Darling, i need you
Fahmi sedikit terketar memulas tombol pintu. Dia sedar sejak hari ini dia bertanggungjawab sepenuhnya ke atas gadis yang dia nikahi dan hidupnya takkan seperti dulu lagi. Sebaik sahaja melabuhkan punggung di birai katil, Aulia yang sedari tadi duduk menunggu bertanya kepadanya. “Awak serius ke dengan semua ni?”
“Semua? Apa?” Bukan Fahmi tidak faham, hanya sedikit terperanjat menerima soalan seperti itu.
“Tentang kita.. kahwin..?” Aulia memandang tepat ke wajahnya.
“Aulia.. kita dah selesai akad pun. Sebelum ni awak tak cakap apa-apa pun, awak setuju aje..”
“Tapi kan kita baru kenal..? Awak tak tahu banyak tentang saya.”
“Sejak awak kata awak tak kisah jadi isteri saya, saya tekad untuk terima seadanya.”
Aulia mengeluh kecil. Memang senang kerana aku tak ada keluarga lagi, aku sebatang kara. But it means you have to deal everything only with me, and me only.
“Esok pagi awak nak makan apa?”
Fahmi terdiam seketika. Aulia tiba-tiba mengubah topik.
“Selalunya awak sarapan apa sebelum ke kerja? Saya nak masak untuk awak ni..”
“Nasi goreng aje pun okey.”
“Okey. Tapi awak kena tolong saya, sebab saya tak tahu berapa banyak garam gula yang perlu saya letak. Jujur saya katakan, tawar masin saya telan aje. Tapi awak mesti tak macam tu, jadi kita ikut tekak awak lah.”
Fahmi hanya mengangguk. Pengakuan itu sedikit lucu, namun dia faham. Perempuan, tak tahu masak macam mana pun, sedikit sebanyak mesti nak show off skill pada suami.
“Awak selalu pergi kerja sebelum pukul 7 kan?”
Fahmi mengangguk lagi. “Paling lewat pukul 7.15.”
“Okey.” Aulia mengangguk-angguk. “Esok pagi awak bangun Subuh awak kejutkan saya lah. Saya tak solat tapi nak siapkan sarapan kan. Kalau awak kejut banyak kali saya tak bangun-bangun, awak lempang je bahu saya. Saya memang macam tu.” Pesanan Aulia sedikit melucukan tetapi Fahmi mulai berdebar apabila gadis itu menarik bantal dan bersiap untuk tidur.
“Mulai hari esok saya nak panggil awak apa? Abang?” Soalan Aulia menyedarkan Fahmi.
“Bukan abang.” Spontan dia menjawab. Dia tak mahu merasakan hubungan mereka seperti abang dan adik pula. “Awak pula nak saya panggil apa?”
“Entah. Saya tak kisah. Panggil nama pun okey. Lia.”
“Lia?” Fahmi ingin mengusulkan panggilan romantik, tetapi dia berasa hubungan mereka masih terlalu awal untuk itu. “Kalau macam tu panggil Mi lah.”
“Okey, Mi.”
“Tidurlah, Mi. Hari dah lewat ni. Esok Mi kerja kan?”
Fahmi akur apabila Aulia menepuk-nepuk bantal dan mengajaknya tidur. Seketika dia tertanya tidakkah gadis ini sunyi tidur sendirian di sini selama ini.
Debar di dada, cuba disingkir ke tepi. Biarpun malam ini malam pertama, tiada makna apa-apa kerana Aulia sudah awal lagi mengisytihar bulan merah. Lagipun dia cuma gemuruh. Dia sendiri tidak merancang apa-apa. Hanya mengikut rentak Aulia sebagai tanda hormatkan gadis itu.
“Mungkin awak dah janji yang awak akan terima seadanya tapi saya tak harapkan bayak. Saya harap awak boleh bersabar dengan saya waktu saya PMS. Itu aje..” Aulia mengomel sebelum menguap besar dan terus terlena.
PMS? Terukkah?
1
<foreface>
Pms is my only concern rn. (I just cant stop thinking about
waffles pms. Luls)
Sejak aku matrik aku join group international pasal period apa bagai ni semua so maybe cara aku address benda ni dalam citer ni akan lebih open (kut, who knows) mood swing is a major problem if youre a woman betul tak? (lets just agree on this)
Also aku cuba nak raise awareness on PMDD
(mostly untuk kebaikan sendiri, like I need it to stay away from PMDD and if I get worse and im married ill just force my future husband to read. Pft, #merapu #pityhim)
like, benda ni wujud dalam society kita jugak bukan sekadar society orang barat je. Sebab no matter how we deny it, we all tetap pandang ke arah diorang. Eg, dulu depression just dalam cerita-cerita orang barat but now boleh nampak report berita etc pasal bunuh diri (or cubaan bunuh diri) and kita kena sedar yang mental illness IS happening in our society.(#stresskills)
Disclaimer, talking about clinical issue while I myself is short on clinical/medical knowledge so aku just bagi brief explaination based on what ive read. (I should read a lot before publishing things too though)
Ps, rn is stressed with assignment so if takde update means im commiting to my studies, so ill see you after study week like always, but if I keep on with the updates pls pray for me and my assignments.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Hukaaaay let's embark on journey Mi & Lia! :DDD
Panggil abang is fine tapi geli pulak ha
Post a Comment