"Boleh ke?" Aku bertanya ringkas. Dia hanya tersenyum.
"Takpe ke?" Aku bertanya lagi sebagai kepastian. Dia mengangguk lantas memeluk bahuku.
"Kita dah rapat sejak sekolah lagi.. apalah salahnya..."
Air milo ais di dalam cawan aku hirup menggunakan straw. Aku memandang ke arahnya. Merah pipi melihat dia menghirup air horlick ais milikku dengan penuh menikmati.
"Zai, tu air aku.. Jangan habiskan!" Sengaja aku memarahinya.
"Eleh, boleh order lagi enn.." Balasnya selamba. Semena, dia mengangkat tangan memanggil pelayan dan memesan satu lagi horlick ais. "Kurang ais. Bungkus ikat tepi, straw dua."
Eh?
"Kau nak lagi tak air kau ni?" Aku diam tak menjawab. Bibir terus melekat pada straw di dalam cawan milo miliknya. Nanti pun boleh minum lagi horlicks yang dia minta bungkuskan tu, kan?
"Hmm.. cepat habiskan. Satgi kita jalan depan tu.."
"Huh? Depan mana?" Aku melihat ke dalam cawan, sedikit sahaja lagi untuk dihabiskan milo ini. Aku terhenti, kepalaku sakit.
"Dah kenapa pula, berkerut bukan main lagi..?"
"Brainfreeze."
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Mudah-mudahan sejuk ini hilang segera.
Dia pantas mengambil cawan itu dan mengelurkan semua ais menggunakan sudu. Aku menekan lidah ke lelangit. Pergh, menyengat betul brainfreeze ni.
Dia memulangkan semula cawan milo tadi kepadaku. Aku menggeleng sebagai tanda tidak mahu lagi. Serik.
Dia menggeleng kepala melihat telatahku. Air milo itu terus diteguk dan dihabiskan. Horlicks yang dipesan sudahpun sampai. Segera dia ke kaunter untuk membayar.
Ayunan kaki perlahan melangkah. Aku menunduk dengan wajah yang panas memerah. Tanganku di dalam genggamannya membuatkan hati ini berbunga-bunga. Aku betul-betul serba salah dengan hubungan kami. Kalau boleh, aku tak nak semua ini terhenti.
Dia membawaku ke sebuah taman yang begitu cantik sekali. Banyak bunga-bungaan pelbagai warna sedang mekar. Kami berhenti di sebuah gazebo dekat dengan tempat buaian. Wah, excited pulak aku tengok buaian!
"Suzana.." Dia melutut di hadapanku setelah menggantungkan air horlicks tadi di tepi tiang. Aku gemuruh melihat lagaknya. Apa pulak yang dia nak buat ni?
"Kau sedar tak kontrak kita dah nak habis lagi tiga minggu?"
Hah? Cepatnya masa berlalu...
"Lagi tiga minggu, kita akan masuk tahun baru. So mengikut kontrak, hubungan kita ni akan tamat waktu tahun baru nanti.." Ujarnya dengan wajah selamba. Janganlah sebut lagi, aku nangis nanti..!
"Aku tahu.. tentu keluarga kita pelik bila kita failkan cerai kat mahkamah syariah nanti. Yalah, kita kahwin ni, kononnya atas pilihan sendiri. Kita tak ada masalah apa-apapun, orang tengok kita macam bahagia je.. Keluar sama-sama, pergi makan.. pergi shopping.. pergi wayang.."
"Jadi aku harap kita boleh perbaharui kontrak kita.." Dia mengeluarkan sesuatu daripada poket bajunya. "Despite kita dah nikah, jadi kita tak perlu nak akad lagi dah. But then, will you be my wife.. my company.. and my heart?"
Aku terus melopong melihat cincin di dalam kotak baldu biru itu.
"Aku cintakan kau sepenuh hati aku. Sebelum ni, aku tak berani nak luahkan.. Sebab aku takut kau ada orang lain dalam hati kau." Ujarnya sambil tertunduk-tunduk. Aku melihat pipinya merah sedikit. Dia malu? "Masa kau setuju dengan cadangan aku dulu.. untuk kahwin dengan aku kalau kau tak suka pilihan keluarga kau.. untuk buat kontrak dengan segala syarat yang tak sepatutnya ada dalam perkahwinan islam.. aku sebenarnya terkejut sangat. Aku tak sangka aku boleh bersama kau, walaupun bersyarat.."
"Tapi kau sendiri yang letak syarat tu semua..!"
"Sebab aku takut kau takkan terima aku!" Nadanya meninggi kemudian kendur semula. "Aku memang tak sanggup tengok kau kahwin dengan lelaki lain.."
Aku terdiam kekok. Cepatlah bagi hint untuk aku jawab soalan pertama kau tadi..!
Setelah diam menguasai suasana buat beberapa ketika, dia bersuara semula. "Ana, I really love you. Be my wife?"
Aku terus memeluk tubuhnya. "Aku pun sayangkan kau jugak!"
Part brainfreeze tu comel gilaaaaaa /creys/ I thought laki tu jahat asalnya lol
---
menulis dengan cara awak sendiri, don't bother to satisfy others need (well, on certain ocassion kena consider) :) because when you enjoy doing what you love, pouring your hearts would be easier and enjoyable. my two cents lah :DD
Post a Comment