Racun.
“Assalam, Laili. Rindu lah.. Laili sibuk ke?”
Terkelip-kelip mata Laili memandang mesej daripada Zed itu. Dia berasa tak selesa.
“Wassalam, sibuk lah jugak. Kerja bertimbun-timbun kat ofis.”
“Oh, biasa lah tu. Kerja memang tak pernah habis.”
“Abang pun sibuk jugak eh?”
“Sikitlah.”
“Oh,” Laili tak punya idea untuk meneruskan perbualan. Setelah berkali-kali dia tak diendahkan oleh Zed, dia jadi kekok.
Perbualan tamat di situ.
*.*.*
“Laili, dokumen yang untuk RH tu dah siap?” Soal Paie menjenguk dari tingkap yang memisahkan meja mereka.
“Dah. Dah submit kat bos dah pun.” Balas Laili tanpa memandang Paie. Dia terus tenggelam dalam timbunan kerjanya yang tinggal beberapa dokumen sahaja lagi.
“Dah check dengan Kak Pah? RH tu klien kita paling cerewet tau..” Paie mengingatkan untuk memeriksa kerjanya dengan rakan senior yang juga merupakan penyelia mereka.
“Dah.. Kak Pah kata okey.” Laili masih tidak berkalih pandang.
Paie merenung wajah serius Laili. Laili tekun merenung proposal yang terpapar di skrin. Seketika, dia jadi terganggu dengan kelibat Paie yang masih tak berganjak dari tingkap mejanya.
“Kenapa?” Laili bertanya.
Paie menggeleng sebelum menghulurkan sekeping kupon. “Nah, lepas kerja siap nanti reward diri.”
Laili tersenyum kecil, terhibur dengan hadiah kecil daripada rakannya itu. Dia melihat kupon makanan itu. “Hmm, aku tak layan subway but thanks though.” Ujarnya lantas menyelit kupon itu di bawah papan kekunci.
“Balik ni kita pergi sana nak?” Paie mengajak.
“Dah ajak Kak Pah?” Soalan yang biasa Laili ajukan jika Paie mengajaknya makan bersama.
“Kak Pah ok je. Aku dah tanya dia tadi. So kau ok tak?” Paie mengajak lagi.
Laili berfikir sejenak. Memikirkan kerjanya akan siap lewat, ada baiknya dia makan dahulu bersama mereka. “Okey, nanti aku bagitahu mak aku yang aku balik lewat.”
Paie senyum lebar. “Untunglah mak dia duduk KL je, senang.. Duduk sekali..”
“Laili.. akak nak tanya sikit.” Kak Pah membuka cerita sebaik mereka duduk bersama pesanan (order) mereka. “Sebenarnya bukan akak yang nak tanya, tapi budak Faizi ni ha yang minta akak tanyakan.”
“Eh, akak..!” Paie berasa segan.
“Kau dah berpunya ke, Laili? Kalau belum, budak ni nak masuk line..” Kak Pah berterus terang tanpa segan silu.
“Akak..!” Muka Paie memerah.
“Serius ke, Paie?” Laili separuh percaya. Tidak sesekali dia menyangka ada orang yang akan menaruh hati terhadapnya.
Paie menunduk segan.
“Entah lah, kak. Susah saya nak cakap.” Laili mengeluh kecil sambil merenung jari manisnya. Masih terasa cincin tunangnya melingkari, namun dia tak mahu lagi memikirkan tentang pertunangan itu. Sudah hampir sebulan Zed tidak menghubunginya, membuatkan dia rasa putus asa dengan lelaki itu.
“Kitorang dah putus kut.”
“Kut?” Kak Pah dan Paie bertanya serentak. Jawapan Laili menimbulkan kerutan di dahi.
“Orang tak nak kat kita, kita move on je lah. Bukan boleh buat apa pun, kan kak?” Laili memutuskan bersama senyuman pahit.
“So, aku ada peluang tak?” Soal Paie, ingin berharap.
Kak Pah berkerut memberi isyarat kepada Paie.
“Entahlah. Kalau boleh aku tak nak fikir tentang semua ni..”
Pulang dari kerja, Laili membersihkan diri dan duduk di depan televisyen untuk seketika. Lebih kurang jam sebelas, notifikasi wasap berbunyi.
Miss you.
Laili benar-benar tak selesa dengan mesej seperti itu lebih-lebih lagi apabila hari sudah malam. Dia membiarkan sahaja mesej dari Zed tanpa menjawab.
3
<...>
Orang ketiga. Adakah itu punca yg akan meretakkan hubungan Laili dan Zed?
Hmm.. Thats too easy and cliche.
Btw, if you complain(and look down) abt someone doing something wrong youre gonna end up doing the exact same thing. So guard your mindset. And duh, karma for Zed!!! (marah ni marah.. :/ )
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment