Semester akhir sudahpun berakhir. Namun kembara jiwanya, baru sahaja bermula. Genap dua bulan dia tidak berbicara dengan buah hatinya, mahupun untuk menatap wajah gadis itu. Dia bimbang akan tersilap langkah lagi dan matlamatnya untuk menumpu perhatian pada pelajaran mungkin juga terbatal.
Kini, pengajiannya sudah tamat!
Irfan tersenyum sendiri. Perancangannya sudah sempurna, hanya menunggu waktu sesuai untuk dilaksanakan.
Rumah teres di hadapannya direnung dengan penuh keazaman.
"Beginilah ya.." Wanita separuh umur itu mengeluh kecil. Irfan menelan liur sambil merenung kepulan asap dari cawan tehnya. "Walaupun Syahira tu anak mak cik, tapi makcik bukan ibunya. Jadi, Irfan seharusnya pergi berjumpa dengan keluarganya di KL. Mak cik takde hak apa-apa pun dalam hal ni kalau kamu mahu makcik tolong apa-apa sekalipun."
"Makcik, saya datang sini sengaja nak minta restu makcik. Nak minta pendapat makcik, andai kami ni nampak tak sesuai ke pada pandangan makcik.."
"Emm, makcik tak kenal sangat dengan kamu, jadi makcik betul-betul tak boleh nak berkata apa.."
Kedengaran di luar seseorang mematikan enjin motornya dan memberi salam.
"Assalamualaikum.. ibu, siapa yang datang?" Syamil terhenti sebaik melihat wajah Irfan, duduk bertentangan dengan ibunya di sofa. "Kau??"
Syamil melepaskan seliparnya lalu melangkah masuk menghampiri ibunya. "Kau buat apa lagi dekat Johor ni? Dah habis sem tu, balik je lah rumah kau!"
"Rumah aku, kat Johor ni jugak. Aku datang nak jumpa kau."
"Jumpa aku? Kau nak apa dari aku?"
"Aku nak kau..." Irfan merenung ke dalam mata Syamil. Syamil membalas dengan renungan tajam. "Please, izinkan aku bersama dengan Eira. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Bagi aku alamat ayah kau, aku nak jumpa dia..." Pintanya dengan nada memujuk.
"Hmph," senyuman sinis Syamil berikan. "Kau dah terlambat, Irfan. Dah terlambat dah..."
"Dah terlambat?" Irfan mengerutkan dahi.
"Eira, dah tak duduk dengan ayah. Dia duduk dengan lelaki lain."
Kata-kata Syamil itu membuatkan Irfan terkedu seketika. Pandangan Irfan berubah redup. Kehampaan terpancar di wajahnya.
"Lelaki lain..?" Irfan cuba untuk ketawa. "Aku still nak jumpa dia." Dia berubah tegas.
"Kau nak buat apa jumpa dia?"
"Aku nak pastikan dia tu tak dipaksa atau terpaksa duduk dengan orang yang dia tak cintai. Aku nak tengok, siapa lelaki tu?"
"Lepas tu??" Syamil sengaja mencabar Irfan dengan mengangkat sebelah kening.
"Aku.." Irfan mencari arah tuju. "Aku nak dia tahu, yang aku akan sentiasa ada untuk tolong dia kalau dia susah, sentiasa mendoakan dia.. sentiasa mencintai dia..."
Syamil mengeluh kecil. "Betul kau nak alamat dia?" Wajah Irfan dirauti. Terdetik belas dihati melihat kesungguhan jejaka ini ikhlas dalam berhubungan dengan adiknya.
Irfan mengangguk.
"Tak menyesal?"
Irfan menggeleng.
"Bagi nombor wasEP kau, nanti aku send location."
*****
Stereng kereta dipusingkan. Irfan mengerling semula peta google dari skrin henfonnya. Beberapa meter di hadapan, dia memarkir di bahu jalan.
Rumah berpagar ungu di sebelah kiri, dia jenguk. Kain baju diampaian berkibar ditiup angin. Namun tiada siapapun dilihatnya di laman rumah itu. Pintu juga bertutup. Sebuah kereta MyPo hitam berhenti di hadapan pagar, dan Eira turun setelah pintu dibukakan oleh pemandu. Irfan terlopong.
"Aiman? Eira.. dengan Aiman?"
*****
"Apa yang Syamil cakapkan dekat budak yang datang cari Eira tadi? Syamil cakap dia tinggal dengan lelaki lain?"
Ibu tua itu merenung wajah anaknya sambil mengemaskan meja kopi yang baru sahaja digunakannya.
"Memang betulkan, Eira duduk dengan Syazrin? Kenapa mak tanya?"
"Takde lah.. Cara kamu cakap tu, boleh buat orang salah faham. Kot nanti budak tu marah ke, kecewa ke... Macam-macam boleh jadi, Syamil..."
"Saja Mil biar dia rasa. Mil nak tengok apa dia nak buat lepas ni."
"Kamu memang betul tak suka dengan budak tu? Kasar betul bahasa kamu dengan dia.."
"Dia tu, mak.. bukan Syamil tak nak dia bercinta dengan Eira. Tapi Eira tu, lembut je orangnya. Dia tu banyak nak kena ubah. Hari tu belum sempat apa-apa, dah bagi cincin.. pastu bila ada salah faham, terus mengamuk tak tentu pasal minta putus. Saja la Mil nak tengok dia nak buat apa sekarang.. dah berubah ke belum.."
"Jadi kamu nak pastikan dia layak untuk Eira.?"
Syamil tidak terus menjawab.
"Betapa sayangnya kamu dengan dia tu, ya..."
"Eira."
Syahira dan Aiman terhenti melangkah ke pagar.
"Irfan.." Aiman berasa serba salah.
"Awak datang cari saya?" Eira bertanya, penuh kenaifan.
"Jadi, awak pilih dia? Awak pilih Aiman?" Suara Irfan bergetar, antara sedih dan marah. Syahira dan Aiman berpandangan. "Baru je habis sem, awak terus berpindah dengan dia? Senang je awak lupakan saya, ya..? Ke, sejak belajar lagi awak dah kahwin dengan dia ni?"
"Kahwin?" Syahira berkerut dahi.
"Saya tahu saya ni tak layak untuk awak, Eira. Tapi hari tu, awak yang beri peluang kat saya.. awak yang suruh saya cuba lagi.. Tapi kenapa... kenapa awak buat saya macam ni? Awak memang takde perasaan dah ke kat saya..?"
Syahira dan Aiman terus terdiam bingung.
"Eira! Kak Eira, ni kenapa ni?" Syahira berpaling memandang adiknya yang melaung dari pagar rumah. "Ada masalah apa-apa ke?"
Syazrin membuka pagar dan melangkah ke sisi Syahira. Syahira mengurut kepala.
Irfan membuntangkan matanya. "Ini siapa pula, Eira?"
"Irfan, kita masuk dulu..? Bincang kat dalam.." Syahira berlembut.
"Macam mana awak boleh datang sini?" Syahira bertanya dengan tenang.
"Saya jumpa Syamil tadi." Cepat saja Irfan menjawab, sepertinya kesabarannya sudah habis.
"Awak memandu jauh-jauh dari Muar sampai ke sini untuk jumpa saya?" Syahirah tetap dengan wajah bersahaja.
"Saya rindukan awak, Eira..." Irfan berubah nada.
"Rindu?" Eira mengangkat kening sebelah. "Pastu datang sini nak serang saya? Merapu meraban depan rumah ni?"
"Saya minta maaf.. kalau saya menyusahkan awak.."
"Akak, ni kawan akak ke?" Syazrin datang membawa dulang air teh. Syahira mengerling adiknya dengan ekor mata.
"Bukan."
"Awak tahu tak awak dah ganggu Rin nak SPM?" Syahira kembali merenung Irfan. "Selalunya Rin sekarang ni dah bersiap-siap nak pergi surau, nak makan malam... Awak datang sini buat kecoh awak rasa kitorang boleh tolerate dengan awak ke? Awak rasa saya nak tolerate dengan awak ke?"
Irfan menunduk. Dua bulan tidak berhubungan, Syahira sudah berubah. Dia mengingati kembali bagaimana dia di hadapan rumah kekasih hatinya ini tadi. 'Teruk sangat ke apa yang aku buat tadi..?'
"Sesuka hati awak kata saya ni dah kahwin, dah duduk serumah dengan lelaki lain. Aiman tu saya kenal dekat tempat kerja, dia offer nak hantar saya balik. Saya ikut je lah. Lagipun dia tu kawan Syamil, bukan orang asing sangat."
"Syamil cakap.. awak tinggal dengan lelaki."
"Cuba awak tengok sekarang, siapa lelaki dalam rumah ni?"
Irfan mengitari rumah itu. Tiada sesiapapun selain Syahira dan adiknya Syazrin. Irfan malu sendiri.
"Faham dah?"
Irfan mengangguk.
"Awak jangan lah buat perangai macam hari tu lagi.. Nanti Syamil tak suka kat awak, Syazrin pun nanti report kat ayah.. kata jangan kahwinkan dengan orang yang suka marah-marah.. Saya pun tak nak lah nanti bila kahwin, silap sikit awak marah-marah terus."
Irfan mengangkat wajah memandang Syahira.
Syazrin menggamit perhatian kakaknya. "Ini ke lelaki yang abang Mil selalu cakapkan tu?"
Syahira berpaling memandang adiknya sebelum mengerling Irfan semula. "Rin setuju ke dia jadi abang ipar Rin?"
Wajah Irfan bercahaya.
Syazrin mencebir bibir. "Rin lagi suka abang Aiman. Tapi kalau hati akak kat orang lain, ikut suka akak lah. Yang penting HDA."
"Insyaallah..." Irfan bersuara perlahan. "Insyaallah, saya akan berubah menjadi sebaik yang awak semua harapkan. Saya janji."
Syahira dan Syazrin merenung lama wajah lelaki itu.
"Masih jauh perjalanan awak, Irfan."
Kata-kata Syahira membuatkan Irfan terdiam.
"Jadi bila abang nak jumpa ayah? At least habis Rin SPM korang bertunang dulu..." Soal Syazrin bersama senyuman.
Mata Irfan bercahaya.
//nampaknya aku buat satu lagi ending tergantung... =='
"Syamil, hari tu Irfan datang rumah adik kau." Aiman memberitahu.
"Aku tahu. Aku yang bagi alamat..." Syamil bersahaja. Sengaja dia mengajak sahabatnya ini berjumpa, untuk minum sambil berborak.
"Dia nampak aku hantarkan Eira balik. Kitorang baru habis meeting time tu." Aiman menyambung cerita.
"Pastu dia cakap apa kat kau?"
"Dia persoalkan kenapa Eira senang-senang lupakan dia dan kahwin dengan aku. Lepas tu, adik kau keluar rumah.. Eira ajak dia masuk berbincang."
"Hmph, dah agak dah. Saja aku biar dia salah faham. Lepas tu kau tahu apa yang jadi?" Syamil senyum sinis. Aiman menggeleng sebagai menjawab soalan Syamil.
"Tak tahu.. Aku terus balik lepas diorang masuk."
"Syazrin dah cerita kat aku. Dia kata Eira konon-konon slow talk dengan dia. Pastu bagi warning sebab kacau Rin study." Syamil ketawa besar.
"Pastu?" Aiman pula yang penasaran.
"Entah la.. Syazrin kata dia tak sabar nak tengok Eira bertunang. Kahwin tu, mungkin lambat lagi kot. Eira kata nak suruh Irfan berubah dulu." Nada Syamil mengendur. Air teh dihirup sekali.
"Jadi jugak ya diorang berdua tu..? Kau setuju je ke? Tak nak buat perjanjian ke apa?" Sengaja Aiman bertanya. Bukan dia tak tahu prinsip Syamil tentang perkara ini.
"Kalau dah jodoh diorang.. aku tengok dari tepi je la. Kalau Irfan ada buat yang bukan-bukan aku suruh je ayah sound dia. Kalau dah geram sangat, aku sepak je sedas dua."
Mereka berdua kembali menghirup air pesanan masing-masing.
"Okeylah, aku gerak dulu. Dah janji nak jumpa tunang aku nanti."
"Cewah, nak pergi dating ke?"
"Tak lah. Nak cari wedding planner sekali tempah apa-apa yang patut."
"Awalnya buat persiapan. Okey, pergilah."
"Kenalah awal. Lambat-lambat yang best semua dah dikebas orang."
Aiman menggeleng kepala melihat Syamil menghidupkan motornya. Dalam diam, sahabat yang pernah diminatinya dulu mempunyai buah hati sendiri.
- end -
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment