Cinta. Cinta dan perkahwinan.
Selalunya perkahwinan akan dikaitkan dengan cinta antara dua jiwa. Setidaknya, jika bukan bercinta sejak awal perkenalan, pasangan suami isteri akan memupuk rasa dalam usaha membina rumah tangga.
Tapi, aku? Mampukah aku?
"Eja!"
Aku mendapatkan Khadija di pintu surau. Atas nasihat Malik, aku menyempatkan diri untuk bertemu Khadija selepas waktu kerja. Selalunya pada setiap hari Jumaat, Khadija membantu ayah dan ibunya untuk mengedarkan juadah berbuka percuma yang disediakan untuk jemaah surau.
"Eja, abang nak tanya sesuatu."
Khadija meninggalkan meja makanan dan kami berganjak sedikit mencari ruang.
"Kelmarin, ayah Eja ada beritahu abang. Tentang Eja. Betul ke? Atau Tok yang sengaja nak jodohkan kita?"
"Kalau ayah beritahu tentang perasaan Eja kat abang, semua tu betul. Memang Eja dah lama sukakan abang."
"Berapa lama?"
"Sejak... abang dilantik masuk jawatankuasa."
Itu.. tiga bulan setelah aku berpindah ke sini. Selama itu dia menaruh perasaan pada aku?
"Kalau abang ingat Eja cuma cinta monyet, takkanlah Eja berani beritahu kat ayah.."
Khadija terus mengelak pandangan mata aku. Mungkin, dia malu. Tapi aku perlukan kepastian sebelum meneruskan semua.
"Abang nak tanya, warna favorit Eja apa?"
"Err.. warna mint." Jawab Eja sedikit tersipu.
"Mint? Maksudnya hijau?" Suara yang terketar cuba aku sembunyikan.
"Yalah, hijau macam daun mint."
Amir melihat dalam kocek baju. Hanya ada sampul berwarna pink dan kuning.
Sengaja dia tinggalkan sampul biru dan hijau yang dia sediakan. Kerana, dia kurang gemar apa yang tertulis dalam dua sampul itu. Tak sangka, Eja memilih begitu. Haruskah aku terus jujur tanpa selindung?
"Err.. Eja, boleh ke tunggu abang ambil surat jawapan untuk Eja. Abang dah tulis, tertinggal pulak."
"Ok, takpe. Eja sudi tunggu." Jawapan itu menimbulkan rasa kasihan dalam hati Amir.
Amir tergesa-gesa membuka pintu. Tanpa disangka-sangka, dia dikejutkan dengan scene adiknya bercumbu dengan perempuan.
"Kamarul!" Dia menerpa dan mencekak kolar baju adiknya. "Kau buat apa hah?"
"Along.. Arul..."
"Hey, relax.." Gary ikut campur. "Hey, we know about your religion. They are not going to marry. Its just a fling."
"A what?!" Amir menjerkah.
"A fling. Temporary partners." Gary selamba menjawab, tidak mengerti jawapan itu hanya menyimbah minyak ke dalam api.
"KAMARUL! Kau sedar tak apa yang kau buat ni?!" Amir semakin membara.
Gary tak memahami reaksi Amir. Pada pemahamannya, Kamarul tidak boleh berkahwin dengan orang yang tak seagama. Itu sahaja.
"Get out! This is a family matter! Get out!!" Amir menghalau tetamu mat saleh itu.
"Gary, its okay. You guys wait outside." Kamarul menenangkan rakannya dan meminta ruang untuk dia dan Amir berbincang.
Amir melepaskan kolar baju Kamarul. Kemudian, dia mengutip sampul biru yang dia perasan ada di tepi beg adiknya.
"Apa maksudnya ni, Arul?!" Amir masih menjerit pekik. Dia tak dapat menahan amarahnya. "Kau dah lupa pada agama ke?!"
"Along.. Along dah salah faham."
"Apa? Kau nak kata ni bukan kau punya? Kau nak tipu aku sedangkan aku ambik ni jelas-jelas dari beg kau?!"
"Tak.. Along.." Kamarul terketar. Dia tahu akibatnya kalau ketahuan agenda mereka. Tapi, ini kali pertama dia melihat abangnya marah begini.
"Apa?!" Amir menjerkah lagi, membuatkan Kamarul jadi terketar.
"Gary bagi kat Arul, Arul tak pernah guna satu pun lagi. Sumpah Arul masih teruna!"
"Tak pernah guna lagi? Maksudnya kau plan nak guna lah? Kan?"
Arul tergumam.
"Jawab, Arul!"
*****
"Kau okey tak ni, Amir?" Suara Malik kedengaran di corong telefon.
"Entah lah.." Amir mengesat air mata dan menghembus hidungnya. Malik membiarkan saja biarpun telinganya jadi tak selesa mendengar.
"Kau tahu apa yang paling serabut sekali?" Suara Amir penuh kecewa. "Bila aku terfikir yang Arul ada hati kat perempuan tu, aku cemburu."
Malik terdiam seketika.
"Aku cemburu sebab dia perempuan. Dan aku... Aku abang Kamarul."
Malik tak tahu bagaimana untuk memujuk. Dia fikir, setelah beberapa tahun ini, Malik tiada lagi berfikir tentang nafsu songsangnya. Malik juga faham, bukan mudah untuk membuang keinginan sebegitu.
"Macam mana dengan Eja? Kau dah ada jawapan untuk permintaan tok bilal tu?"
Amir menggeleng. "Kau cadangkan untuk aku uji Eja. Eja ambil pilihan yang salah."
Ingatan Malik kembali kepada surat-surat yang ditulisnya malam semalam.
Pink, sebagai warna kegemarannya sendiri, dia tulis jawapan untuk menerima setulus hati.
Kuning, warna bunga matahari kegemaran ibu, dituliskan dengan kata percubaan. Untuk bertunang dan mengenali lebih dalam terlebih dulu.
Biru, dipilih sebagai warna ketenangan, Amir tuliskan sebaris ayat meminta maaf.
Dan hijau...
Amir mengeluh berat.
Post a Comment