"Kalau bergaduh, jangan lama-lama.." Pesan ibu, sebelum dia pulang bersama abah.
Haih, ke mana pulak lah si Zairi ni pergi? Aku pelik betullah.. Aku tak tengok kontrak tu dia merajuk, aku dah sain pun dia merajuk juga? Betullah kata orang, kalau mengandung ni bukan ibu saja buat perangai.. bapa dan adik-beradik semua boleh terkesan dengan orang baru. Nak salahkan hormon ke?
Oh, tadi aku dah ke klinik dan doktor dah sahkan aku pregnant. Kalaulah Zairi tak merajuk, mesti aku dah WhatsApp dia. Sekarang ni, tunggu je lah dia balik baru cakap depan-depan.
Apa kata aku masak untuk pujuk si Zairi ni?
"Assalamualaikum." Perlahan sahaja Zairi memberi salam. Nampaknya dia masih marah. Hmm..
"Waalaikumsalam, Zairi.. Kau dah makan ke? Nak ayam masak kicap tak?" Aku buat selamba dengan perangainya. Bukannya aku boleh buat apa-apa sangat pun. Lelaki? Mana makan pujuk, weyh!
"Mana ibu abah?" Matanya mencari-cari kelibat orang tuaku.
"Diorang balik dah.. Kau lambat sangat balik, diorang pun bukan nak berlama-lama. Nak tengok kita je." Balasku berbasa-basi. Ibu dan abah dah balik sejak pukul 6 lagi. Diminta tangguh, katanya tak nak mengganggu kami lagi. Pulanglah mereka senja-senja nak dekat maghrib. Taklah jauh sangat pun Puchong Perdana ni dengan Damansara Utama tu. Sengaja diorang nak bermalam kat sini semalam.. "Kau nak tak ayam aku masak? Boleh aku panaskan.."
"Kau dah makan?" Dia memulangkan soalan kepadaku. Mungkin kerana aku tak mengajaknya makan bersama?
"Haah, aku makan dulu baru mandi. Sejak mengandung ni, aku asyik lapar je.. Kalau kau nak makan sama-sama boleh je aku temankan."
"Ya ke kau mengandung?" Zairi sengaja meragui kata-kataku. Hmm, dia memang begitu. Takkan percaya pada kali pertama, mesti bertanya semula untuk kepastian.
"Ya.. tadi sebelum balik aku dah pergi klinik. Ya lah, nak tunggu lama-lama pun buat masing-masing anxious je. Anxiety attack gitu.." Masih selamba, sambil mengunyah buah pear. Yang ini pun aku beli untuk ibu dan abah sebenarnya.
"Ibu dengan abah dah tahu?" Zairi bertanya lagi.
"Dah, sebab aku pun balik lambat tadi. So diorang tanya aku ke mana, aku pun bagitahu je lah." Agak-agak dia kecewa ke sebab dia bukan orang pertama yang aku beritahu? Well, siapa suruh dia merajuk kan..?
"Kau dari mana, Zai?"
"Aku dah janji dengan kawan-kawan nak sambut kenaikan pangkat aku.. Sebab tu lah.." Perlahan sahaja dia menjawab. Aku rasa dia penat sangat kot..
"Oh, so kau dah makan la kan..?" Aku bertanya lagi, ingin tahu samada patut atau tak untuk aku panaskan lauk tadi.
"Hmm, aku nak pergi mandi." Dia mengangguk dan terus masuk ke bilik.
Bosan. Sempena kitorang bergaduh dan belum minta maaf antara satu sama lain, aku bosan. Bila aku fikir-fikirkan, kalau aku nak anak aku jadi orang yang berjaya means aku kenalah mula dari sekarang. No, sepatutnya mula sebelum tu lagi..
Hm, tapi aku nak anak aku jadi macam mana ya? Berjaya itu macam terlalu subjektif pulak.
Pintu bilik dibuka. Aku berpaling ke arah Zairi. "Ini, ummi nak cakap dengan Ana."
"Ya, ummi.. Waalaikumsalam..." Aku menjawab salam yang dihulur ibu mertuaku. Al-Quran di dalam tangan, aku letak ke meja katil. "Baru lagi, ummi. Baru dalam 3 minggu."
Zairi duduk di birai katil menunggu aku habis berbicara dengan umminya.
"Nah, ummi nak cakap dengan kau pulak." Telefon bertukar tangan. Seingat aku, tadi sudah azan masuk waktu isyak. Jadi aku terus mengangkat takbir tanpa mempedulikan hal lain lagi.
"Ya, ummi.. Abang tahu.." Zairi kemudiannya meninggalkan bilikku. Tak mahu mengganggu aku kekhusyukanku.
"Ummi ajak balik kampung hujung minggu nanti." Ujarnya sebaik sahaja aku memasuki bilik. "Dia kata nak buat kenduri kesyukuran, doa selamat semua.."
"Nak masak pulut kuning ke?" Aku mengerutkan dahi. "Aku busy lah minggu ni. Minggu depan mungkin boleh."
Aku menyelak selimut dan naik ke katil. Wajahnya nampak cemberut.
"Sorry lah, tapi minggu ni memang tak boleh." Dia diam sahaja. Ini bukan sengaja aku buat alasan, okey..? "Zai, dari semalam lagi kau masam muka dengan aku.. Senyumlah, please..."
Dia memandang wajahku. "Ana, janji dengan Zai. No more aku-kau?"
Eh? "Dah tu kita nak panggil macam mana?"
"Ana - Zai. Okey?"
Kami saling bertentang mata untuk seketika. Bukanlah berat untuk menukar panggilan, tapi memerlukan masa untuk selesa dengan panggilan itu. Hm..
"Zai minta itu je. Zai tak minta saya-awak ke, abang-sayang ke.. Zai sendiri pun tak suka semua tu. Zai minta Ana jangan panggil kau-aku lagi, itu je.. Tak manis bila orang dengar, nanti diorang fikir kita ni tak mesra.."
Seluar terasa basah.
"Okey." Aku turun semula dari katil. "Okey, Zai."
ku ke bilik air untuk menukar seluar. Rasa tak selesa kalau tidur dalam keadaan basah. Agaknya, aku kena rajinkan diri pakai pelapik dalam lepas ni. Sebaik sahaja duduk di mangkuk tandas, aku ternampak sesuatu yang tak menyenangkan.
"Ana..! Kenapa menjerit? Ada apa-apa ke?"
Keluar dari tandas, aku tak dapat mengawal riak muka. Aku benar-benar bingung.
"Kenapa, Ana?"
"Darah."
"Apa?"
"Darah."
"Kau.. bukan kau dah confirmkan dengan doktor?"
Zairi cemas. Aku pun tak tahu. Aku sendiri tak pasti darah ni maksudnya apa. Aku.. tak dapat berfikir lagi. Aku terus naik ke katil dan cuba untuk tidur. Jangan stres, mak budak. Itu hanya akan memburukkan lagi keadaan. Aku menenangkan hati.
"Ana.. kau okey ke tak? Darah tu, kenapa?"
"Zai.. bertenang. Esok pagi Ana pergi jumpa doktor. Serahkan pada Allah. Allah akan bantu kita." Ayat itu ditujukan kepada diri sendiri juga. Jangan gelabah, bertenang.
"Baik kita pergi klinik sekarang." Zai mengajak. Aku memandang wajah paniknya itu.
"Zai..." Aku menggeleng. "Sekarang dah malam. Kalau pergi pun, doktor akan suruh tunggu dulu dan banyakkan berehat. Darah tu sikit je, jangan risau sangat."
Wajah Zairi tetap menunjukkan kerisauan, sama seperti muka aku tadi. Kalau tangkap gambar, agak-agak muka siapa lagi hodoh?
Zairi cuba berbaring dan bertenang. Kemudian dia mengatakan sesuatu yang aku paling tak suka dengar. "Ana, nanti berhenti kerjalah. Aku kan ada untuk cari duit."
Post a Comment