"Macam mana orangnya?"
"Alah, mesti dah break lama kan? Dah jadi cerita sejarah. Sejarah percintaan Hanis ketika remaja. Mesti Hanis pun dah tak ingat." Angah muncul dari belakang Acik. Entah ke mana dia pergi tadi, Hanis tak menyedari.
"Masa tu, dia lamar saya. Nak ajak saya kerja tetap dekat syarikat tu. Tapi..." Wajah Hanis berubah.
Acik dan Angah saling berpandangan.
"Dia dah tak ada. Semuanya sebab saya..."
Fateh dan Along sampai ke rumah. Memang rumah yang disewa tu dekat sangat sampai tak terasa jaraknya. Sebaik masuk, Fateh nampak Hanis menangis teresak-esak.
"Hanis! Kau... dah makan ubat ke belum? Kau terlupa sebab sibuk berborak ke?" Fateh terus memeluk Hanis. Nadanya tegas. Kakak-kakaknya jadi hairan. Mengapa begitu marah?
"Saya lupa..." Hanis memegang kepala. Dadanya juga terasa sesak.
"Bangun dulu. Meh." Perlahan-lahan, Fateh membawa Hanis masuk ke bilik.
Namun sebaik melangkah masuk, Hanis semakin sebak. Dia terduduk di lantai. Cadar dan langsir sudah berubah, ditukar dengan yang baru. Hiasan di meja pun semakin ceria dengan corak bunga-bunga kecil. Bahkan, katil diletakkan bunga dan kelambu renda.
"Angah! Acik! Kenapa sibuk-sibuk masuk bilik Fateh?!"
"Kitorang..."
Tangisan Hanis meledak semakin kuat. Fateh berlari ke dapur. Bekas ubat dan cawan air dicapai. Wajahnya nampak begitu risau. Along menegur Angah dan Acik untuk memberikan mereka ruang.
"Tapi Along..."
"Kita tak cukup kenal si Hanis tu. Ateh yang lebih tahu. Pandailah dia jaga isteri dia. Dia bukan budak-budak lagi. Ingat tu."
.....
"Fateh..." Hanis terjaga di tengah malam.
Fateh yang berbaring di lantai, membuka matanya.
"Kenapa awak tidur dekat bawah?" Hanis menyoal. Dia rasa kecewa.
"Hanis ada nak apa-apa ke? Haus? Lapar?" Fateh risaukan isterinya yang barunsedar dari tidur yang seperti pengsan.
"Kenapa awak tidur dekat bawah?" Hanis menarik selimutnya dan turun berbaring di sebelah Fateh.
Fateh bangkit. Dia menolak tangan Hanis yang cuba memeluknya.
"Hanis tak sihat. Tidurlah atas katil."
"Saya tak suka tidur seorang."
Fateh mengeluh. Kemudian dia mengiring membelakangkan Hanis. Hanis memeluk tubuh lelaki itu dan membenam wajah ke belakang badan Fateh. Fateh memaksa diri untuk pejam.
"Awak... Saya minta maaf."
Fateh membuka mata kembali.
"Hadiah daripada kakak-kakak awak semuanya bagus-bagus. Bajunya cantik. Hiasan bilik ni pun cantik. Gelang emas arwah ibu awak pun sangat bernilai." Hanis memuji keluarga Fateh yang menyambutnya dengan baik. "Saya hargai semua ni tapi..."
"Tapi?"
"Tapi saya tak berhenti membayangkan kalau semua ni dan majlis nikah kita hari tu, semuanya saya nak kongsi dengan arwah BB."
Fateh berpaling. "Siapa BB?"
Hanis mengalirkan air mata.
"Dia boyfriend saya semasa intern. Nama dia Borhan. Semua orang panggil dia Budak Botak."
"Ye ke? Dia baik dengan kau? Mana dia? Kenapa kau tak tolak pinangan aku kalau kau dah ada boyfriend?"
"BB... Dia dah takde. Masa event hujung tahun company, semua orang terkena Corona. Lima orang masuk wad ICU termasuk BB."
ICU? Fateh ingat, Hanis juga dimasukkan ke ICU ketika dia terkena Corona.
Fateh memeluk Hanis. "Maaf. Maafkan aku sebab ambil kesempatan melamar kau sewaktu kau sakit. Aku tahu aku bukan pilihan kau."
"Bukan. Bukan macam tu..." Hanis menggeleng kepala. "Saya terima awak seadanya. Saya nak terima awak seadanya. Walaupun ibu yang terima pinangan awak bagi pihak saya, saya terima awak."
Hanis tahu kata-katanya tak meyakinkan di depan Fateh. Dia sedar, selama seminggu bergelar isteri, dia masih kurang dalam melayani suaminya. Asyik panik sendiri tanpa sempat berkenalan lebih lanjut dengan lelaki itu.
"Cuma, saya... Saya masih terbayang-bayang semua hal yang terjadi semasa di hospital. Saya tak boleh lupa."
Hanis menceritakan semua yang dilihatnya ketika di ICU. Ramai yang sesak nafas dan akhirnya meninggal. Dia juga kekurangan oksigen buat sementara waktu dan melalui banyak hari menggigil kerana sakit otot.
Semua itu dia tempuhi dengan berkat doa dan selalu berhubung dengan BB. Namun sayang, BB tewas lebih awal berbanding semua 5 orang rakan sekerja mereka. Kata orang, BB kuat merokok dan menghidapi sakit mild asthma. Jadi pernafasannya terjejas teruk.
Fateh kini faham apa yang membuatkan mental Hanis terkesan sehingga terpaksa mendapatkan ubat antikemurungan.
"Terima kasih sebab hadir dalam hidup saya. Saya tak sanggup nak susahkan ibu dan bapak dengan keadaan saya sekarang ni. Nak cari kerja untuk bantu diorang pun, tak dapat sebab kuarantin." Hanis memeluk Fateh seerat-eratnya.
"Hanis... Jangan peluk aku malam-malam. Aku tak tahan. Kau tak sihat lagi tapi aku..."
"Awak, saya terima semuanya. Awak buat perasaan saya jadi semakin lega."
"Tapi semalam..." Fateh terjeda. "Aku cakap aku takkan apa-apakan kau tapi aku buat juga. Dan... kau menangis."
"Maaf, sebenarnya... Saya tak sangka walaupun BB dah tak ada saya tetap dapat berkahwin tahun ni. Saya terfikir saya bersyukur dapat jodoh sebaik awak." Hanis menjelaskan lagi. "Saya terharu bila awak layan saya sebaik ni."
"Jadi Hanis tak kisah?" Fateh mendapatkan kepastian.
"Awak suami saya. Satu-satunya suami saya." Hanis memeluk Fateh lagi.
Fateh membalas dengan kucupan di dahi.
"Tidurlah. Esok ada banyak benda nak buat untuk persiapan kenduri. Malam ni rehat baik-baik ya."
.....
"Inai ni dah topup. Tapi kalau Hanis tak sihat lagi, tak perlu datang majlis. Ikut cakap Fateh tu, jangan paksa diri Hanis. Nanti dia marah kitorang."
Hanis bersiap menyarungkan baju pengantin serta gelang pusaka. Seketika, dia terfikir tentang cincin yang melingkari jari manisnya. Dia terus meluru keluar.
"Eh, Hanis? Angah ingatkan Hanis tak jadi pergi majlis." Angah menyoal. Semalam, badan Hanis masih hangat dan Fateh memaksanya duduk berehat. Jadi mereka hanya membetulkan inai yang pudar di jari Hanis.
"Fateh mana?"
"Ateh dah ada di tempat majlis. Dia nak bercakap dengan DJ tentang details pengumuman semua." Angah senyum kecil. Kerisauannya semalam terungkai. Sayang dan cinta mulai berputik antara Hanis dan Fateh. Adiknya tidak bertepuk sebelah tangan.
"Oh." Wajah Hanis nampak kecewa. "Kak, saya nak tanya."
"Ada apa?"
"Cincin kahwin ni... Cincin arwah ibu juga ke?"
Angah tersenyum lagi. "Bukan. Cincin arwah ada dengan Acik. Sebab Fateh kata dia nak beli sendiri. Jadi cincin Hanis tu Fateh yang pilih."
Wajah Hanis bercahaya mendengarkan itu.
"Hanis, kalau jadi pergi majlis meh sini Acik mekapkan. Kenalah lawa-lawa, bagi naik seri pengantin." Tiba-tiba Acik muncul menarik tangan Hanis untuk berdandan.
"Acik, kalau kau tak sibuk mekap pun, Hanis dah berseri-seri dah tu. Merah muka dia memikirkan Ateh."
Hanis tersipu malu.
//ff
Sorry if any cringe/ embarassing moment.
Post a Comment