Setelah selesai solat Maghrib berjemaah dengan Zairi, kami duduk di meja makan seperti selalu. Zairi memanaskan semula sup tadi. Sambil melabuhkan punggung ke kerusi, dia menyoalku. "Doktor cakap apa tentang darah tu?"
"Hmm, takde apa-apa." Aku tak bersedia menjawab soalan itu. "Doktor scan dan tengok semuanya okey. Katanya mungkin stres, atau mungkin hormon belum betul-betul level off. Apa ya ayat dia? Hormon period terlepas..? Apa entah.. In short semuanya okey tapi kena selalu buat check up lah."
Aku mengambil pinggan dan mencurahkan sup ke dalamnya. Kemudian spaghetti diletakkan di atas dan digaul bersama. Berlainan pula dengan Zairi, dia meletakkan spaghetti ke dalam pinggan terlebih dahulu sebelum mencurahkan sup. Dia juga tidak menggaulkannya.
Zairi berkerut sedikit mendengar jawapanku.
"Semuanya okey? Tapi kena buat follow up untuk pastikan semuanya kekal okey??"
"Hmm, haah." Aku enggan mengalah dengannya. Aku tahu ayat aku carca-marba, contradicting dengan ayat sebelumnya "Biasalah, follow up untuk tengok perkembangan baby.."
"Tapi kau punya bukan follow up biasa kan?" Zairi juga enggan mengalah.
Aku senyum segaris. "Oh, hampir-hampir je terlupa." Aku menarik kotak pil yang telah siap aku isikan pagi tadi. "Ana kena makan ni sekali sehari. Zai tolong ingatkan tau. Nanti terlupa pulak.."
"Apa tu?"
"Vitamins."
Zairi meneruskan suapan. "Zai pun ada benda nak tunjuk kat Ana jugak." Aku lihat dia menyeluk poketnya dan mengeluarkan sesuatu. "Ini.. err.. sebenarnya Zai tak tahu Zai patut balut ke macam mana, jadi Zai bagi macam ni je lah eh?"
Aku terkesima melihat rantai bergantungan daripada genggamannya. Tanganku automatik menggapai hadiah itu dan menerimanya.
"Disebabkan kita kalut dengan baby tu, kita terlupa pulak anniversary kita dah lepas. Itu hadiah anniversary lah.." Ujar Zairi sambil menatap mataku. Aku tak sangka pula dia nak celebrate benda kecik ni.. "Nak Zai pakaikan untuk Ana tak nanti? Lepas makan?"
Aku mengangguk laju. Suasana berubah sepi dan janggal.
"Aaaahh.." Dia menyuruhku menganga untuk disuapkan spaghetti. Aku akur sahaja. Darah terasa menyerbu ke muka. "Sebagai balasan untuk hadiah-hadiah ni, suapkan Zai pulak." Dia pula yang menganga. Chiett, mana nak taruk muka yang merah ni..!
"Amm..." Buat bunyi pulak.. Seriously, my heart cant take this. Aku terus berdiam.
Beberapa ketika kemudian, aku teringat betapa aku tidak menyediakan hadiah untuk Zairi. Tapi dia tak minta pun kan? Kalau aku cakap yang baby ni je hadiah aku untuk dia, boleh tak?
Aku memandang wajah Zairi. Teringat kata-kata Zairi ketika mula-mula dapat tahu aku mungkin sedang mengandung.
"Zai.." Aku menggamit perhatiannya yang sudahpun tertumpu kepada makanan di dalam pinggan. "Tentang kontrak hari tu, kan.. Ana tak kisah pun kalau Ana terus berpantang di rumah ummi. Sebab ibu pernah cakap, ibu dah tak ingat dah aturan berpantang ni semua. Dulu, masa abang dapat anak sulung pun ibu biarkan mak mertua abang yang uruskan. Bila ibu free, ibu pergi jenguk diorang.." Salah satu daripada syarat dalam kontrak itu, cuba aku bincangkan.
"Kenapa tiba-tiba sebut pasal kontrak tu?"
"Ana tiba-tiba teringat. Semua syarat dalam kontrak tu, semuanya untuk kebaikan Ana jugak. Ana tahu Zai fikir Ana lebih selesa kalau dengan ibu sendiri, kan? Semuanya Zai nak korbankan untuk Ana. Padahal Ana tak kisah pun ikut cakap Zai. Sebab Ana memang sayangkan Zai.."
"Ana..." Nampaknya Zairi tak suka aku menyebut tentang semua ni. "Rumah ibu dan abah lebih dekat daripada rumah ummi dan ayah. Sebab tu lah Zai tulis macam tu. Takkan pula ummi nak tinggal sini, nanti ayah seorang je kat rumah tu. Kalau Ana tinggal kat rumah ibu, senanglah Zai nak berulang-alik dari sini untuk jenguk Ana."
Betullah, Zairi lebih banyak berfikir daripada aku ni. Mungkin juga sebab dia bekerja dalam bidang guaman, jadi otaknya semua ke arah kontrak dan perjanjian berdasarkan undang-undang. Eh, basic undang-undang Islam tak nak ikut pulak ke?
"Tapi nanti siapa nak jaga Ana kalau bukan ummi?"
"Kita tak tanya pun lagi dekat ummi.. Entah-entah ummi pun sama macam ibu, dah lupa tentang pantang ni semua.." Zairi memberi alasan.
"Dah tu, nak upah orang datang rumah tolong..? Siapa?" Hati ini seperti ingin menangis. Kalaupun bukan ibu atau ummi yang menjaga aku, takkan lah aku nak kena menjaga diri sendiri?
"Lain kali lah kita fikirkan.."
"Ini tak adil.." Air mata bergenang. Isy, kenapa aku mengada sangat ni? Depan makanan pulak tu..
"Ana.. nanti Zai tanyakan orang, mana tahu boleh jumpa pakar perbidanan.. Kita fikirkan slowly, okey?"
"Apa pulak merepek bidan-bidan ni..?!" Air mata mengalir laju.
"Ana!" Zairi meninggi suara. Aku cuba menghapus air mata, namun ia semakin deras mengalir. Zairi menyapu mukanya. "Okey, minggu depan kita balik jumpa ummi dan ayah.. okey?"
"Zai.. Ana berharap untuk ada orang menjaga Ana. Macam isteri abang, mak mertua abang yang jaga.. Tapi Ana..?" Aku masih ingat, setiap kali berpantang kakak iparku dijaga dengan baik oleh ibunya. Abang aku pun gembira aje setiap kali menjenguk anak-anaknya di rumah ibu mertua.
"Ana.. dah, tak perlu menangis. Kita plan elok-elok.. sekarang belum masuk sebulan pun lagi.. jadi kita ada banyak masa untuk plan tentang anak ni.."
"Pastu tulis kontrak lain lagi?!" Mulutku celupar. Aku sendiri tak tahu kenapa, aku jadi terlalu mengikut perasaan.
Zairi tercengang. Lama dia berdiam. Pandangan matanya tepat ke dalam anak mataku. Kami berlawan renung.
"No, takkan ada lagi kontrak..." Ujarnya kemudian menyuapkan spaghetti ke dalam mulutku.
Aku tak percaya.. aku sedikitpun tak percaya dengan kata-kata tadi tu.
Post a Comment