"Zai.. bangun, Zai.."
Zai membuka matanya.
"Zai, hari ni pergi kerja awal sikit.. Hantarkan aku ke klinik, aku dah fikir nak MC hari ni."
Aku menghembus nafas berat. Berat rasanya untuk aku memikul tanggungjawab sebeban ini. Dan akan bertambah berat lagi saban bulan, sehingga akhirnya aku perlu menjaga seorang anak kecil. Tak sangka ya, aku akan menjadi seorang ibu. Baru sekarang aku sedar akan hakikat itu.
Bungkusan ubat yang diberikan di klinik tadi aku kerling sekali lagi.
Ana, ini bukan ubat.. Ini semua vitamin untuk kebaikan kau.. dan anak kau...
Aku mengeluh lagi. Kemudian aku membaca nama-nama pada bungkusan itu satu persatu untuk dimasukkan ke dalam kotak Pill Reminder yang aku beli tadi. Mudah-mudahan aku akan disiplin untuk menelan semua ni.
Vit A, masuk. Vit C, masuk. Vitamin lagi, masuk. Berapa banyak Vitamin yang ada ni.. masuk. Iron, masuk. Calcium, masuk. Folate, masuk.
Aku pening melihat semua pil ini. Ah, ini tak boleh jadi! Buka facebook, join grup ibu-ibu mengandung. Tanya kat sana lagi best.
Entah berapa lama aku menghadap facebook ni sehinggakan perut aku berkeroncong kuat. Pergh, kalau Zai dengar ni mahunya dia gelak kuat-kuat ke aku. Hmm, nak makan apa ya untuk lunch? Malasnya, nak masak.. Astaghfirullah, mengandung mana boleh malas-malas.. Nanti anak terikut pulak..
Henfonku berbunyi dua deringan. Notifikasi WhatsApp la tu. Aku melihat mesej itu.
Hye, jangan lupa makan lunch.
Masa breakfast pagi tadi aku dah buat lebih untuk kau makan. Ada dalam bekas, tepi dapur.
Doktor cakap apa tentang baby?
Sweet pulak bapak budak ni.. Hmm, tapi bukan tak nak guna aku-kau lagi dah ke?
Thanks
Tak sangka Zai memang berfikir panjang untuk Ana.
Doktor kata everything is fine.
Cuma kena jaga diet elok-elok.
Aku mengangkat punggung untuk ke dapur. Biarpun breakfast tu cuma roti telur, tapi kalau Zairi yang buat. Tak pernah aku tak habiskan.
Henfon berbunyi lagi. Aku mencapainya dan membawanya bersamaku ke dapur.
Aik? Diet?
Mengandung.. kena diet?
Diet orang mengandung lah.
Bukan diet nak kurus tu..
Diet.. jaga pemakanan..
Oohh..
Aku membuka bekas yang dikatakan Zairi tadi. Wah, bila masa pulak Zairi ni masak mee goreng? Um nyum nyum. Ada udang pulak tu!
"Assalamualaikum..!"
Aku terjaga. Entah pukul berapa pula aku tertidur tadi. Aku melihat jam di skrin telefon. Ya Allah, dah pukul 6 lebih. Al-Quran yang terbiar di katil, aku letak ke meja. Telekung aku lepaskan dari kepala. Aku keluar menyapa Zairi.
"Balik dah?"
"Dah..Tak banyak kerja pun dekat office tadi." Balas Zairi sambil meletakkan bungkusan plastik besar di atas meja.
"Zai beli apa ni?" Aku menghampirinya dan melihat kek dalam bungkusan. Ada kentang.. Sayur saderi dan brokoli.. Umm, my favourite broccoli..! And.. kiub ayam Knorr? Nak masak sup ke ni?
"Saja Zai terasa nak masak mushroom soup. Zai beli lah bahan-bahannya.." Balasnya sambil mengeluarkan semua barang-barang itu dan diatur untuk memasak. Aku nampak ada juga cendawan dua bungkus.
"Oh.. Ana nak solat jap. Nanti Ana datang tolong." Aku menarik kain telekung yang belum dibuka. Terkedek-kedek aku berjalan balik ke bilik.
"Eh, tak solat lagi ke? Baru bangun tidur ke apa ni? Muka mamai je?" Zairi hairan dengan kata-kataku. Hmm, memang otak aku ni baru nak bergerak. Muka pun sememeh je..
"Em.. bosanlah duduk rumah sorang-sorang. Ana sendiri tak perasan bila Ana tertidur." Jawabku, jujur.
"Hmm, yalah."
Dari jauh, bau pati ayam dan lada sulah menusuk hidung. Aku melihat Zairi sibuk membancuh tepung dan mengacau sup di dalam periuk. Hmm, wanginya bau..
"Nak Ana buat apa?"
"Potonglah celery dengan broccoli tu." Ujarnya tak lepas dari memandang resepi di skrin henfon. Aku mengerling.
Zairi diam sahaja. Mentega dimasukkan ke dalam sup. Spaghetti dalam periuk sebelah ditutup apinya. Aku terkejut melihat kuah putih di dalam periuk. Tak sangka Zairi pandai masak western juga.
"Yang putih tu apa? Tak nampak lemak pun..?"
"Susu." Balasnya sepatah sambil mengetos air spaghetti. Aku menyediakan bekas untuknya. "Belum siap lagi ni.. Pergi lah potong sayur tu dekat meja. Jangan berdiri lama-lama kat sini."
"Ana nak tengok Zai masak.." Pintaku. "Eh, guna susu kotak je ke?" Aku mengerling stok susu kotak yang ada di pantri. Dah kurang satu nampaknya.
"Ana.. pergi duduk kat meja sana. Risau aku tengok kau berdiri lama-lama!" Tegasnya.
Aku menarik muka. "Zai jugak yang suruh Ana belajar rajinkan diri untuk masak.." Risau? Aku dah siap potong dah sayur ni. Sayur itu aku letak di sebelah dapur setelah membasuhnya.
"Hmph, ambik kerusi datang sini. Duduk belakang." Zairi mengalah.
Post a Comment