Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Ikhlaskanlah
"I.. really loved you."

Pandangan mata Aishah meredup mendengarkan pengakuan Aihara itu. "Sudah terlambat, Ai-kun." Wanita itu mengeluh. "Awak sendiri nampak, saya dah ada keluarga sekarang." Begitu berat baginya menerima tetamu dari Jepun itu. "Maafkan saya."

"Macam nilah, Ai-ku.."
"Aihara-san." Aishah membetulkan suaminya dalam membahasakan dirinya dengan Aihara.
"Ai.. hara.. san." Kekok Izzudin menyebutnya. "Bunga bukan sekuntum. Masih ramai lagi wanita lain di luar sana yang masih bujang. Pasti ada yang lebih cantik dan lebih baik lagi bagi awak. Teruskan berdoa kepada Allah, kerana jodoh itu datang daripadaNya."

Aihara memandang wajah kedua-dua bangsa Melayu yang duduk di hadapannya. Dia tidak dapat menerima kenyataan itu. "Ke mana lagi saya nak pergi, Aishah?! Saya dah tinggalkan Jepun, tinggalkan agama saya, tinggalkan keluarga saya.. Semuanya kerana awak!!"Lelaki itu mengamuk dalam kekesalan. "Jadi kenapa...?"

"Aihara-san.. Islam itu berdasarkan taqwa. Dan taqwa perlu disertai dengan keikhlasan. Ikhlaskan hati, terimalah takdir dari Allah ini. Dan ingatlah, Allah menjanjikan yang terbaik untuk hamba-hambanya yang beriman dan bertaqwa." Jelas Aishah dengan lembut. Dia juga telah membetulkan panggilannya kepada Aihara.

"Awak kejam, Aishah!"

"Kenapa saya?! Kenapa saya yang kejam?! Dalam ramai-ramai manusia di dunia ini, kenapa awak tetap memilih saya?!" Aishah pula yang seperti hilang sabar. "Awak kata awak datang dengan Abarai-san.. Sudah lebih seminggu dia kembali ke Jepun semula, jadi takkanlah awak tak tahu saya dah bersalin?!"

Azan berkumandang daripada surau di hujung taman perumahannya yang menjadi tempat berkumpulnya penduduk dari tiga buah taman yang berdekatan. Izzudin mengusap belakang Aishah, menenangkan isterinya dari kemarahan.

"Acchi ni itte kudasai." Aishah dengan tegas menyuruh Aihara beredar sambil tangannya ligat mengemaskan cawan kopi biarpun masih belum disentuh walau sedikitpun.

Aihara masih terpana dengan layanan Aishah yang berubah 180 darjah. Izzudin juga terkedu melihat Aishah sebegitu.

"Aihara-san.." Izzudin cuba menjernihkan keadaan. "Saya rasa awak ni keliru. Marilah kita ke surau, solat Asar dahulu. Kita minta petunjuk dari Allah supaya dapat selesaikan semua ni dengan cara yang betul."



"Din!"
Izzudin hairan melihat Dyan menyapanya di surau ini. "Eh, kau buat apa kat sini?"
Mereka berdua bersalaman. "Ada saudara aku ajak jumpa dekat dataran situ pastu alang-alang dalam perjalanan balik, aku lalu sini. Singgah sekejap, tumpang solat."
"Oh, ya ke?"

"Ini siapa?" Dyan perasan dengan lelaki yang tetap duduk di sebelah rakannya ini.

"Ini.. kawan Aishah dari Jepun." Izzudin sedikit kekok memperkenalkan Aihara. Dia terlupa tentang lelaki itu setelah terserempak dengan Dyan.

"Oh, ramai juga yang memeluk Islam disebabkan Aishah dan Saadah, ya? Bertuah kau, tumpang pahala diorang."

"Eh, aku tak menyumbang apa-apa pun. Mana pulak nak tumpang pahala orang.."

"Dah diorang bertamu kat rumah kau. Pahala la melayan, memberi makan saudara baru seIslam."

"Macam-macam lah kau ni."

"Izzu-san." Aihara menunduk dalam posisi seiza. "Saya minta maaf. I know its very rude of me to ask for your wife. Actually, I came to your house to bid farewell. Ive already bought my ticket for Tuesday, but when I looked at Aishah's face.. I just..." Aihara terus menunduk, menyorokkan wajahnya. Malu dengan kesilapan sendiri.

"Its okay." Izzudin menyambut baik kemaafan itu. "Mesti anata sangat sukakan Aishah, kan?"

Aihara sedikit terkejut mendengar kata-kata Izzudin. Lebih-lebih lagi apabila lelaki itu menyelitkan perkataan Jepun ke dalam ayatnya. Seperti sengaja ingin mengambil hati Aihara.

"Tiba-tiba terasa jealous pulak sebab korang semua kenal Aishah yang masih remaja, sewaktu dia belajar dulu. Mesti lain sangat dengan perangai dia yang sekarang ni." Izzudin terus tersenyum untuk menyedapkan hati Aihara. "Selamat jalan ya semasa pulang ke Jepun. Kalau Aihara nak terus tinggal di Malaysia pun tiada salahnya. Ni ha," Izzudin menarik bahu Dyan ke dalam lengannya. "Dia ni duduk membujang je bolehlah Aihara nak menyewa dengan dia."
"Eh, apa tiba-tiba kaitkan aku pulak ni?" Dyan bingung namanya tiba-tiba dipetik.

Aihara tersenyum sahaja. Sungguh, lelaki ini memang layak berpasangan dengan Aishah. Hati mereka sama baik sahaja.



Tenang air tasik itu begitu indah dan menyejukkan pandangan mata. Aihara berfikir sendiri, alangkah malangnya andai ketenangan ikan-ikan di tasik ini jika dicemari sekujur mayat yang banyak berdosa. Kakinya berjingkit pada palang yang memagari hujung dataran ini dari air tasik yang luas itu. Aihara berfikir lagi, betapa tenangnya yang dapat dirasai andai dia tenggelam ke dalam air tasik biru ini. Sedikit demi sedikit menyapa ikan yang berenang-renang. Sehingga tubuhnya disapa dingin air yang menyegarkan fikiran. Oh, betapa tenangnya kuasa air.

"Hey, kau.." Tersentak Aihara dari lamunannya dan tergelincir kakinya dari palang itu.
"Oi!!" Terkejut, Dyan segera mendapatkannya.

"Kau okey tak?" Dyan menghulurkan tangan.

Aihara bangkit menyapu punggungnya yang terasa perit.

"Nasib baik kau tak jatuh masuk air..!"

Aihara hanya diam. Pinggang diusap bagi menghalau rasa sakit.

"Nama kau Aihara, kan?" Dyan memulakan madah. "Aku dah dengar cerita dari Din." Sambungnya lagi membuatkan Aihara jadi perhatian. "Kalau kau sengaja tipu kata nak balik Jepun, kau boleh je tinggal kat sini dengan aku. Aku boleh tolong carikan kerja untuk kau.. walaupun mungkin tak setaraf dengan kelayakan kau tapi..." Dyan sebenarnya hilang kata-kata. Tidak mampu untuk menyambung ayatnya kerana yang terlintas hanyalah untuk mengajak jejaka itu tinggal di rumahnya. Dia memandang wajah jejaka berbangsa Jepun di hadapannya. "Kau faham ke apa yang aku cakapkan ni?"

"Faham.." Jejaka itu mengangguk-angguk. "Tapi, saya lebih suka untuk pulang. Sebab saya nak tolong Abarai-kun untuk sebarkan lagi Islam di tempat kami. Baru ada tiga keluarga. Kalau saya boleh tambah orang dengan mengajak keluarga saya... insyaAllah saya takkan menyesal jika saya mati nanti."

"Oh.. baguslah begitu." Dyan melopong mendengar kata-kata Aihara. Bahasa Melayunya juga bagus biarpun terdengar loghat di situ. "Well, hati-hati dalam perjalanan kau balik nanti."

"Sankyuu."

Melihatkan jejaka Jepun itu pergi, Dyan terfikir mungkin ini juga petunjuk Allah agar dia mendirikan rumah tangga dengan gadis itu.



"Aishah." Izzudin tidak berlengah mendapatkan isterinya sebaik selesai mengunci pintu.

"Waalaikumsalam, dah siap solat?" Seperti biasa, Aishah menyapanya bersama kesayangannya di dalam pangkuan.

"Aishah.." Izzudin duduk memeluk isterinya dari sisi. Ubun-ubun isterinya dikucup lembut. "Berhentilah marah di hati. Jangan ambil hati dengan dia. Dia dah minta maaf pun."

Aishah memandang suaminya.

"Dia kata dia tak berniat sedikitpun untuk melakukan perkara merepek tu. Cuma dia terlepas cakap, dia tak dapat menahan perasaan."

"Abang.. Aishah tak marahkan dia. Cuma, Aishah perlu bertegas dengan status Aishah. Lagipun, Aishah tak mahu dia makan hati dengan anak ni. Aishah sengaja tak nak dia tengok si kecil ni, kerana hati yang rosak, boleh berdendam dengan apa sahaja." Ujar Aishah sambil dia memujuk anaknya dengan tepukan yang mendodoikan. "Lagipun, lebih baik abang tenangkan dia dengan solat sebelum anak meraung. Nanti susah nak berunding dalam keadaan riuh itu."

Izzudin terlupa kerenah anak-anaknya setiap kali masuk waktu Asar. Dia tersenyum bangga memikirkan betapa Aishah dapat menimbangkan situasi di mana dia tidak terlintas untuk mengingatnya. Dia mengambil anaknya yang terbaring kekenyangan di katil. "Hero ayah ni... riang dah ye? Dah puas hati la tu..." Dia mengacah si kecil.

"Puteri, sayang.. tanyakan ibu kita nak makan apa malam ni? Boleh lah ayah siapkan bahannya."

_end


hyep, haha. demam AishahxIzzudin kembali. actually aku just terfikir nak buat scene bunuh diri tetiba datang idea nak buat citer camni pulak. //banyak sangat tengok manga ni ==''/ cerita ni like seminggu lepas Aishah bersalin, bayangkan tetiba ada orang cari pasal nak runtuhkan rumah tangga korang enn mana tak terganggu emosi, nasib baik waras lagi. cuba teka siapa si gadis yg bakal dinikahi Dyan and berapa ramai anak Aishah dengan Izzudin tu sebenarnya?? with regards _sAdisticminDed
sorry kalau korang rasa citer ni bagai spoiler.

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous