Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

"Eh, takpe ke Hanis masak ni? Hanis kan tak sihat lagi?"


"Saya okey. Saya dah nak siap masak pun." Balas Hanis. Memang benar, tubuhnya terasa segar pagi ini. Sudah lama dia tak berasa seperti ini. Dia senyum sendiri.


Fateh meneliti Hanis dari belakang. Malam tadi, rasanya dia berbuat kasar terhadap isterinya yang masih demam. Sampaikan wanita itu menangis dalam tidurnya.

Bunyi telefon berdering. Fateh segera mengangkatnya tanpa lengah.


"Apa? Korang nak datang sini? Hari ni tak boleh!"

"Eh, esok ke?" Fateh menggaru kepala. "Tapi aku rasa tak bolehlah. Hanis tak sihat. Aku rasa kita cancel je lah majlis tu."

"Tak boleh?"

"Aduh! Yalah, yalah."


Tiba-tiba Hanis lihat Fateh sibuk mengemas bilik tamu. Bahkan selimut dan cadar ditukar. Cadar semalam terus dicampak ke dalam mesin basuh.


"Kenapa?"

"Along, Angah, Acik... semua nak datang sini. Katanya diorang nak buat persiapan kenduri nanti. Esok nak setup pelamin lah apa lah. Fateh dah cakap dah tak payah teruskan kenduri."

"Fateh. Saya rasa saya okey untuk buat kenduri tu."

"Eh, jangan paksa diri. Hanis patut banyakkan rehat."

"Takpe, saya okey."

"Yalah. Diorang sampai petang ni tau. Nanti diorang tidur sini."

"Okey, jom makan."


.....


"Yo!"

Along, Angah dan Acik sampai ke rumah. Tanpa memberi salam, mereka terus berbasa-basi sambil menjenguk ke dalam rumah.

"Hai, adik ipar!" Acik terus memeluk Hanis sebaik turun kereta. Hanis ingat, Acik pernah satu sekolah dengannya ketika sekolah menengah. Walaupun Acik lebih tua sedikit darinya, mereka ingat satu sama lain. "Ini kek pisang, buat makan petang."

Hanis menerima buah tangan itu. Kemudian, Acik menolong Angah menurunkan sebuah bagasi besar.

"Aku masih tak percaya Ateh ada bini dah sekarang ni!" Ujar Angah, sambil berjalan masuk ke dalam rumah bersama bagasi tersebut.

"Hanis dah sihat?" Along yang lebih tua menghulurkan salam kepadanya. 

"Alhamdulillah, kak." Hanis membalas ringkas. Dia senyum melihat semua orang yang datang. Selama ini, dia seorang diri di rumah sebagai anak tunggal. Seronok melihat keluarga Fateh yang ramai.

"Panggil Along. Ni Angah ni memang takde sopan santun. Ayat dia kalau mengusik memang kasar je." Along mengecam kerenah Angah. 

"Haa, masuk-masuk. Apa tercegat dekat luar ni? Banyak nyamuk nanti!" Fateh menegur sambil mengangkat bagasi terakhir dari kereta.


"Eh, korang dah masak ke? Ingatkan nak ajak Hanis makan di luar." Ujar Angah.

"Haa, tadi aku ada cakap tapi Hanis masak juga. Lagipun, Hanis selalu makan malam awal, Ngah."

"Saya masak sikit je. Yang berlebih boleh makan esok. Tak apa kalau makan dekat luar."

"Eh, macam ni kata sikit? Takpelah, kita makan dekat rumahlah. Along nak rasa juga masakan adik ipar Along ni."

"Eh tapi..." Angah seperti ingin cakap sesuatu tapi dicantas oleh Acik.

"Ateh, cadar dekat luar tu kenapa bersidai? Kau kencing malam ke?" Soal Acik yang membuatkan Fateh dan Along berkerut marah. Hanis bergegas ke dapur untuk menghidangkan makanan.

"Acik!" Along memarahi.

Fateh tak keruan.

"Kau ni Acik. Itulah, suruh kahwin tak nak. Kan tak tahu." Angah separuh berbisik memarahi Acik.

Acik masih menanti jawapan. "Biarlah, aku  tanya elok-elok, kan."

"Rumah banyak habuk. Tak selesa nak tidur. Jadi alang-alang tukar cadar, kami cuci teruslah. Kan, awak?" Hanis terfikirkan penipuan yang bernas.

Fateh angguk mengiyakan.

"Oh..." Acik mengangguk saja. 

Along dan Angah ikut mengangguk. Bijak betul dia cover. Padahal mereka berdua tahu, takkanlah cuma cadar yang dibasuh.


"Fateh, nanti boleh tolong Along cari rumah sewa ni tak? Sebab Abang Long suruh duduk rumah sewa. Lagipun, mommy dan daddy dia nak datang majlis juga." 

"Oh, tempat ni dekat je. Keluar simpang depan tu. Senang je nak cari." Jawab Fateh.

"Nanti bawak kereta Along ke sana. Ada barang-barang nak letak dulu dekat sana."

"Okey."


"Kalau majlis tu cancel, tak boleh ke?" Soal Fateh, risau.


"Setidak-tidaknya, kenalah buat majlis kesyukuran. Biar orang semua tahu, kenal. Kalau tak, diorang semua tertanya-tanya, Fateh ni kahwin dengan siapa?" Jawab Along dengan panjang lebar. 

"Kalau Hanis tak sihat lagi, tak perlu naik pelamin pun takpe. Kalau tak larat, tak perlu lama-lama di majlis pun. Sekadar duduk sejam dua dah cukuplah." Dia mencadangkan.


"Takpe, kak. Er, Along." Hanis membetulkan. "Saya okey. Saya dah rasa segar. Mungkin cuma penat badan sebab bertukar tempat, travel jauh."

"Jangan paksa diri Hanis..." Fateh mencelah.

"Saya tahu. Dari semalam awak cakap macam ni. Sudahlah, demam saya dah baiklah."


"Korang berdua..." Angah mencelah pula. "Tak ada panggilan manja ke? Panggillah Baby ke, Honey ke..? Ha, Ateh?"

Fateh terkejut. Dia risau bila Hanis mendengar dua kata itu.

"Eh, Angah. Ateh kan suka tengok movie lama-lama. Biar dia panggil kanda dinda ke.. Sweet jugak, kan?" Acik ikut campur.

"Korang ni... Diorang berdua baru je kahwin. Malu-malu kucing lagi." Along membela.


Selesai, Acik membantu mengemas pinggan kerana dia paling awal selesai makan. Along mengajak Fateh keluar. Hanis diminta Angah dan Acik untuk tinggal di rumah. Ingin berbual katanya.




"Hanis, ni ada hadiah dari kitorang. Periuk tadi Along dah bagi, kan? Untuk korang berdua. Yang ni hadiah Acik. Baju sepasang untuk Hanis. Lagi satu, ada barang pusaka arwah emak. Memang ditinggalkan untuk menantu perempuan. Along mintak Acik berikan kepada Hanis. Cuba pakai, padan tak saiznya?" Acik mengeluarkan hadiah satu persatu. Dia juga menolong Hanis untuk membuka kotak dan balutan hadiah.


Hanis rasa terharu. Tak menyangka betapa baiknya sambutan keluarga Fateh terhadap dia sebagai menantu yang tiba-tiba muncul dalam keluarga mereka.


"Tapi nak tanya, macam mana Hanis dan Fateh kenal?" Acik ingin tahu.

"Sebenarnya, saya tak kenal dia. Dia selalu datang rumah masa keluarga Hanis kena Corona. Jadi ibu dan bapak terima lamaran dia. Saya pertama kali jumpa dia masa bertunang hari tu." Hanis jujur.


"Ha? Tak terkejut ke tiba-tiba kena kahwin dengan orang yang tak kenal?" Acik memang terkejut mendengarnya. Dia menyangka Fateh sudah berkenalan dengan Hanis sekutang-kurangnya lebih 3 bulan.


"Saya okey. Saya percayakan pilihan ibu. Jodoh itu kan paling baik dengan restu ibu bapa."

"Oh..."

"Cuma kadang-kadang saya nervous depan Fateh."

"Sebelum ni, Hanis tak ada boyfriend ke?"

"Ada."

"Korang putus ke? Macam mana orangnya?"


Soalan-soalan Acik itu membuatkan Hanis teringatkan BB.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous