihatkan kesan di leher suaminya, suaranya berubah perlahan. Dia melutut di kaki Fahmi. 

“Sayang.. please, I love you..”


Ambulans datang mengambil mereka ke hospital. Kecederaan Fahmi dirawat dan dia dimasukkan ke wad kecemasan. Aulia menangis sendirian di ruang menunggu. Tidak semena-mena, Kristine datang dan mereka berpelukan.


“I heard your names in the ward. I understand youre in shock.” Kristine memberitahu betapa dia juga terkejut menerima nama pesakit baru di wad tadi. “Bersabarlah, Aulia..”




Setelah pulang ke rumah, Aulia menjumpai helaian kertas yang jatuh tersorok di bawah katil. Kertas-kertas itu merupakan nota milik Aulia yang disimpan bersama sketchbook miliknya. Aulia berpendapat Fahmi menyelongkar barang-barangnya dan menjumpai nota itu. Ianya nota perbincangan ketika sesi terapi. Dalam nota itu, Aulia mempersoalkan perasaannya tentang perkahwinannya dengan Fahmi.


Aulia mengeluh kecewa. Apabila dia diberitahu yang Fahmi sudah hampir sebulan menghadiri terapi, dia berasa tak berdaya. Dia langsung tidak mengesyaki apa-apa dari perlakuan Fahmi. Dua minggu lalu, Fahmi bertukar ke program pengurusan marah. Aulia langsung tak menyedari Fahmi menghadapi masalah amarah.


Sepanjang Aulia keluar dari hospital, dia tak pernah melihat Fahmi marah padanya. Mungkin, Fahmi marah pada dirinya sendiri. Dan mungkin, menyalahkan dirinya apabila melihat Aulia masuk hospital. Apatah lagi setelah melihat nota sebegini. Kepala Aulia kusut memikirkannya.


“Kak Lia…” Iman menegur. Dia menggosok bahu Aulia, cuba memujuk hati kakak iparnya itu. Puan Normah juga duduk di sisinya, memberi semangat. Aulia segera menyimpan nota ke tempat asalnya. Di dalam kotak bersama barang-barang peribadinya.


Ketika di hospital petang tadi, Kristine menasihatkannya untuk memanggil keluarga Fahmi. Masalah ini patut dikongsi bersama supaya mereka dapat saling menyokong antara satu sama lain. Pada awalnya, Iman dan Puan Normah terkejut mendengar apa yang berlaku namun Kristine dapat meyakinkan mereka yang masalah Fahmi boleh dibantu dengan rawatan medik.


Kristine juga menasihatkan supaya Aulia tidak tinggal sendirian di rumahnya. Aulia tak patut melalui semua ini seorang diri. Lagipun, ianya hal yang bagus untuk duduk bersama di saat-saat sulit sebegini. Jadi buat sementara waktu, Iman dan Puan Normah tinggal di rumah Aulia untuk menemaninya.


“Dah malam ni, kita tidur ya..” Puan Normah menepuk belakang Aulia. Aulia memandang wajah wanita separuh baya itu. Mata ibu mertuanya sembap setelah menangis lama di hospital. Aulia memeluk tubuh Puan Normah lalu meminta maaf buat kesekian kalinya.


*****


Iman mengemaskan bilik Aulia. Kerusi dan meja diatur semula pada tempatnya. Tali gantung juga sudah diturunkan dan dibuang ke dalam tong sampah. Iman duduk mengambil nafas. Dia tak dapat membayangkan perasaan sebenar kakak iparnya yang berhadapan dengan situasi Fahmi. Sudahlah Aulia juga baru keluar dari hospital, kini suaminya pula dimasukkan ke wad yang sama. Berat hati Iman memikirkannya.


Iman menutup pintu bilik. Kemudian berpindah ke dapur untuk membantu Puan Normah menyediakan makan tengah hari. Ibunya senyap sepanjang hari. Hanya kedengaran langkahnya membuat kerja-kerja dapur. Iman lihat, dapur gas juga sudah berkilat. Entah berapa lama Puan Normah mengelapnya.


Setelah jam 12.30, Aulia pulang dengan menaiki teksi. Iman ingin tahu ke mana dia pergi tapi tak sanggup untuk bertanya. Iman perasan mata Aulia  lebam, lebih sembap berbanding mata Puan Normah. Tak seperti pagi tadi ketika mereka sarapan bersama. Iman menduga, Aulia keluar berjumpa seseorang yang penting untuk berkongsi rasa yang terbuku di dalam lubuk hatinya.


Diam menyelubungi ruangan di rumah kakak iparnya. Hanya bunyi pinggan mangkuk yang kedengaran mula tersusun untuk makan tengah hari. Iman mula rasa sesak dengan situasi seperti ini.


31

**ff**

Cry party, yeah! :")



Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous