Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita

Suasana menjadi dingin antara kami. Sarapan terbiar di meja. Tak sesiapapun punya selera lagi untuk makan pagi. Salah aku ke? Bukan salah dia ke? Masing-masing tak nak mengaku. Air mata aku terus mengalir tanpa tertahan.

Uwek..

Aku cepat-cepat berlari ke tandas. Isy, kurang ajar sangat ni bergaduh sampai macam ni..

"Muntah lagi ke?" Zairi seperti memandang sinis. Aku tak peduli. Aku masuk ke bilikku dan mengunci pintu. Biarlah aku berehat. Penat bertekak dengan orang yang tak faham perasaan kita. Eh, ke aku yang tak bagi peluang untuk dia buat penjelasan? Aku ke yang tak memahami dia sebenarnya? Dada bertambah sesak. Aku tak ingat bila kali terakhir aku terlalu marah sampai naik loya macam ni. Teruk betul kitorang bergaduh tadi.. Air mata kembali mengalir.



Entah lah dah berapa lama aku tertidur. Bila aku sedar, aku berada di hospital. Hah, serius lah hospital? Kenapa aku dekat hospital pulak ni?!
Pandangan aku kitarkan ke sekeliling.
Aku nampak doktor berbicara sesuatu dengan Zairi. Ibu, abah, ummi dan ayah juga ada di luar bersama Zairi. Kelihatan Zairi terduduk kecewa di kerusi menunggu. Apa yang dah terjadi sebenarnya? Tiba-tiba aku seperti ditampar satu perasaan aneh yang datang dari perutku.

"Tidak!! Aku tak nak!! Aku tak nak..!!" Aku tak percaya semua ini terjadi. Ini tak boleh berlaku! Aku teresak sendiri.

"Ana..! Kau kenapa, Ana?" Zairi meluru ke arahku dan memeluk tubuhku.
"Tidak..." Aku masih teresak. "Aku minta maaf.. maaf..."
"Takpe, Ana.. Aku.. aku yang salah.. "
"Aku minta maaf..." Tak tahu kenapa, aku terus meminta maaf berulang-ulang kali.
"Kau tak salah, Ana.. Aku yang patut minta maaf.. Kau tak salah.."
Zairi terus menenangkan aku dalam pelukannya.

"Kau mimpi apa, Ana..?" Soal Zairi sambil memegang wajahku. Air mata dia kesat dengan penuh kasih.

Mimpi..? Aku memandang sekeliling. Aku melihat cermin kesayanganku. Aku masih di dalam bilik. Pintu sudah Zairi buka dari luar menggunakan kunci pendua. Aku memandang Zairi. Benarkah yang tadi itu mimpi? Ataukah aku ini sedang bermimpi? Ah, manakah yang benar??

"Ana.." Zairi menggosok bahuku. Aku memejamkan mata. Ya Allah, bangunkan aku dari mimpi ini jika aku sedang bermimpi. Aku membuka mata, Zairi masih di hadapanku.
"Ana..?"
Aku memeluknya erat. Ya Allah, aku takut sekiranya mimpi itu jadi benar. Ya Allah, andai ianya benar.. Berikan kami berdua kekuatan.



"Segar dah? Itulah kau, tidur sampai tak sedar dah nak habis waktu Zuhur. Nasib baik kau sempat.." Bebelan Zairi membuat aku tersenyum. Benarlah, kini aku di alam nyata.
"Kau mimpi buruk eh tadi?" Soalannya membuatkan ingatanku kembali ke hospital tadi. "Lain kali, jangan bawak stres tu pergi tidur.. kan dah mimpi yang bukan-bukan. Sampai mengigau lagi.."

"Mimpi tadi terasa real." Ujarku perlahan. Garfu menguis maggi goreng yang dimasak Zairi. Zairi mengeluh memandangku.
"Dahlah, lupakan je mimpi tu." Zairi menghampiri dan membelai rambutku yang masih basah. "Malam nanti kita keluar nak? Aku dah tempah tiket wayang tadi.. Itupun kalau kau nak pergi lah.. Kalau kau tak nak, aku cancel."
"Cerita apa?" Soalku.
"Sadako vs Kayako." Zairi mengangkat-angkat keningnya mengajakku pergi. Aku menolak tubuhnya.
"Isy, kau ni jangan nak tipu aku lah.. Cerita tu baru je keluar kat Jepun, belum sampai sini lagi..!"

"Jadi kalau betul cerita Sadako vs Kayako, kau nak pergi tengok lah?"

Aku terdiam berfikir. Kalau betullah aku tengah mengandung, tak elok pula tengok cerita hantu. Asyik terkejut je nanti..

"Kau beli tiket cerita apa?" Aku tidak menjawab soalan Zairi.
"Entah lah, Salt 2. Aku tak tahu pun ni cerita apa.. tapi itu je yang main petang ni. Kau pun suka crime story kan?"
"Weyh, itu cerita Angelina Jolie! Mestilah aku nak tengok!!"



Zairi mengejutkan aku dari tidur. Hmm, berat rasanya untuk bangun pagi ini. Aku menunaikan solat subuh kemudian beransur mandi.
"Nak makan apa, pagi ni? Aku buat roti telur untuk kau, nak?" Zairi melaung dari dapur.
"Tak nak lah. Aku dah lambat ni." Ujarku sambil membancuh air horlicks di dalam termos. Tak berselera untuk makan pagi. Nanti kalau aku lapar, dekat office berlambak biskut. Jangan kata biskut, segala macam instant pun ada. Eh, sedapnya kalau dapat ramen cheese..
"Kau dah lambat nak ke mana?" Zairi datang meletakkan pinggannya di meja. Dia memandang aku atas bawah kemudian menghulur senyuman sinis. "Kau nak pergi kerja ke hari Ahad macam ni?"
Ah, malunya...!

Fikiran melayang kepada wayang malam tadi. Hmm, malu pula bila teringat yang aku boleh tertidur tak sampai separuh cerita. Buang duit je beli tiket tapi tak tengok.. Lepas tu bila aku bangun, kepala aku kat bahu Zairi pula? Sengaja Zairi ni buat adegan romantic dating ni..
Eh, salah ke dia buat macam tu? Tak salah pun..

"Kau dah siap mandi eh?" Tiba-tiba Zairi bertanya sambil tangannya menguis-nguis sisi pinggannya. Apa yang dia merepek ni? Dia sendiri nampak aku dah siap dengan baju kurung..?
"Kau... dah..."

Biar aku teka.. mesti dia malu nak tanya pasal pregnancy test yang dia letakkan kat dalam bilik air tu? Tak sangka pulak dia sampai belikan clearblue semata-mata untuk ni. Mahal tu, dah lah beli dua!

"Belum, awal lagi lah. Tunggulah minggu depan ke..."

prev | next

awkward. huh, makin lama makin susah pulak nak teruskan cerita ni. hmm, korang rasa apa sebenarnya objektif cerita ni?
muntah bila marah.. entah lah, everyone reacts differently to something. ade org muntah sebab nervous, ade org nangis bila marah.. or maybe sebab overwhelm masa marah so dia jadi terasa nak muntah? //irrelevantexplaination
pregnancy test. seawal mana boleh buat pt? seawal 10 hari lepas ovulation. but then, benda tu baru lagi tak kuat lagi hormonnya untuk bagi keputusan yg tepat. selalunya orang akan suruh tunggu sampai missed period barulah test.
aku nak biar citer ni jadi short novel je.. tapi makin meleret pulak. dalam 10 episod cukuplah..
pasal kontrak tu, sengaja zairi tak nak sebut sekarang sebab suzana nampak stres sangat

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous