Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Racun.
CHAPTER 4
“Laili..” Zed memanggilnya perlahan.
Belum sempat dia mendekati untuk menjawab panggilan itu, tangannya ditarik seseorang.
“Shes mine.”

Laili terjaga dari tidur. Dalam gelap malam, dia ke bilik air untuk berwudhu. Hatinya rasa keliru dengan apa yang dilihat di dalam mimpinya. Dia cuba menenangkan fikirannya, namun dia sangat terganggu dalam keliru.
‘Kalau Abang Zed kat depan aku.. jadi siapa yang tarik tangan aku? Dan.. baju putih tu..? Aku pakai baju kahwin ke??’

“Laili..? Dah siap solat?” Ibunya menjenguk dari pintu bilik. “Meh, tolong mak siapkan sarapan.”
“Oh, kejap ya mak.” Laili mencapai telefon bimbitnya untuk melihat jam di skrin. Ya Allah, jauh aku termenung sampai dah nak syuruk..

*.*.*

“Assalamualaikum..”
“Waalaikumsalam.”
“Esok Laili ada kat rumah tak? Esok ziarah bulanan kan?”
“Haah. Laili macam biasa je, ada je..”
“Okey.”

“Abang.. Hari tu abang pergi Thailand ke?”
“Haah. Kenapa?”
“Dengan syarikat abang eh?”
“Haah, nak melabur kat sana kata bos.”
“Oh..”
“Kenapa tanya?”
“Mak tanya Laili.. Laili tak tahu nak jawab apa.. Abang senyap je takde bagitahu apa-apa.”
“Ibu dengan mak tu abang tahu kan rapatnya macam mana.. Kalau ibu lebih dulu tahu tapi Laili langsung tak tahu apa-apa nanti mesti diorang syak.”
“Syak apa?”
Laili menggaru kepala. Sukar untuk dia menerangkan jika lelaki ini sedikitpun tak menyedari dengan keadaan mereka.

Setelah diam beberapa ketika, Laili membuat keputusan paling besar dalam hidupnya. “Abang.. Laili tak sukalah kita macam ni. Ada baiknya kita putus aje.”
“Kita macam mana?” Zed mencelah di tengah-tengah balasan wasap Laili.
“Nanti Laili cakap dengan ibu. Laili nak putuskan pertunangan kita.”
“Abang tak nampak ke? Abang kata nak bagi peluang untuk diri masing-masing.. but this isnt working out abang. Laili tak suka macam ni. Laili rasa tak ikhlas setiap kali chat dengan abang.”
“Laili tak tahulah apa yang silapnya tapi Laili rasa tak ikhlas dengan pertunangan kita. Abang ikhlas tak dengan Laili?”

Zed diam tak menjawab. Laili mengeluh kasar. Lelaki memang macam ni ke, memang susah sangat nak balas mesej ke?



“Maafkan aku, tapi pertunangan ni tak menjadi.” Laili jadi serba salah melihat wajah ibunya saat memulangkan cincin  kepada keluarga Zed.
“Tak apalah, kita merancang. Tapi semua ni melibatkan masa depan anak-anak juga. Mereka berhak memilih untuk diri mereka sendiri.” Emak Zed bersikap terbuka.
“Maafkan Laili, ibu.. mak..” Laili bersuara.
“Tak apa, Laili.”
“Laili minta maaf.. tapi walaupun tanpa pertunangan ni, mak tetap mak angkat Laili yang Laili sayang.. Laili tak nak kalau keputusan Laili ni buat ibu dengan mak jadi renggang.”
“Mak dengan ibu kamu dah lama kawan.. tak ada apa lah.. Mak faham..”
“Tapi sungguh ke kamu nak putuskan macam ni?” “Zed, kamu tak ada nak cakap apa-apa? Kamu berdua dah bincang betul-betul?”
“Bergaduh tu perkara biasa, Laili.. Zed.. Ibu harap kamu berdua selesaikan dulu dengan cara baik. Jangan ikutkan perasaan.”
“Apa kata kita biarkan mereka berbincang dulu? Ya? Kamu berdua bincang dulu elok-elok, mak, ibu dengan ayah kamu berdua tunggu kat meja makan..”

Setelah ibu bapa mereka beredar memberi ruang kepada mereka, Laili dan Zed sekadar berpandangan. Tak seorang pun yang membuka bicara.

“Abang bawa balik lah cincin tu. Simpan dan beri kepada orang yang lebih layak. Orang yang abang nak kongsikan hidup abang dengan dia. Laili sedar, Laili bukan siapa-siapa sampaikan abang sikit apa pun tak bercakap dengan Laili..”
Laili bangkit berdiri. Ingin menyertai ibu dan ayahnya di dapur.
“Maaf..” Sepatah kata dari Zed, yang Laili balas dengan senyum pahit.
4

<.....>
maaf, takde idea nak tulis narration panjang2 huhuu

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous