Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Peluang
Eila merenung lelaki di hadapannya. Lelaki itu membalas renungan, menunggu jawapan dari mulut Eila.
"Maaf." Eila membetulkan handbag di bahu lantas bangkit dari kerusi. "Aku.. dah ada orang yang aku suka. Walaupun.. dia cakap dia takde perasaan kat aku, tapi.. aku.. just tak dapat jawab... kau ni." Eila melepas pandang, sepertinya berat sekali untuk dia memberi jawapan kepada lelaki ini. Eila kembali merenung lelaki itu. "Kau anggap je la, yang kau ni tengah ambil kertas subjek elektif, yang tak affect CGPA kau pun, and kau fail. Kau ada pilihan untuk biarkan je, atau mungkin kau sanggup repeat.. Ikut kau lah. Aku.. sumpah tak tau nak cakap apa kat kau ni. Kita.. tak rapat mana pun jadi..."

Wajah lelaki itu meredup sayu. Eila meneguk liur. Tak tergamak di hatinya untuk melukai hati sesiapapun tetapi lebih kejam rasanya jika dia memberi secebis harapan buat lelaki ini. Eila mengatur langkah untuk pulang.

"Jadi.. crush kau tu, kau anggap macam ni juga?" Langkahannya terhenti. "Kau anggap dia macam subjek elektif kesukaan kau? Kau akan repeat tak kira berapa kali walau sampai kau mati sekalipun?"

Eila terkedu sebentar. Dia berpaling mendepani lelaki itu. "Mungkin." Keluhan berat dilepaskan. "Bukan aku tak cuba.. Berkali-kali aku cakap kat diri sendiri, 'hentikan je lah... penat lah nak hadap benda yang sama je setiap kali..' tapi tahu-tahu je.." Eila merenung kasutnya yang tersarung di kaki. "aku dah.. ada kat meja exam.. Aku pun tak tahu bila aku daftar untuk exam tu.. Yelah, bila kau dah minat sangat.. tanpa sedar pun mata kau tertancap je kat subjek tu kan..."

Eila jujur. Sudah lebih lima tahun dia menyuruh hatinya berhenti mencintai. Namun, setiap kali lelaki pujaannya menolaknya, setiap kali itu dia jatuh cinta. Biar sakit kerana cintanya ditolak, hatinya tak berhenti untuk tetap mencintai. Dia sendiri lelah dengan semua itu. Namun dia tak mampu berhenti.

"Tak boleh ke?" Eila mengangkat muka. "Tak boleh ke kalau aku buat benda yang sama kat kau, dan kau terima aku?" Lelaki itu merayu.

"Aku... tak mampu berjanji." Eila menyeluk kedua tangan ke dalam poket jaketnya. "Jujur aku katakan, aku tak rasa apa-apa kat kau pun sekarang ni. And mungkin takkan rasa apa-apa langsung. Tapi mungkin juga akan rasa satu hari nanti.. Aku memang tak tak boleh janji." Eila hanya menyatakan kemungkinan demi kemungkinan. "Mungkin kau boleh, teruskan study.. Kalau kau rasa confident nak tackle soalan, dah try soalan-soalan past year apa semua and kau rasa kau boleh lulus.. Kau try je lah repeat. Tapi result tu memang kena pasrah lah..." Tak berkelip dia menerangkan kepada lelaki itu.

"Jadi.. kalau aku terus cakap dengan parents kau, okey tak?"

Soalan itu membuatkan Eila sedar bahwa lelaki itu tidak bergurau dengannya. Eila mengangkat bahu.

"Aku tak tahu.. sepanjang hidup aku ni, aku just follow the flow. Apa yang mendatang aku hadap je. Kalau aku keliru, aku biarkan.. sampai basi.." Eila memang bercakap benar. Dia tak pasti apa yang dia akan lakukan. Sedang dia sedikitpun tak punya rasa suka atau benci kepada lelaki itu.
"Tapi aku.. tak sedia lagi untuk berkahwin buat masa ni. Hati aku masih... terikat dengan dia."

"Aku faham."

.
.
.

"Mak tanya kamu ni, kamu setuju ke tidak? Dah berapa hari sejak mak beritahu kamu, kamu tak jawab apa-apa pun. Tak eloklah biar orang menunggu tanpa jawapan macam tu je.."

"Tapi mak, Eila memang tak tahu nak jawab apa. Eila nak kata belajar dulu, Eila baru je graduate, convo pun ada lagi dua minggu. Eila nak kata Eila ada orang lain, mana ada orang.. Orang yang dah reject Eila tu je la yang Eila tunggu. Lagipun Eila..Eila tak kenal sangat dengan dia tu. Kenal gitu-gitu je..."

"Orang kalau dah kejar kamu macam tu, tandanya dia betul-betul suka kat kamu... Kalau takde masalah apa-apa, kau terima je lah ye?"

"Entah lah, mak. Apa kata mak decide untuk Eila? Eila memang tak boleh decide pasal dia ni. Takde sebab untuk Eila tolak atau terima..."

"Mak kata kamu terima ya? Bertunang time konvo nanti, tau.. Pihak dia dah cadangkan lama dah.."
"Time konvo?"
"Sehari lepas konvo tu."





Eila memandang cincin yang melingkari jemarinya. Dia memandang lelaki itu. "Kau pasti kau takkan menyesal nanti?"
Lelaki itu sekadar menjawab dengan senyuman.

"Hai, tahniah!!" Seorang tetamu datang menyapa mereka. "Tak sangka, weyy..! Betul ke ini kau, Syamila? Kau satu kolej dengan sepupu aku? Kau tak pernah cerita pun...!"

Eila hanya mampu menghulur senyuman. Lelaki pujaan muncul di hadapannya. Rasa bersalah menyelinap ke dalam hati. Lelaki di sebelahnya merangkul pinggulnya. Dia memandang lelaki itu dengan wajah memerah.
"Buat apa nak cerita weyy.. Aku nak simpan dia jauh-jauh dari lelaki lain..!" Gurau lelaki itu kepada sepupunya sambil tertawa. Eila memaksa senyum. Dia mula memahami perasaan lelaki itu kepadanya.



Lelaki itu berbaring melepas lelah. Lengan mengalas kepalanya di bantal. Mataya dipejam.
"Wey, kau..." Eila menegur lelaki itu. Lelaki itu berpaling melihat wajahnya. "Aku nak panggil kau apa lepas ni? Aku tak nak panggil abang, mak bapak aku tak sama dengan mak bapak kau.."

Lelaki itu tersenyum manis. Eila tak memahami senyuman itu. "Sayang.. sayang panggil je apa-apa. Saya terima seadanya.."

Darah menyerbu ke muka Eila. Bantal dibuat memukul lelaki itu. "Aku tak tahu nak panggil kau apa, sebab tu lah aku tanya kau.. Jangan sampai aku panggil kau babi pulak. Kau bukan tak tahu aku suka simpan gambar babi yang pink-pink, comel-comel tu..."

"Bie pun okey." Lelaki itu memberi kata putus.

"B? Bi as in babi?" Eila bertanya seperti orang bodoh.

Berkerut dahi lelaki itu memandang Eila. "Bie as in hubby."

"Ehh.....!!??" Merah padam muka Eila. Perkataan hubby membuatkan dia sedar akan situasinya sekarang. Lelaki itu tersenyum puas melihatnya.

"Dah, tidurlah. Kan penat seharian menghadap tetamu..."
tajuk pun melalut, bikin lepas gian la ni.. huhui.
entah lah, actually nak luah kan sesuatu pasal crushing. and tetiba berangan pulak macam mana kalau ada orang dok kejar aku time tengah study kat u nih.
hahahahahaha, poyo je.
harap korang enjoy karya murahan ni.
edit; aku kasi tajuk oeluang sebab aku rasa dalam hidup ni, sometimes kita kena bagi oeluang utk benda baru. In the same time, beri peluang kat diri sndiri juga, utk explore benda baru..

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous