Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Hanis terjaga. Badannya hangat. Dia menarik kain basahan di dahi dan menggunakannya untuk mengelap muka. Dia melihat sekeliling. Hanya dia sendiri di dalam bilik. Entah sekarang pukul berapa.

Dia mengeluh kerana penat. Badannya masih terasa lesu akibat demam. Kain yang seharusnya basah pun jadi hangat dan tak lagi dapat melegakan panas badannya. Hanis bangkit mendapatkan tuala dan bersiap untuk mandi.


"Ah!"

"Ah!"


Pintu bilik air ditutup kembali. Hanis terkejut kerana dia fikirkan Fateh keluar ke kerja. Dia terduduk di lantai.

Beberapa minit kemudian, Fateh keluar dengan hanya bertutupkan tuala.

"Eh, Hanis! Kenapa Hanis tunggu dekat lantai? Hanis kan demam, tak elok duduk dekat lantai macam ni."


Hanis mengangkat muka memandang Fateh. Dia tersenyum kecil sambil menahan kepalanya yang kembali terasa berat.

"Hanis okey tak? Larat ke nak mandi kalau macam ni? Nak Fateh sediakan air dalam baldi ke?"

Hanis fikir, Fateh lebih banyak membebel berbanding ibunya.


"Hanis?"

Hanis menggapai tangan Fateh. Fateh membantunya untuk bangun berdiri.

"Nak masuk bilik air ke, nak balik bilik ke?"


Lama Hanis diam berfikir.


"Panas."


.....


Keluar dari bilik doktor, Hanis berjalan rapat di sisi Fateh. Fateh menggenggam tangannya, dan dia balas dengan genggaman erat.

Wajah Fateh nampak risau.


"Sorry."


Fateh mengerling Hanis yang menundukkan wajahnya.


"Menyusahkan awak je."


"Takpe... Er..."


Nada Fateh seperti ingin bercakap sesuatu lagi. Tapi dia pendam dahulu dan pergi mengambil ubat dari farmasi.

Hanis berasa kusut. Ubat itu terlalu banyak jenisnya. Dia malu Fateh melihat ubat itu.


.....


"Makan elok-elok. Bila Hanis dah baik demam nanti, Fateh nak kenalkan kepada jiran-jiran. Bolehlah diorang tengokkan Hanis bila Fateh keluar kerja minggu depan."


Hanis diam sambil menyuap nasi perlahan-lahan. Dia mengerling wajah Fateh. Lelaki itu nampak letih.


"Hanis..."


"Hm?"


"Patut ke kita batalkan majlis kenduri kahwin nanti? Hanis kan tak sihat. Nanti penat pula nak buat kenduri."


"Tapi majlis tu kan hujung minggu ni?"


"Takpe, nanti Fateh beritahu semua orang Hanis tak sihat."


Hanis diam. Memang dia rasa tak sihat dan masih lesu untuk berjumpa banyak orang.


"Okey." Hanis akur.


.....


Malam terasa begitu sunyi. Hanis mengerling ruang kosong di sebelahnya. Dia teringat Fateh tak suka tidur di lantai. Dia rasa sia-sia membentang alas toto ini. Lama dia menunggu Fateh dari tadi. Di mana lelaki itu?


"Fateh..." Hanis keluar bilik sambil memanggil. Kemudian, dia perasan Fateh berbaring di bilik tamu.


"Oh, Hanis. Kenapa? Nak air ke? Dah makan ubat?" Fateh menutup henfon dan memberi sepenuh perhatian kepada Hanis. Dia rasa Hanis sudah makan ubat ketika makan malam. Masih sakit kepalakah?


"Kenapa awak tidur sini?" Hanis menyoal.


"Fateh rasa, katil tu tak muatlah untuk dua orang." Ujar Fateh. "Eh, hari tu dekat rumah Hanis, Hanis tidur katil saiz queen macam ni kan? Selesa tak tidur dekat bilik Fateh? Fateh cuma duduk katil single. Ke Hanis nak tidur dalam bilik ni?"


"Saya..." 

Isterinya itu datang mendekat. Fateh cuba menenangkan hati yang asyik diganggu perasaan sejak pagi tadi.

"Saya tak nak tidur sorang." Tubuh Fateh dipeluk. Muka dibenam ke bahu lelaki itu.


"Hanis takut ke? Sini takde hantulah, jangan takut." Fateh cuba bergurau untuk menenangkan situasi.


"Saya..."

"Sunyi."


Antara rasional dan wajah mulus isterinya serta ingatan ketika membantu Hanis mandi tadi pagi, Fateh akhirnya membalas pelukan Hanis. Dengan lembut, Fateh mengajak Hanis untuk lebih dari tidur bersama.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous