Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
Pagi itu, terasa sepi. Sepi bukan kerana kesunyian Subuh. Selalunya kesunyian awal pagi begini memberi ketenangan untuk dia belajar. Namun, pagi ini.. Harun Amir berasa serabut di dalam kepalanya. Ketiadaan ibunya di sisi, memberi tekanan apatah lagi dengan kenyataan bahawa ibunya itu kemungkinan besar tak akan lagi mampu menemani paginya. Harun Amir menyebam muka ke meja makan tempat dia belajar.

"Amir?"

"Ibu?" Harun Amir sedikit terperanjat dengan kehadiran ibunya itu.

"Dah lama bangun, Amir?" Tasnim melabuhkan punggungnya di kerusi paling hampir di meja makan itu. Tangannya mencapai botol air yang tersedia di atas meja. "Ah, cawan.."

"Cawan?" Harun Amir terkocoh mengambilkan sebiji cawan untuk ibunya di saat wanita itu baru sahaja ingin mengangkat punggung.

Tasnim tersenyum manis. "Terima kasih, Amir.."

"Ibu.."

"Ya?"

"Kalau ibu tak suka makan ubat doktor tu, cakaplah dengan ayah supaya cari rawatan alternatif. Amir tak suka tengok ibu telan ubat tu macam telan kapur."

"Amir?" Tasnim hairan dengan sikap anak sulungnya itu.

"Amir dah tahu, ibu. Ayah dah beritahu segalanya malam tadi." Tasnim terkedu menerima pelukan daripada anak terunanya itu. Harun Amir memandang wajah ibunya penuh perasaan.

"Ibu.. terima rawatan elok-elok, ya. Amir akan sentiasa doakan ibu supaya ibu cepat sembuh ya?"
Tasnim terdiam. Dia tidak tahu bagaimana untuk membalas keikhlasan anaknya ini.


*****

"Ayah, ada penghantaran. Lori besar, ayah.."
"Lori?"

Hud menapak keluar rumah. Dia mendapati sebuah lori penghantaran berada di pekarangan rumahnya. Dengan dahi berkerut dia mendapatkan pekerja penghantaran itu.

"Encik, ini penghantaran untuk Tasnim Mahmud." Ujar pekerja itu beserta sekeping borang untuk ditandatangani.

"Apa ya?" Hud cuba mengingati apa yang dibeli bersama Tasnim.

"Buaian." Jawab pekerja itu lurus.

"Oh, buaian hari tu.. Letakkan kat dalam?"

"Dalam? Baik."




"Bang Mir! Buaian!!" Jerit si kecil itu sebaik dia ternampak perabot baru di hadapan biliknya. Dia terus menaiki buaian yang diperbuat dari kayu cengal itu.
Harun Amir sekadar tersenyum melihat keterujaan itu.

"Syahmi."

Anak kecil itu terhenti. Suara tegas ayahnya mengubah suasana menjadi tegang.

"Buaian ni.. ibu punya. Jaga elok-elok."

Syahmi mengangguk kecil. Kekok berdepan dengan ayahnya yang dianggap garang dan dingin.
Syahmi menapak mendapatkan abangnya.

"Bang Mir.." Dia berbisik. "Ibu dah tahu ke pasal buaian ni?"

"Belum. Kenapa?" Harun Amir sibuk mengelap meja makan.

"Ibu..!" Syahmi terus menerpa ibunya di ruang dapur.

Tasnim mengangkat kening. "Ada apa sayang?"

"Ibu.. kat depan ade buaian... Jom ibu tengok buaian tu." Syahmi menarik ibunya dengan wajah penuh keterujaan.

"Syahmi.. jangan tarik, sayang." Ujar Tasnim. Seketika kemudian, dia rebah ke lantai.

"Ibu!!" Harun Amir menjerit. Hud bergegas dari ruang depan.

"Masya-Allah..!"

"Ibu...?" Syahmi terkedu. Air matanya bergenang.

"Harun, hidupkan kereta. Ambil purse ibu." Hud mengangkat tubuh longlai isterinya. Harun Amir segera mencapai kunci kereta dan membuka kunci kereta. Dia berlari ke dalam bilik ibu dan ayahnya mendapatkan beg tangan Tasnim.

"Ibu..." Syahmi terkedu sendiri. Air matanya mengalir tak keruan.

"Ami..." Harun Amir memeluk adiknya. Kasihan kerana si kecil itu masih kaget melihat ibunya pengsan secara tiba-tiba.

"Amir! Cepat masuk kereta!!" Jerit Hud, cemas.

*****

"Ibu..." Rengek Syahmi sebaik melihat ibunya membuka mata dan mulai bergerak perlahan-lahan. Tasnim tersenyum lemah.

"Berapa lama ibu pitam..?" Dia bersuara.

"Tiga jam, bu." Jawab Harun Amir yang berada di sisi sebelah kirinya. Tasnim mengurut kepala dengan tangan kanannya. Harun Amir melepaskan tangan kiri ibunya tatkala wanita itu menggunakannya untuk menampung berat badannya dan membantu untuk bangkit belunjur.

"Uhh.." Perutnya rasa tak selesa. "Amir, ibu..?"

"Ibu gugur.." Ujar Harun Amir dengan nada tenang.

"Gugur?" Dahi berkerut. "Ibu.. mengandung?"

Harun Amir tetap memandang Tasnim dengan wajah tenang.

Terkedu, air mata Tasnim bercurahan. Dia tidak menyangka dia akan mengandung lagi pada usia 40 tahun sebegini, biarpun kesihatannya tidak mengizinkan. "Subhanallah.."



Pintu dibuka. Hud mendekati isteri dan anak-anaknya. "Harun, Syahmi.. ayah nak cakap dengan ibu kejap."
Harun Amir memandang redup. Dia kemudian bangkit dari duduknya dan mengajak adik kecilnya untuk bergerak keluar.

"Aniem.." Hud menempati kerusi di sebelah katil pesakit.

"Hud.. Aniem.. gugur." Tasnim memberitahu, sekadar meluahkan rasa.

"Sabar sayang, actually.." Hud mengambil nafas dalam. Berat baginya untuk menyampaikan berita itu kepada isteri tercinta. "Yang sebenarnya, Hud yang beri persetujuan untuk doktor gugurkan kandungan tu. Kata doktor, sayang tak cukup kuat untuk menanggung kandungan tu nanti."

Tasnim merenung dalam wajah suaminya. Bibirnya dikemam.

"Maafkan Hud, sayang.."

Tasnim menggeleng. "Terima kasih, sayang. Sayang dah buat keputusan yang baik. Aniem tahu Hud pun berat nak buat keputusan kan? Aniem faham.."

"Doktor kata lagi.. keadaan Aniem makin serius. Perlukan rawatan segera, Niem.."
"Aniem tak nak.." Tasnim bekerut dahi sebaik sahaja topik itu dibangkitkan. "Hud tahu kan pendirian Aniem?"
"Takkanlah dah macam ni pun, Aniem tetap nak berdegil dengan pendirian tu."
Tasnim menitiskan air mata lagi. Dia sedar pemikirannya salah, tapi..
Hud menarik tubuh isterinya ke dalam dakapan. "Fikirkanlah, Aniem.. Sampai bila Aniem boleh terus bertahan macam ni?"



Setelah Tasnim lebih tenang, Hud mengambil keputusan untuk meminta diri. Dia meninggalkan wad dan keluar seketika. Syahmi meluru masuk, anak kecil itu ingin sentiasa dekat dengan ibunya.

"Ayah.." Harun Amir mendekatinya. "Amir rasa.. kita sepatutnya cuba cara lain untuk rawat ibu. Amir tak suka lah tengok ibu macam ni. Lagipun ibu memang tak sukakan ubat moden kan? Apa kata.." Harun Amir menunjukkan sesuatu di skrin telefon pintar milik Hud. Telefon itu dipinjamnya sejak Hud dipanggil ke bilik doktor.
Hud mengangkat kening.
"Insya-Allah, ini boleh tolong ibu.."

"Boleh percaya ke benda macam ni?"
"Amir dah check testimoni dan lain-lain, rasanya ini yang paling okey. Insya-Allah.."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous