Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita

"Zairi.. maafkan aku..." Pagi ini terasa ingin menangis. Entahlah, mungkin sebab rasa bersalah marahkan dia malam tadi. Aku menarik tangannya untuk bersalaman. Aku cium tangannya yang besar tu. Eh, tangan lelaki memang lah macam tu. Yang aku buat komen tak penting ni, siapa yang tanya?
Zairi menarik tangannya semula. "Apa lah.. itu pun nak minta maaf ke? Tak payahlah.."

Aku sedikit terasa.

"Nak makan apa pagi ni? Kau ada nak muntah lagi tak? Aku nak masakkan ni, kau nak apa? Kalau rasa sakit, jangan lupa makan ubat tu.." Zairi membawa diri ke dalam dapur. Sebahagian hati ini tahu yang Zairi malu dan segan, tetapi sebahagian lagi hati ini terasa ingin memberontak.

"Masaklah apa-apapun. Aku takde selera lah." Sengaja aku berkata begitu walhal tangan sudahpun membuka peti sejuk untuk mengambil susu kotak.

"Hari tu pening, pastu muntah-muntah.. Hari ni takde selera pulak. Aih.." Isy, terasanya bila dengar dia mengeluh macam ni. Menyusahkan sangat ke? Aku tak mintak pun kau bawak aku pergi klinik, kau yang offer!
"Mungkin betullah kau dah ada isi.. Jadi aku kena lebih berjimat lagi." Sambung Zairi lagi.

Serius lah.. Mamat ni fikir lagi jauh daripada apa yang aku fikir.. Hmm..

Mangkuk diisi penuh dengan bijirin honey star. Sedikit oat crunch juga dicampur bersama. Hmm, rasa tak lengkap pulak. Apa lagi ya?
Pintu peti sejuk aku buka lagi. Mata tertancap kepada mayonis. Hmm..

"Zai.. masakkan telur hancur untuk aku!" Selamba aku order sambil membawakan dua biji telur itik kepadanya. Telur ni, dah lama ummi Zairi bagi.. Sampai sekarang tak bermakan lagi.
"Serius lah telur itik?"
Aku mengangguk. Yalah, serius. Pernah ke aku tak serius dengan makanan?

Zai memecahkan telur itu ke dalam mangkuk. Ditaburnya garam dan diletakkan asam keping. Katanya, asam keping itu untuk menghilangkan bau hanyir. Hanyir ke bau telur itik? Aku cuba menghidu.
Uhh.. menyesal! Hahaha.
Setelah dia menyiapkan roti bakar beserta kacang bakar (baked beans) untuk sarapannya sendiri, dia mula memasukkan telur ke dalam kuali leper. Bunyi masakan berdesis. (Sizzles). Baunya sahaja cukup membuatkan aku menjilat bibir. Aku mencapai lada sulah dan menaburnya ke dalam kuali. Zairi terus mengacau untuk menghancurkan telur itu.



Zairi merenung tajam saat aku menggaulkan telur tadi dengan bijiran bersama susu tin. Ya, aku tak jadi guna susu lembu tapi aku guna susu pekat manis.
"Kau jangan makan macam ni selalu, kencing manis nanti.." Dah mula dah leteran mak nenek dia...
"Shh, jangan cakap pasal kencing. Tengah nak makan ni..." Sengaja aku loyar buruk di pagi hari.
"Aku tak cakap pasal kencing, aku cakap KENCING MANIS!" Eh, serius aje dia ni..
Aku meletakkan jari ke bibir.

"Ana.. aku minta maaf."

Eh, tiba-tiba pulak? Tadi diam je..?

"Aku tiba-tiba melenting, panik.. padahal sepatutnya aku dah bersedia. Kita ni suami isteri, bukannya boyfriend girlfriend ke... kawan biasa ke.. Sepatutnya aku dah faham, dah boleh terima keadaan macam ni.." Zairi cuba bersikap terbuka. Aku tahu, susah untuk dia mengucapkan kata-kata maaf malahan dia asyik menunduk sejak tadi. "Tapi aku serius, jangan makan manis-manis sangat. Nanti macam-macam masalah kesihatan boleh datang. Bukan setakat dekat kau je, dekat anak tu pun... nauzubillah min zalik..."

Suasana dibiar sepi. Sengaja aku memberi ruang kepadanya, sambil aku menikmati dan menghayati kerangupan bijirin bersama rasa lemak yang dibawa susu pekat dan telur tadi. Umph..!

"Zai.." Aku memecah sunyi. "Kontrak yang kau merepek semalam tu, apa dia? Tak sangka kau boleh buat yang baru? Sampai hati kau..?"

"Bukan macam tu, Ana." Hah, Zairi nak membela diri sendiri lah tu. Dari dulu sampai sekarang, sama je intro dia. Buat aku rasa nak tergelak! "Bukan aku nak buat kontrak berat sebelah macam dulu lagi.. Tapi aku nak kita rancang masa depan, tetapkan betul-betul then kita ikut macam dalam perjanjian tu..."

"Aku tak suruh pun kau buat kontrak berat sebelah tu, kau sendiri yang kata kau tak nak sentuh aku, tak nak melebihi batasan sebab kau suami atas kertas je. Kau sendiri yang decide, aku tak kisah pun tentang semua tu.." Air mata bergenang. Kenapa pulaklah emosional sangat ni..?

"Aku buat tu untuk kau jugak. Mana lah aku tahu yang kau pun sukakan aku! Aku tak nak kau anggap aku ni mengambil kesempatan kat kau je.." Merah menyala pipinya. Tak tahulah kerana marah atau kerana dia malu menyatakan semua ni. "Lagipun waktu tu kita kahwin sebab kau tak nakkan pilihan keluarga kau tu kan? Kau yang kata mamat tu teruk lah, apa lah.."

"Dah tu, sekarang ni kau nak buat kontrak apa pulak? Benda dah settle, mamat tu pun dah takde dalam hidup kita. Kau nak buat kontrak 'anak ni nanti mesti jaga sama-sama'? Itu namanya tanggungjawab, bukan perjanjian..!" Suzana.. kawal sikit emo tu. Makan diri nanti..

"Ana, perkahwinan tu dari akad. Akad tu apa, perjanjian kan?" Zairi semakin meninggi suara. "Aku nak kita bincang, bukan aku seorang yang tentukan! Kalau ada apa-apa yang kau tak suka, bagitahu nanti kita adjust sama-sama..! Ini tidak, kau terus campak je!!"

"Yang kau nak marah sangat ni kenapa?!" Aku membentak. Air mata mengalir jatuh dari pipi. Frustnya berbincang macam ni.. Apa pun tak dapat, dapat penyakit je lebih... Aduh, sakit tekak aku menjerit.

"Kau yang jerit kat aku dulu!" Zairi kembali duduk. Dia meraup wajahnya. Dia seperti orang yang baru sedar dari kesurupan.
"Im sorry.." Perlahan Zairi mengucapkannya.

"Kau dah kenal aku bertahun-tahun.. kita dah sebumbung hampir setahun dah.. sampai hati kau.."

prev | next

hei, so aku dah detail kan serba sedikit tentang kontrak diorang. susah lah nak ungkit balik semuanya. tengoklah, semua pun ikut jadi emo. hahaha.. itu semua pengaruh hormon tu.. so, pasal kontrak baru, korang rasa apa niat sebenar si Zairi ni ha? menggedik pulak dengan segala insecurity dalam hati dia.. tak percaya lagi yang ana tu dah jadi milik dia, ke? and yep, aku memang sengaja nak buat korang lapar bila baca cerita ni. so next time pun korang boleh lah sediakan snack dua tiga bungkus kat sebelah korang okey? 'kay, gurau.

baru-baru ni aku tengok tv, ade cakap pasal lelaki pun patut belajar tentang berpantang. well, i agree because dia lah orang yang paling dekat.. isteri mestilah suka nak berganutng pada suami kan.? tapi tak expect banyak sangat.. dia tahu secara general je dah ok.
cerita ni tunjuk Zairi yang selalu memasak. bukan sebab Ana tak tahu masak, tapi dia tak rajin memasak. pasal masak dan makan ni ade beberapa jenis.
yg rajin masak dan rajin makan, yg rajin masak tapi tak rajin makan, yg tak rajin masak tapi rajin makan, yg tak rajin masak dan tak rajin makan, belum kira yg tahu dan tak tahu masak lagi.. hahaha

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous