Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita

Hari ini, entah mengapa kepala terasa berdenyut-denyut sahaja. Sejak tengah hari tadi lagi, aku sakit kepala. Nak kata terlebih menghadap komputer sewaktu kerja, hari ini aku banyak keluar menemani bos untuk berjumpa klien. Nak kata stres, hari-hari lain pun stres juga. Aih...
Kepala kusandarkan pada kusyen yang Zairi gunakan. Semenjak dia berterus terang denganku tentang perasaannya, aku semakin berani untuk bermanja dengannya. Bukan apa, selama ni pun aku mengadu segala hal aku dengan mamat ni jugak.

"Dah kenapa ni?" Soal Zairi yang masih belum selesa dengan sikapku yang sekarang.

"Sakit kepala." Jawabku ringkas.

"Nak urut tak?" Soalnya berbasa-basi.

"Tak payah lah, Kau pun penat jugak kan?" Aku tak mahu menyusahkan dia. Aku tak mahu dia bertambah penat kerana mengurutku.

Kami masih berbual menggunakan panggilan "aku-kau". Entah lah, sebab dari dulu lagi memang begitu.

Kepala masih dilentukkan dekat dengan bahunya. Mata cuba memberi perhatian kepada Transformers yang sedang bermain untuk Friday Movie Night. Oh, berpinar pula mata ni..!
Tanpa sengaja, kepalaku terlentok ke atas ribaannya. Pandangan mata kami bertemu.

"Sakit sangat eh?"

Zairi mengusap dahiku hingga ke ubun-ubun. Hangat tapak tangannya membuat aku berasa nyaman.
Entah pukul berapa, dia mengejutkan aku dan mengajakku masuk ke bilik.



Uh, loyanya tekak ni!
Termasuk kali ni, dah empat kali aku berulang-alik ke tandas. Seperti ada sesuatu yang tersekat di tekak, namun bila aku ke tandas tiada apa pula yang dapat dimuntahkan.

"Ana, jomlah kita ke klinik. Aku tahu kau penat dari tadi asyik ke tandas je. Aku pun penat tengok." Zairi menghampiriku dan mendemah dahi. "Tak demam pun.."
Ah, nak suruh aku naik kereta ke? Lagi teruk mualnya nanti. Aku ni mabuk kenderaan, bukan dia tak tau.
"Sakit kepala lagi ke?"
Aku menggeleng. "Kepala ni tak sakit macam semalam dah."
"Berehatlah dulu, nanti petang kalau tak elok lagi kita pergi jumpa doktor." Dia memutuskan. "Ni aku dah buatkan teh halia untuk kau. Elok untuk orang yang loya-loya ni."
Hmm, teh halia? Aku tahulah air halia ni bagus, sebab tu aku amalkan time-time period. Tapi, hari tu punya bukan dah habis? Aku melihat ke arah pantri. Ada kotak teh yang baru. Hm, terima kasih Zai..

FLUSH.

"Makin teruk ke? Jomlah kita pergi klinik sekarang." Zai risau melihat keadaaanku sebegini.
Aku pun pelik. Lepas minum air teh tadi, bukannya makin baik. Aku terus muntah pulak!



"Mungkin food poisoning? Ada sakit-sakit perut tak?" Soal doktor tua itu.
"Tak ada, doktor. Semalam saya makan elok je macam biasa.." Balasku, jujur.
"Ya ke semalam kau makan?" Zairi mengangkat kening.
"Semalam aku makan mi tarik, okey? Ada orang belanja, mestilah aku makan..!" Eh dia ni, nak ragu-ragukan aku pulak? Semalam aku keluar dengan bos, bos memang rajin belanja orang makan.
"Okey.. yang datang dengan puan ni, suami ya?"
"Ya, betul lah tu.." Aku sengaja buat-buat menyampah dengan Zairi. Biar padan muka dia.
"Jadi, boleh saya tahu bila last puan period? Mungkin kita boleh buat urine test untuk tengok kalau puan mengandung?" Dia memberi cadangan.
"Mengandung?!" Zairi terkejut.

Negatif. Aku seperti ingin ketawa mengingatkan riak cemas Zairi tadi. Kenapa dia terkejut sangat sampai panik pulak? Hahaha.
Aku melihat ubat yang diberikan tadi lantas memasukkan bungkusan ke dalam laci kereta. Kirim salam je lah pil-pil sekalian. Huhuhu...

"Zai.." Zairi menumpukan perhatian kepada lalu lintas. Aku membuka sebuah apps di henfonku. "Oh, Zai.."
"Apa?" Sepatah dia bertanya.
"Aku rasakan.. betul lah aku pregnant..." Ujarku sambil mengingati apa yang terjadi sepanjang bulan ini. Stres tidak, mood swing pun okey. Cravings..?
"Hah?! Bukan result tadi negatif ke?" Tengok tu, dia buat panik lagi. Nasiblah aku relaks je. Takde lah haru keadaan.
"Mungkin awal lagi untuk detect.." Selamba je aku menjawab. Boleh pulak aku selamba lagi, bukan ke ini perkara penting?
"Dah tu yang kau muntah-muntah ni apasal pulak? Bukan selalunya kalau dah 2-3 bulan baru muntah ke?" Zairi masih cuba untuk membuat aku doubt dengan keputusan ujian tadi.
"Entah, setiap kehamilan tu berbeza..." Ujarku, masih meneliti info yang tertera di henfon.
"Jadinya, kau pregnant ke tak ni?"

"Weh, stop..! Stop..!" Mata menangkap sesuatu.

"Apa pulak ni?"Zairi berkerut marah. Dia terpaksa membuat pusingan U kerana lampu isyarat sudahpun bernyala hijau. Nasib baiklah sini boleh buat pusingan U...
"Kedai tadi ada tulis nasi ayam eh? Jom bungkus satu!" Tiba-tiba teringin pula makan nasi ayam. Ah, sudah! Mengidam PMS ke, mengidam sebab mengandung ni?
"Satu je?" Zairi mengangkat kening.
"Kau makan lah benda lain pulak... Jangan sama dengan aku..." Hati aku membentak untuk memastikan agar kami memesan makanan yang berbeza.
"Ada-ada je lah kau ni.." Seperti selalu, Zairi akan mengikut sahaja selera makan aku.



"Sepatutnya kau period bila?"

"Huh?" Aku melepaskan gigitan pada kepak ayam di dalam tangan. "Kenapa kau tanya, tak payah tau la..." Aku betul-betul segan dengan perkara ni. Kalau dia boleh perasan sendiri tarikh-tarikhnya kan senang. Kalau ikutkan semua artikel yang aku baca, kemungkinannya besar untuk aku mengandung. Tapi dalam hidup ni, masa depan tu 50-50. Ya atau tidak, kita tunggu je.
Aku lihat, Zairi jadi tak lalu makan.

"Kalau aku betul pregnant, kau susah hati ke?" Aku kembali mengunyah isi ayam tadi. Hmmm, yum yum.

"Memanglah, aku fikir mana nak cop duit untuk bersalin, berpantang, baju baby lagi.." Ujarnya dengan wajah serius. Sudu garfu mengacau char kuey teow di dalam pinggan. "Kau tu, dahlah makan pun tak jaga.. mesti vitamin apa benda doktor bagi untuk mak-mak mengandung semua kau tak makan enn?"

"Isy kau ni... sayang jugak kau kat aku enn?" Tak sangka dia sudah berfikir sejauh tu. Mata aku tak lepas memandang char kuey teownya yang tidak bersentuh. "Tapi kan.. bila doktor dah mention aku mungkin mengandung, aku rasa macam betul-betul dalam perut aku ni ada isi."

"Jadi kenapa pulak test tadi keluar result negatif?"

"Ini yang kita tak tahu.. Kalau budak besar, umur lima tahun pun macam-macam perangai dia buat kat kita.. baby dah tujuh bulan pun entah kenapa dia menangis kita tak faham.. lagilah baby yang dalam perut.." Aku mereka cerita yang aku sendiri pun rasa cerita ni mengarut. "Sebab tu aku kata, setiap kehamilan tu berbeza. Bukan ikut maknya, tapi ikut babynya..."

"Isy kau ni, merapu bukan main."

"Key dia satu je, tunggu. Tunggu je dengan sabar, nanti kita tahulah. Takdir tu semua rahsia Allah." Tangan menolak ke tepi pinggan yang sudahpun licin. Aku menjilat tepi bibir. "Dan takdir kata, aku masih lapar. So kalau kau tak nak kuey teow tu baik bagi aku."

"Eh, kau ni.. Lapar lagi ke?" Dia menolak pinggannya kepadaku. Aku sengih sahaja.



FLUSH..

Huh, alhamdulillah.. Lega perut ni.

"Muntah lagi ke?"
"Taklah. Sakit perut, membuang air besar." Aku tersengih lagi buat kesekian kalinya hari ini.
"Risau aku tengok kau ke hulu ke hilir, macam tengah berfikir nak pergi tandas ke tak.."
"Nak buat macam mana, perut aku tak puas memulas lagi tadi.."
"Dah, sini.." Zairi mengajakku naik ke katil.

"Zai.. masa kita mula-mula nak kahwin dulu kan.." Zairi leka meneliti kertas yang ada di tangannya. "Dari mana datangnya idea kau nak buat syarat-syarat dalam kontrak tu?"
"Huh?" Zairi memandang wajahku. "Kau ni tau-tau je aku nak bincang pasal kontrak ni kat kau eh?"
"Oh, kau pun nak cakap pasal kontrak ke?"
"Ya, aku nak kau tandatangan syarat-syarat penting ni sebagai persediaan untuk time kau bersalin nanti."
"Huh? Syarat apa pula?!" Ini boleh mendatangkan amarah. Katanya dia sayangkan aku sejak sebelum kahwin lagi, apa pula nak letak syarat lepas bersalin? Lepas bersalin dia tak sayang aku lagi dah?
"Ya, aku tak boleh jaga kau.. aku tak layak.. Jadi lepas bersalin, kau balik rumah parents kau and selepas sebulan kau balik ke rumah parents aku pulak. Lagi... bacalah dalam kontrak tu."

"Tak nak! Aku tak nak tau pape pon pasal kontrak ni!!" Aku mencampakkan kontrak itu ke lantai. Eeeii, dia nilah..! Aku menarik bantal kesayanganku. "Malam ni kau tidur seorang, bye!"

prev | next

sorry, actually aku nak sambung untuk detail kan tentang kontrak diorang. tetiba datang mood nak cakap banyak-2 pasal pregnancy vs period.
hmm, nak kata medical tak lah medical sangat. nak kata merapu pun takdelah impossible sangat. tapi seriously, jangan ambil serius sangat dengan information yang aku bagi. mostly semua tu pandangan seorang aku je..

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous