Racun.
CHAPTER 5
Laili terus merenung jari manisnya. Selama ini, dia bertahan dan menyimpan sahaja cincinnya di dalam celahan dompet. Kini, cincin tunangnya itu hanya tinggal kenangan. Tak mungkin lagi untuk dia menyarungkan cincin itu biarpun terkadang rindu.
Hatinya terasa perit untuk menerima hakikat itu.
“Laili..” Paie menegur. Sudah hampir sejam Paie menyedari yang Laili terus berdiam tanpa melakukan kerjanya. “Laili, kau okey?”
“Semua ni salah kau.” Ujar Laili setelah beberapa ketika merenung wajah Paie. Air mata yang tiba-tiba mengalir membuatkan Paie bertambah keliru dengan gadis itu.
“Laili, kau nak ke mana?” Soalnya apabila Laili bingkas bangkit sambil mengesat air mata.
“Tandas.”
Laili duduk diam di atas mangkuk tandas. Dibiarkan sahaja air matanya mengalir deras jatuh membasahi tudungnya. Dia sedar, semua ini adalah yang terbaik baginya. Dan tak seharusnya dia menyalahkan sesiapa. Namun peritnya terasa menusuk-nusuk di hati.
“Laili..?” Suara Kak Pah kedengaran di luar tandas. “Laili.. Laili ada masalah ke? Kalau ada masalah, jangan simpan sendiri dik. Boleh bincang dengan akak. Akak sedia mendengar..”
Laili cepat-cepat mengesat air matanya dengan tisu. Dibetulkan sedikit letak tudungnya sebelum keluar. Sebaik melihat wajah Kak Pah, dia terus memeluk rakan penyelianya itu.
Kak Pah sekadar membalas pelukan itu tanpa bersuara. Laili berasa tenang dalam pelukan hangat itu.
“Laili okey?” Soal Kak Pah sebaik sahaja Laili melepas pelukan.
“Saya sayang dia sangat-sangat, kak..” Suara Laili mulai serak.
“Bersabar, ya dik..”
“Saya tak boleh fokus dengan kerja saya, kak.” Laili menyambung kata, meluah rasa. Benar, dia tak mampu untuk melakukan apa-apa. Fikirannya dipenuhi dengan perjumpaan dengan keluarga Zed tempoh hari.
“Tak apa, Laili.. Laili berehat dulu.. Ambil cuti beberapa hari.. Pergi lah ke mana-mana yang Laili mahu. Tentang kerja, akak dan Paie boleh uruskan, insyaallah.”
“Boleh ke, akak?”
“Boleh.. nanti akak cakap dengan bos untuk luluskan cuti Laili, okey?”
“Terima kasih, kak.”
5
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment