Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

 Alisa menghulurkan gambar dan peta kepada penjaja aiskrim gulung yang ditemuinya. Pengunjung di sekitar asyik memandang ke arahnya sambil berkerut. Alisa mengemaskan topi beret yang dipakai. Topi itu merupakan topi edisi khas keluaran Kawaii Mon-Mon, kumpulan penyanyi kawaii metal yang diminatinya.  

Penjaja itu meneliti peta yang diberikan dan mencari tempat yang Alisa maksudkan. "Ohh! Tempat ni bukan dah dirobohkan 7 tahun lepas ke?!" Dengan suara kuat layaknya seorang penjaja, dia memanggil rakannya dari gerai sebelah.

"Bang, Kompleks T3 dulu nama apa haa?"

"Kompleks T3?" Soalnya penjaja mi yang nampak tua lebih separuh baya berbanding penjaja aiskrim. 

"Haa, ya!"

"Kompleks T3 yang lama?" Rakannya berfikir sambil tangan sibuk menggaul mi jualannya. "Something, Plaza.. Mmm-- Mmm-- Plaza Mandora! Mandora Plaza!!" Kemudian dia berkerut begitu dalam sehingga dahinya seakan terbelah.

"Haa, betullah tu! Sini ada tulis 'Mand' ni kan. Rasanya Kompleks T3 tu dulu Plaza ni la..!" Penjaja aiskrim merujuk kepada gambar.

Alisa mengangguk faham.

"Cik jalan straight lepas tu naik jejantas ni, lepas tu cik belok kiri cik akan nampak Kompleks T3!" Penjaja itu memulangkan peta ke tangan Alisa kemudian menyambung perniagaannya. "Aiskrim, cik?" 




"Hoi, kau ni kenapa pergi bagitahu dia tentang Kompleks T3 macam tu!"

"Eh, apesal pulak bang?"

"Kau tak tahu ke, Plaza M tu tempat jin bertandang!"

"Eh, yeke bang? Saya mana tahu, dah dia tanya jalan saya tunjukkan je lah!"

"Plaza M tu tempatnya keras!"

"Kenapa dengan tempat tu bang?"

"Dulu, ada satu Play School dekat situ. Banyak orang hantar anak kat sana. Tapi dalam masa seminggu semua budak-budak tu hilang!"

"Macam mana diorang boleh hilang?"

"Masalahnya, bila polis nak pergi siasat semua orang dalam Plaza tu ikut hilang termasuk dengan polis-polis tu semua!"

"Eh!! Bahayanya!!!"

"Ya lah, sebab tu 7 tahun ni takde orang sebut dah pasal Plaza M tu."

"Kenapa abang dah tak nak sebut nama plaza tu?"

"Takut-takut nanti aku pun hilang jugak dibuatnya!"

Penjaja aiskrim menggelengkan kepala. Tak menyangka rakannya yang jauh lebih tua itu penakut orangnya.


Alisa memeriksa sekeliling sambil menikmati aiskrim gulung berperisa strawberry mint di tangannya. Gulungan aiskrim itu benar-benar halus dan lembut. Alisa berasa puas membelinya.

Jalan di bawah jejantas itu nampak sunyi dan kelam. Sepertinya, sudah lama tidak digunakan. Namun, banyaknya tin minuman di atas jejantas membuatkan Alisa ragu sekiranya tempat ini langsung tidak digunakan. Pasti ada sesetengah orang yang masih melalui jejantas ini dan membuang sampah seenaknya. 

Alisa menyepak semua tin yang sudah dia penyekkan sambil berjalan ke hujung jejantas. Dia tidak mahu mengotori tangannya yang masih perlahan-lahan menghabiskan aiskrim kegemaran Fuka, second lead dalam Kawaii Mon-Mon. Setelah sampai ke hujung, Alisa menghabiskan aiskrimnya dan mengumpul semua sampah ke dalam tong sampah berwarna coklat. Tong itu kelihatan sangat kotor dengan tulisannya sudah pudar. Alisa berasa kasihan dan berdoa suatu hari jejantas ini akan dibaik pulih dan dijaga kebersihannya. Alisa tak suka dengan benda-benda kotor, namun dia tahu pencariannya di tempat terbiar akan membawanya ke tempat-tempat seperti ini. Kemudian, dia berjalan menuruni anak tangga.




Penjaja aiskrim kelihatan mendekati tangga jejantas dengan motorsikalnya. Dia tertanya sama ada Alisa sudah selamat tiba di Kompleks T3 jadi dia ingin mengikuti jalan lama untuk ke Kompleks T3. Dia hairan melihat jejari besi pada jejantas ini bersinar-sinar seperti baru dipasang. 

Penjaja aiskrim naik ke jejantas dengan penuh tanda tanya. Dia memerhatikan lantai dan palang pada anak tangga yang juga kelihatan bersih berkilat. Setahunya, jejantas ini buruk tak terjaga dan banyak pemabuk suka mengotori jejantas ini dengan bekas-bekas minuman. 

Sampai di atas jejantas, penjaja aiskrim mendapati tong sampah coklat yang kelihatan bersih tanpa kotor atau cela.

"Ada orang dah tukar semua ni jadi baru agaknya.." Penjaja aiskrim berfikir sendiri. Mungkin juga ini tuah Alisa sebagai pelawat di sini. Dapat berjalan-jalan dengan selesa di atas jejantas bersih. Penjaja aiskrim berdoa semoga Alisa menjumpai apa yang dicari dengan mudah. Dia ingin segera mendapatkan gadis itu unyuk membantu perjalanannya.

"Eh?" Sebaik menuruni anak tangga terakhir, penjaja aiskrim melihat Alisa di hujung jalan. Mudah sahaja gadis itu memasuki simpang ke bahagian hadapan plaza. "Itu Alisa! Cepat je dah jumpa dia ni!" Penjaja aiskrim berlari anak mendekati Alisa. "Tapi, plaza ni memang dekat dengan jejantas ni ke? Kenapa selama ni aku ingat macam jauh lagi??"


"Eh?" Alisa terperanjat mendapati penjaja aiskrim mendatanginya. Cepat-cepat dia menyembunyikan tongkat kembali ke dalam poket.

"Kenapa awak ada dekat sini?!"


"Haa?" Penjaja aiskrim menyengih. "Sengaja saya nak tengokkan cik. Takut-takut cik sesat tak jumpa plaza.."


Alisa berkerut dahi, dia memeriksa penjaja aiskrim dari atas ke bawah. "Awak tak takut dengan plaza ni? Seingat saya, kawan awak kat pasar tu tak bagi orang datang sini, kan"


"Kalau perempuan macam cik tak takut, saya kena lah lagi berani dari cik. Sebab saya nak tengok-tengokkan cik.."


"Ada-ada je..." Alisa malas memanjang bicara. "Matanya mengamati bangunan plaza di hadapan. Sambil dia menajamkan nalurinya untuk memeriksa keadaan sekitar.

"Plaza ni dah tua sangat. Lama sangat ditinggal. Betul ke Cik Alisa nak masuk dalam ni?" Soal penjaja aiskrim.

"Ya. Saya kena cari kotak tu sampai dapat." Alisa terus melangkah masuk membuatkan penjaja aiskrim tak sempat ingin melanjutkan pertanyaan. Dia cepat-cepat memanjangkan langkah agar segera berjalan di sisi Alisa.  

"Kenapa nak cari kotak tu? Bukan ke bahaya kotak Mandora tu?" Soal penjaja aiskrim sebaik dia berjaya mengejar Alisa. 


"Shh." Alisa memerhatikan sekitar. Dia curiga dengan persekitaran di dalam Plaza ini. 

"Kenapa?" Penjaja aiskrim berbisik menanya. Dia cuba menajamkan pendengaran, tapi tiada sebarang bunyi pun di dalam Plaza ini. 

"Awak tak rasa..." Alisa juga berbicara dengan suara yang rendah. "...tempat ni terlalu sunyi?"

Penjaja aiskrim menggeleng kepala. "Memanglah sunyi. Kan tempat ni dah lama tak ada pengunjung..."

Alisa menggeleng tanda tak setuju. "Kalau tak ada orang, setidak-tidaknya ada burung-burung ataupun labah-labah dalam ni."

Rasa takut menyusup ke dalam hati penjaja aiskrim. "Jadi, betullah tempat ni keras?"


Semena, Alisa berjalan ke tengah-tengah Plaza 


((mandora box isnt an evil box like pandora. but ia tunaikan hajat orang yang membukanya.))


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous