Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita

"Zai!" Tak sempat aku nak memberi salam. Hati ini terlalu cemas. "Ibu abah aku kata nak datang rumah!!"

"Oh, ya ke? Jadi?"

Aduh, dia ni! Dia tak sedar lagi ke? Kalau diorang nampak, bocorlah rahsia kita!!



"Assalamualaikum, abah.. Ibu.." Aku lihat Zairi tenang sahaja bersalaman dengan abah dan ibu. Aku ni je kot yang macam nak pecah jantung.

Setelah membayar duit teksi, aku bergegas mendapatkan ibu dan abahku. "Ibu, abah.. Sampai dah?"

"Hah, kamu ni Ana.. Bila nak belajar bawak kereta?"

Aku menarik muka. Isy, dah lah tengah risau dengan benda kat dalam tu. Abah perli aku pulak.. Aku tak suka betul macam ni...
"Hmm, masuklah dulu." Aku menjemput mereka ke dalam, sambil diri sendiri berlari mendapatkan benda tu untuk menyorokkannya. Isy, mana pulak ni? Tadi pagi dekat atas rak ni je.

"Cari apa?" Zairi menghampiriku lantas sambil tersenyum, dia menyuruhku membuat air untuk ibu dan abah. Ah, kalut! Benda tu tak jumpa lagi..! Janganlah ibu dan abah jumpa dulu..!



"Dah nak masuk setahun kamu berdua berkahwin. Ibu rasa macam tak percaya pulak anak ibu ni dah besar.." Ibu.. anak ibu ni dah besar, dah matang dah. Dah nak jadi ibu jugak pun..
"Alah, kamu ni.. Anak tu dah nak masuk anak empat pun tak percaya lagi anak dia dah besar panjang." Balas abah merujuk kepada anak lelaki kesayangannya. Hmm, apa-apa je lah..
Zairi gelak sahaja mendengarnya. Dari dulu sampai sekarang kami masing-masing kekok bila berbual dengan orang tua.

"Ibu dan abah datang sini memang saja-saja nak berziarah atau ada perkara lain?" Aku cuba mengatur ayat sebaik mungkin.

"Hai.. takkan tak boleh datang kalau tak ada hal sekalipun." Abah memerli lagi.

"Takde lah, Ana tanya je. Tak salah pun nak datang rumah anak sendiri, cuma nak mengingatkan kalau-kalau ada apa-apa yang penting yang ibu dan abah nak sampaikan.. Itu je.." Ah, gagal! Semuanya abah nak perli!!

"Ibu sengaja lah datang, rindu nak tengok muka kamu. Nak tunggu kamu balik... hmph, sibuk aje dengan kerja." Terharu pulak bila dengar perkataan rindu tu datang dari mulut ibu. "Nak merasa jugak bertamu kat rumah kamu.. makan masakan kamu.."

Erk, ibu perli ke apa tu? Ibu ni.. tahu-tahu je aku malas memasak.

"Hah, kamu berdua ni.. Diam aje kat Puchong ni, takde apa-apa berita ke?"

"Berita apa pulak, abah?"

"Hah, ada abah." Aku menjeling. "Berita baiknya, Zairi dah naik pangkat. Lepas ni boleh lah cari rumah yang lebih selesa lagi daripada rumah sempit ni.."

"Eh, ya ke? Bila kau naik pangkat, Zai?" Aku pun terkejut mendengarnya. Fikirkan dia nak bagitahu yang aku ni mengandung.

"Baru pagi tadi dapat tahu.. fikirkan nak belanja Ana makan luar petang ni.."

Abah tertawa kecil.

"Jadinya, abah dan ibu datang ni.. mengganggu kamu nak dating la ya?"

Terkelip-kelip mata aku mendengar kata-kata abah. Tak sangka abah akan bergurau macam tu. Bibir aku kemam buat menahan malu.



Setelah selesai makan malam, kami duduk bersama-sama di depan TV. Seperti biasa aku memasang siaran TV3, dan membiarkan saja remote TV di atas meja kopi. Buah epal yang sudah siap dipotong aku hidangkan sebagai snek. Nasib baik aku ingat untuk membelinya, kalau tak aku pun tak tahu nak hidang apa lagi. Takkan nak offer biskut kering pulak?

"Ni, ibu nak tanya sikit.." Aku memandang ke arah ibu. Terlopong seketika melihat dia mengeluarkan sesuatu dari celah kusyen. Alamak..!
"Ini apa ni? Kamu tak reti berkemas ya? Sepah-sepah sana-sini. Sama je perangai. Dah la positif tak bagitahu..!" Sambung ibu lagi sambil meneliti keputusan pada PT itu.

Aku cepat-cepat merampasnya dan melarikan diri ke dalam bilik. "Mana ada apa-apa..!"

Ibu dan abah memandang Zairi.

"Err.. bukan salah saya. Tapi perkara belum confirm lagi. Takkan nak bagi harapan palsu pula.." Dia memberi alasan lantas bangun dan turut mengekoriku ke bilik. "Kejap ya.."

"Kenapa kau larikan diri pulak?" Dia memarahiku.
"Kenapa benda ni boleh ada kat situ?!" Aku memarahinya semula.
"Aku lupalah semalam...!" Eii, senangnya dia cakap.
"Dah tu macam mana sekarang?!" Aku panik.

PAP !

Sebuah fail dokumen jatuh ke lantai. Oh, kat situ rupanya. Zairi mengambilnya.
"Kau dah sain?"

Aku diam sahaja. Kau nampak kan tandatangan aku sikit punya besar kat atas kertas tu.

"Kau dah fikir masak-masak atau kau pakai sain je?" Serius sahaja dia meneliti kontrak itu.

"Aku sain sebab aku percayakan kau.." Ya, aku memang percayakan dia. Dari dulu pun, aku tak kisah kalau kitorang kahwin tanpa ada kontrak. Sebab aku percayakan dia.

"Aku tak terima! Aku nak kita bincang! Bukan kau sain belakang aku! Bukan kau ikut je apa yang ada dalam ni!"

Eh, kenapa nak melenting pulak? Dah lah ibu dan abah ada kat luar, nanti diorang salah faham pulak.

"Aku dah tengok, aku tahu semua syarat-syarat tu untuk kebaikan aku. So, aku sain la." Aku cuba meyakinkan Zairi yang aku bukannya setuju membabi buta.

"Tak boleh! Kau tak fikir... Ugh!" Cemuhnya, kemudian keluar meninggalkan aku terpinga-pinga. Apa salah aku?

prev | next

cemas bila mak ayah nak datang rumah. lagi2 bila selama ni kau tak buat kerja rumah, dah tentulah mak ayah datang diorang nak tengok rumah bersepah atau tak. kalau tengok bersepah, mahunya kena oancung. tapi kalau bersih ada ke diorang puji? ikut nasiblah kan, kalau parents mmg suka memuji alhamdulillah, kalau parents tgh senang hati alhamdulillah, kalau parents perli, tadah telinga je lah.
tapi paling nervous bila korang ada something yg korang tak nak parents tau...

konflik lagi. zairi ni cepat melenting ye, orangnya? oh, aku perasan nama dier lebih kurang khuzairixmia. cerita ape ntah tajuknya tu. xde kena mengena pun eh
bila ntah aku nak habiskan cerita ni..?

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous