Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Racun.
CHAPTER 7
“Kau nak tukar kerja, Laili? Aku ada buat salah ke kat kau?” Paie menyoal dengan wajah kelabu. Dia jadi sebal apabila melihat Laili mulai mengemaskanbarang-barang di atas mejanya ke dalam sebuah kotak.
“Bukan kau, Paie.. Cuma aku nak cari angin baru. Kau tak salah apa-apa pun, Paie.” Laili cuba menghulur senyuman paling ikhlas dari hatinya yang terluka saat ini. Dia tak mahu Paie rasa bersalah dengan dia.
“Tak boleh ke kalau aku jadi pengganti boyfriend lama kau?”Soalan cepumas dari Paie membuatkan Laili berhenti mengemas. Dia merenung wajah Paie.

“Paie.. terlalu kejam kalau aku bagi kau peluang semata-mata untuk lupakan orang yang aku sayang. Kita tak tahu if aku akan jatuh suka kat kau atau tak kemudian..” Laili mengeluh halus. “Jadi, save yourself from that heartbreak and terimalah heartbreak yang aku tak boleh terima kau. Aku sayang kau sebagai kawan je, Paie. Dan aku tak kau kecewa sebab aku. Aku tak nak kau rasa apa yang aku rasa.”

“Jadi kenapa.. Kau tak pakai lagi cincin yang dia bagi lepas aku tegur tentang cincin tu..?”
“Sebab aku keliru, Paie.” Jawab Laili, tenang. “Dan lepas aku fikir masak-masak, semua ni tak betul. Semuanya tak betul..”

“Laili.. Kak Pah doakan yang terbaik untuk Laili. Semoga kawan-kawan kerja kat tempat baru semuanya baik-baik..”

“Terima kasih, kak.”



Laili menarik nafas panjang. Segala pesanan dan pengalaman sepanjang dia bekerja bersama Kak Pah dan Paie akan tersemat di dalam hatinya menjadi pembakar semangat untuk dia terus bekerja.
Baru sahaja dia menyelesakan diri di ruang kerja baru, dia menangkap satu susuk tubuh yang tak asing lagi dari hidupnya.
“Aisya..” Dia menegur rakan sejawat di meja sebelah. “Yang tadi baru lalu tu, bos kita ke?”
“Oh, bukan.. Itu Encik Zahidi, bos department sebelah. Dia memang selalu datang sini sebab dia rapat dengan En Meor.”
“Oh…” Laili terdiam. Dia sedikitpun tak menyedari yang dia telah memoohn kerj adi tempat yang sama dengan bekas tunangnya itu. Jauh di sudut hati, dia berdoa agar abang angkatnya itu tak menyedari kewujudannya di pejabat itu.

*
*
*

“Sayang.. menung apa?” Suaminya menegur.
“Takde apa, bang.” Laili tersedar dari lamunan. Dia segera menyambung kerjanya. “Bersihkan stor ni, banyak habuk. Pastu jumpa banyak khazanah pulak dalam ni.. macam-macam memori..”
“Layan perasaan pulak..” Suaminya mengusik. “Tu gambar apa dalam frame?”
“Gambar annual dinner dulu.. masa Laili baru lagi dengan FRIP.”
“Oh.. gambar ni..”

“Laili tak sangka abang akan meminang Laili buat kali kedua dalam hidup Laili.”
“Kali pertama tu bukan abang yang pinang, mak abang yang pinang sayang..”
“Tapi Laili betul-betul tak sangka yang abang akan jatuh cinta jugak kat Laili lepas apa yang terjadi..”
“Abang pun tak sangka.. Mungkin jodoh kita lambat sikit kut daripada apa yang mak kita rancangkan..”
Laili merenung wajah Zed yang sedang memeluknya dari belakang. Mata mereka bertemu. Kisah pahit telah mereka janji untuk tidak diungkit. Biar mereka melayari rumah tangga dengan cinta yang mereka punyai sekarang.
“Abang.. I love you more than ever.”
“I miss you every single second, sayang.”
7

<…>
That escalated fast huh.
Well, mungkin orang yang depan mata kita tu memang jodoh yang tertulis untuk kita. Cuma, masanya belum sesuai, jadi sebelum tiba masanya.. jangan rush.
Mesti korang tak suka kalau aku habiskan kat sini je kan.
Aku memang dah cadang untuk habiskan cerita ni bawah 10 chapter.
But as always, lepas buat cerita atas POV si heroin mesti nak cerita sikit pasal POV si hero. Tak adil lah kalau kita cuma dengar cerita sebelah pihak.   haha  (kenapa aku gelak? ==”)
So, nantikan next chapter : the sidestory.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous