Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Awal pagi, Fateh bangkit dengan lenguh bahu. Posisi tidur yang langsung tak merehatkan. Lebih baik tidur di lantai daripada tidur membengkok begini. Eh, tak, tak. Kalau tidur atas lantai, nanti lipas datang.

Fateh mengeluh apabila lengan Hanis yang masih memeluk pinggangnya terasa berat. Seolah-olah ada batu yang menghimpit tubuhnya ketika dia tidur. Wajah Hanis direnung belas. Kemudian, bingkas dia bangun mendapatkan tuala dan air hangat untuk mendemah dahi Hanis.


Tiba-tiba, ibu mertuanya masuk menjenguk. 

"Tak bangun lagi, si Hanis? Cuba kamu kejutkan dia. Suruh dia minum air sikit." Ujar Mak Lang Rosnah sambil menyuruh pembantu rumah membawa dulang air dan bubur dan diletakkan di meja bilik anak gadisnya. Dia mengeluh kecil. "Macam mana boleh demam lagi?"


"Hanis penat sangat ni, Mak Lang." Jawab Fateh yang dibalas dengan renungan tajam. "Er.. ibu."


Mak Lang Rosnah mengangguk puas. Biarpun perkahwinan mereka tak dirancang lebih awal, tapi kini Fateh menantunya dan harus memanggilnya dengan panggilan yang wajar.


"Hanis." Mak Lang Rosnah menarik bahu Hanis. Fateh menepis. 

"Bangunkan si Hanis ni, Fateh. Dia patut makan."


"Takpe, ibu. Biar dia berehat."


"Matahari dah tinggi ni."


"Takpe, ibu. Biar saya yang uruskan dia. Ibu pergilah buat kerja lain."


Pandangan mata Fateh menghantar Mak Lang Rosnah keluar. Fateh mengeluh. Dia tak gemar jika ada orang memaksa orang yang sedang sakit. Dia berfikir, adakah sikap Mak Lang Rosnah ini antara punca yang membuatkan Hanis tertekan?


.....


Hanis perlahan-lahan sedar apabila merasakan tangannya semakin selesa diselubungi kehangatan. Apabila matanya cerah, dia nampak Fateh menemani sambil menggenggam tangannya. 

Kain basahan jatuh dari dahi. Hanis rasa terharu mendapati Fateh sampai tertidur untuk menjaganya.


Semena dia teringat. Sebuah malam yang kelam. Saat tubuh terasa sakit yang berbisa. Dan semuanya meresahkan. Perit di hati disorok sendiri tanpa terluah.


"Hm? Hanis, kau dah terjaga?" Fateh menggosok matanya yang masih mengantuk. "Hergh, rasa lemau bila terlebih tidur macam ni." Dia mengomel sendiri.

"Hanis, kau nak makan? Atau kau tak ada selera? Kau nak alas perut?"


Sambil mengajukan soalan bertubi-tubi, tangan Fateh tak lepas dari menggenggam tangan Hanis. Hanis terharu lantas menarik dan mencium tangan suaminya itu.

"Sorry."


"Apa? Kenapa kau nak minta maaf tiba-tiba?" Fateh hairan dengan sikap Hanis yang asyik meminta maaf sejak malam tadi.


"Sorry, kalau saya dah menyusahkan awak..."


"Tak susah pun. Kau tu demam. Memang patut ada orang tolong jaga kau."


Kata-kata Fateh membuatkan Hanis menggenggam tangan Fateh lebih erat.

Semena, Fateh menarik tangannya. Hanis terpaku.

"Kau patut makan. Ini, mak kau siapkan bubur untuk kau." 


Hanis diam sahaja. Manis mulut Fateh meninggikan nama Mak Lang Rosnah, padahal Hanis tahu ibunya hanya memasak dengan cara menuding-nuding jari kepada pembantu rumah.


Fateh menghulur mangkuk bubur yang sudahpun sejuk. Tanpa berfikir, Hanis menganga menunggu sesuap bubur.

"Er... Ambiklah bubur ni." Fateh meletaknya dekat ke riba Hanis. Wajahnya tertunduk.

Hanis menyambut huluran mangkuk dari tangan Fateh. Sejenak, jari mereka bersentuh.

Fateh serta-merta bangun dan meminta diri keluar dari bilik.


Hanis hanya mampu memandang. Sakit kepala yang tadinya kebah, kini datang kembali. Bubur di tangan dia tenung kosong.


.....


"Ibu, Fateh minta diri bawak Hanis ke rumah Fateh ya. Harap ibu tak terasa hati bila Fateh bawa Hanis pindah jauh." Fateh ikhlas meminta restu daripada orang tua Hanis.

"Eh, nak terasa apa pula? Kamu tu suami dia. Memang tempat isteri di sisi suami." Balas Puan Rosnah dengan suaranya yang nyaring.

Fateh senyum kelat. Dia memandang redup wajah ibu mertuanya itu. 


Sambil meletak beg tangan ke lantai, Hanis duduk di kaki Puan Rosnah. 


"Ibu, Hanis pergi dulu." Lama Hanis mencium tangan ibunya sambil tubuhnya rapat seperti memeluk kaki si ibu. Fateh lihat, Puan Rosnah tak membalas pelukan Hanis. Tetap dengan wajah stoik. 


Sepanjang perjalanan dari Kangar ke Jengka, Fateh bernyanyi mengikut lagu-lagu yang dimainkan di radio. Hanis pula hanya bersenandung sayup-sayup sambil matanya merenung ke luar tingkap.


Seketika, iklan peringatan tentang virus Corona dimainkan. SOP sanitasi dan kebersihan diri diulang saban hari. Kemudian diikuti dengan peringatan tentang kesedaran kesihatan mental.


Fateh mencari tangan Hanis. Dia menarik tangan isterinya agar rapat dengan dirinya yang duduk di kerusi pemandu. 

Hanis mengerling wajah Fateh. Seperti menyoal perilaku lelaki itu.

"Hanis, kau..." Kata-kata Fateh tertahan. "Aku..." 


"Ada apa?" Tanya Hanis setelah lama menunggu.


"Kita..." Fateh masih mencari perkataan sesuai. 

"Hanis sudi terima lamaran Fateh, Fateh bersyukur sangat."


Hanis diam. Dia masih ingat, ketika dia baru sehari pulang dari hospital, ibunya masuk ke biliknya.


"Hanis, kamu tak ada boyfriend kan?"

Hanis diam sahaja. Dulu, ada. Sekarang, ketika ini, tak ada. Jadi, tak perlu disebut di depan ibu.

"Ibu terima lamaran si Fateh tu, ya. Dia tu baik budaknya. Selalu datang ziarah kamu. Sesuailah kalau kamu kahwin dengan dia."

Hanis diam. Lagipun, ibu sudahpun membuat keputusan. Bukannya ibu datang bertanya, tapi ibu memberitahu tentang lamaran ini. 

Apa hak yang Hanis ada di depan ibu?


"Jadi, bulan depan kamu nikah dengan dia ya."


Dan sebulan itu, Hanis tiada kudrat untuk keluar ke mana-mana. Sehinggalah tiba hari Fateh datang ke rumah bersama keluarganya.


"Hanis?" 

Hanis tersedar. Dia kembali memandang wajah Fateh.

"Panggilan antara kita, ya. Boleh, ya?"

"Apa? Sorry, saya tak dengar."

"Baby dan honey."


Tak semena-mena, Hanis tersedak hingga sukar bernafas.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous