Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita

Selesai menukar baju, aku membawa notebook kecilku ke depan TV. Mencari channel yang menyiarkan apa-apa movie menarik.. Hmm, hari ni takde Saturday Matinee, Panggung Sabtu pun takde.. Isy, kenapa aku asyik fikir Sabtu je ni? Kenapa memori aku ni malfunction sampai tak boleh register yang hari ni Ahad?

"Ana! Suzana..!" Pekik Zairi dari dalam bilik.

Aku tersenyum segaris. Mestilah dia dah jumpa PT yang aku buang tadi. Aku buat-buat tak dengar.

"Ana, apa ni Ana? Kau sengaja nak buat surprise kat aku ke?" Dia mengunjukkan PT itu kepadaku. Eh?

"Aku nak jadi ayah dah.." Ujarnya perlahan, sengaja mengawal perasaan teruja. Tapi senyumannya panjang sampai ke telinga! Dia melabuhkan punggung di sebelahku. Aku meneliti PT itu. Mulut aku tekup bagai tak percaya dengan apa yang aku lihat.

"Kita pergi jumpa doktor, petang ni..?" Zairi mengajak.

"Tak nak!" Laju aku membantah. "Kan aku dah kata tadi, awal lagi.. Tadi aku tengok ni negatif tahu tak? Sekarang dah jadi positif.. Nampak sangat belum kuat lagi untuk bagi solid result!" Aku tak tipu, aku memang tak percaya result ni berubah positif. Ke aku tak tengok betul-betul tadi?

"Ana.." Dia memeluk pinggangku.

"Geli weyh.." Memang aku terasa geli, tetapi aku tidak pula menepis tangannya itu.

"Sampai bila kita nak aku-kau lagi? Dah tiba masa untuk kita tukar panggilan kita sebagai suami isteri.."

Aku terkedu mendengar soalan itu. Entah, aku pun tak tahu sampai bila. Otak aku kosong bila memikirkan soalan ini. Aku menumpukan pandangan ke arah notebookku tadi. Perkara yang aku nak tanyakan Google sudah berubah. Aku menekan papan kekunci. Kemudian dengan selamba aku bertanya, "kau nak aku panggil kau apa?"

"Entah, kau nak panggil aku apa?" Zairi memulangkan semula soalan itu kepadaku.

"Sebab aku tak tahu lah, aku tanya kau balik.. Aku tak nak panggil kau abang sebab mak bapak aku dengan mak bapak kau lain. Tapi aku tak tahu nak panggil kau apa.." Dia yang suruh tukar panggilan, dia sendiri pun takde idea nak panggil apa? "Kau pulak nak panggil aku apa..?"

"Aku panggil kau Ana..?" Jawabnya setelah berfikir seketika.

"Eh, itu semua orang pun panggil aku macam tu!" Takde yang special pun dengan panggilan tu. Family dan kawan-kawan sekolah, semua orang panggil aku macam tu! Takde idea tu mengaku jelah!

"At least takde lah aku kau je..." Nak membela diri sendiri lagi..

"Apa yang salahnya dengan aku-kau? Kita memang dah macam tu dari dulu enn.. Sejak kecik lagi, sampai lah kau ajak aku kahwin, sampai lah aku jatuh hati dengan kau, sampai lah..." Diam lah mulut.. Kau dah cakap banyak sangat! Aku kembali menghadap notebook.

"Apa kau cakap tadi?" Excited la tu, dengar orang cakap macam tu.. Aku buat tak dengar. Malu!
"Sejak bila kau jatuh hati kat aku? Kau jatuh hati kat aku lepas kahwin eh? Kau suka aku sangat-sangat eh?"

Malas aku nak melayan soalan menggedik macam tu. Hah, dah keluar dah apa yang aku cari tadi.
"Tengok ni!" Ujarku sambil membuka bungkusan marshmallow yang aku beli malam tadi. Aku menyumbatnya ke dalam mulut.
"Nanti, kau masaklah yang best-best macam ni untuk aku. Ini untuk kebaikan anak kau jugak enn.." Hohoho, tuah orang dapat suami rajin masak. Tunjuk-tunjuk, nanti dia buatkan. Hehehe.

Zairi menjeling wajahku. Kenapa?

"Aku dah cakap jangan makan manis banyak-banyak kan? Kau ni degil la.." Dia merampas bungkusan marshmallow dari tanganku.
"Masa aku beli semalam kau tak halang pulak." Aku merampasnya semula.
"Yalah, masa tu.." Dia terhenti. Masa tu apa? "Aku tak perasan kau beli ni! Dah jangan makan selalu. Untuk kebaikan yang dalam perut kau tu jugak.."
Eleh, malulah tu. Padahal semalam dia yang bayarkan marshmallow ni.. Pastu nak mengulang ayat kita pulak.

Zairi merenung skrin notebook.

"So, lepas ni aku buatkan bekal untuk kau. Kau jangan makan yang bukan-bukan pulak kat pejabat."
"Eh, seriuslah nak bawak bekal?" Aku memandang wajahnya. Tangan masih menyuap marshmallow ke dalam mulut.
"Kau pun kena rajin-rajin masak. Nanti anak dah besar, takut tak merasa air tangan ibu.." Zairi menganga mulutnya, meminta disuapkan marshmallow. Mengada betul, tadi tak bagi kita makan..

"Takpe lah, diorang special.. ada air tangan ayah." Aku menjawab.
"Air tangan ibu tu yang lagi berharga." Balasnya pula.
"Kalau berharga mana boleh bagi selalu..." Aku tertawa, terasa jawapan aku itu begitu win sekali. Dia menjeling lagi. Tiba-tiba dia berubah serius.

"Nanti petang kita pergi klinik ibu dan anak lah. Jangan pergi klinik biasa."
"Tak nak..! Awal lagi kan..!"
"Sebab positif negatif ni lah, kita kena jumpa doktor.. Minta pendapat doktor.."
"Banyaklah kau punya pendapat. Tanya Google jelah!"
"Tanya Google tak sama dengan doktor biasa. Google ni boleh diagnosis kau ke? Boleh buatkan urine test, blood test untuk kau?!"
Aku tarik muka.
"Minggu depan lah.."

"Ana.." Tak payah nak pujuk rayu pulak.. Eh, pernah ke dia pujuk aku eh??

"Ana.." Dia memanggil lagi.

"Apa lagi kau nak cakap kat aku?" Aku berpaling memandangnya.

"Aku rasa kita chill je lah dengan panggilan aku-kau ni enn?"

Pulak dah..?

"Chill ke cili?" Sengaja aku loyar buruk dengannya.

"Cool..?" Dia mengangkat kening, meminta persetujuan.

"Eh, ada bau sedaplah.." Aku melarikan topik sambil berpura-pira menghidu di udara.

"Bau apa pulak?" Zairi tahu, aku sengaja lari dari topik asal.

"Bau makan tengah hari. Aku lapar lah..." Aku memegang perutku.

"Eh, baru pukul 11.30!" Zairi mengerutkan dahi.

"Aku lapar jugak!" Bentakku, manja. Buat malu diri sendiri je..

"Kita makan kat luarlah.. Aku penatlah masak untuk kau..."

prev | next


panjang lagi ke? aku sendiri pun dah penat... ayat pun ringkas je ..

pasal panggilan nama selepas kahwin.. kalau korang dah kahwin macam mana korang nak panggil pasangan korang?

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous