Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Kepala Hanis terasa berat. Namun walau mata cuba dipejam, dia merasakan masih begitu sukar untuk tidur.


"Weh, kau anjak sikit. Aku nak tidur mana kalau macam ni?" Fateh mendekat dengan  berkain pelikat dan T-shirt polos. Dia berdiri di tepi katil, betul-betul di sebelah Hanis. 


Hanis berkerut dahi. Antara hairan dan sakit kepala. Dia bangkit menyoal, "awak nak tidur sini ke?"

Gerak kepala mengisyaratkan ke arah alas toto di lantai. "Tu kan saya dah sediakan  tempat tidur untuk awak. Toto tu tebal. Tak sakit belakang."


"Aku tak nak tidur kat lantai." Fateh membantah. "Nanti lipas kacau. Aku nak tidur dekat katil." Dia menarik-narik selimut, cuba menuntut tempatnya di katil.

"Jangan risau, aku takkan apa-apakan kau. Aku tahu aku bukan pilihan kau. Kita pun baru lagi berkenal."


Hanis turun dari katil. Fateh sedikit terkesima kerana dia tak berniat untuk Hanis bertukar tempat dengannya di lantai.

"Awak tidurlah belah dalam. Saya selesa tidur kat hujung ni." Ujar Hanis, dengan mata kuyu.


"Yeke? Macam tu ke?" Fateh menggaru kepala.


"Masuklah." Hanis tak mampu menjawab soalan bertubi-tubi itu. Dia menyuruh Fateh cepat naik ke sebelah sana katil.


Fateh menurut. Sebaik berlabuh di atas katil, dia menyoal Hanis lagi. 

"Kenapa kau tak suka tidur belah ni?"


"Dinding. Tak selesa." Ringkas jawapan Hanis.


"Kenapa dengan dinding?" Fateh masih bermain dengan pelbagai persoalan. 


Hanis membiarkan sahaja. Dia mengiring membelakangkan Fateh. Fateh mengerling wajah gadis yang baru menjadi isterinya.


"Helo?" Fateh cuba menagih jawapan. Namun dia perasan dahi Hanis berkerut dengan begitu dalam. "Kau tak sihat ke? Kau okey tak?"


"Ergh!" Hanis mengerang kesakitan. Luruh segala kekuatannya untuk menahan pedih kepala yang berdenyut. Air matanya mengalir. Ditariknya selimut untuk menyorokkan wajah.


"Eh, kau kenapa ni?"  Fateh risau.


Mendengarkan soalan yang begitu prihatin, Hanis terus menangis hingga teresak-esak.

Fateh bingung mahu berbuat apa?


...


Setelah beberapa lama Fateh menepuk-nepuk bahu untuk menenangkan Hanis, tangisannya semakin berkurangan. Setelah itu, Hanis membuka selimut, memandang wajah Fateh.


"Sorry. Saya..." Agak lama Hanis diam mencari alasan yang jujur. "Saya penat. Saya rasa stres."


"Oh, mental koyak ke?" Polos sahaja Fateh menerima alasan itu. Kemudian, dia menambah. "Yalah. Tiba-tiba je kita kahwin. Mestilah kau koyak."

"Takde apa2 lah. Kau anggap macam biasa je lah. Macam kawan2. Cuma berkongsi bilik. Barang2 tu kasi muka sikitlah. Selain tu, buat je lah macam selalu. Tak perlu pedulikan aku. Ini kan bilik kau."


Hanis diam. Nafas terganggu kerana berhingus.


"Kalau kau tak selesa, nanti bila kita pindah masuk rumah kita, kau nak duduk bilik sendiri pun aku okey je. Aku tak kisah."


Mendengarkan itu, Hanis memeluk pinggang Fateh. Tangisannya pecah lagi. Dengan suara perlahan dia membantah Fateh.

"Awak dah salah faham."


Dalam posisi itu, Fateh mendapati tangan dan dahi Hanis berasa hangat.

"Eh, badan kau panas ni. Kau demam agaknya? Kejap, biar aku pergi cari ubat kat dapur."

Fateh ingin bingkas bangkit tetapi Hanis memeluknya lebih erat.


"Jangan... Jangan pergi..."



//ff

Aku tak suka tidur kat dinding. Dinding sejuk. Aku takut sejuk.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous