Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Sudah terlambatkah..?
adaptasi: drama nora elena.

"Keluarlah!! Berambus!!!"

"Maafkan I, Elle.. Beri I peluang.." Rayu Aaron dari luar almari tempat Elle menyembunyikan diri. "Elle.."

"Pergi!!!" Tempik Elle beserta tangisan. Sungguh, dia tak punya hati untuk melihat wajah suaminya itu saat ini.

Beberapa jam yang lalu.

"..tau.. balik cepat tau, Elle masak your favourite.." Ujar Elle sambil tersenyum simpul memandang hidangan yang bertutup dengan tudung saji. Dia melangkah ke ruang bilik tidur. Produk kecantikannya dia capai.

"Okey.. I siapkan kerja ni secepat mungkin then I balik, okey?" Balas Aaron dengan nada romantis seperti selalu.

Talian dimatikan. Elle mula mengenakan perhiasan pada wajah dan tubuhnya. Dia ingin kelihatan istimewa malam ini. Ada berita untuk suaminya.

KLINK

Bunyi besi berlanggar mozaik menggamit perhatian Elle. Dia menjengah ke belakang meja solek, arah datangnya bunyi tersebut.

'Eh, macam kenal je rantai ni?'

Elle menarik meja solek itu menjarakkannya dari dinding. Di belakang itu ternyata bersepah dengan gumpalan kertas dan beberapa keping gambar. Dia menarik kepingan gambar bersama rantai tali yang terjatuh tadi.

"Ini.." Kepingan-kepingan gambar dibelek depan belakang. "Gambar rumah aku dulu?" Elle berasa terkejut menyedari gambar-gambar tersebut merupakan rumah-rumah yang pernah didudukinya setiap kali berpindah rumah. Tercatat alamat di setiap kepingan gambar. Dan juga sepotong tarikh.
Elle membuka gumpalan-gumpalan kertas yang bertaburan dengan perasaan bercampur baur. Perasaannya berubah haru membaca surat tulisan tangan bertarikh dua bulan sebelum perkahwinannya dengan Aaron.

Elle, maaf sebab tak beritahu lebih awal. Aaron takut Elle tak dapat terima dan tak maafkan Aaron. Tolonglah, lepaskan dan lupakan kenangan pahit tu. Terima Aaron seadanya kerana Aaron cintakan Elle sekarang. Aaron janji akan mencintai Elle dan tebus kesalahan lalu. I know I've ruined your life, half of em.

Dan ayat seterusnya sudah dipotong dengan tebal. Dia membaca surat-surat yang lain.



"Elle.. buat apa sampai tak sedar I dah balik?" Sapa Aaron sambil menggantung jaketnya. Elle bangkit perlahan-lahan menghadap tubuhnya.
"Hey, you look so beautiful today..! Anything special?"

Elle tidak menjawab. Aaron perasan ada manik-manik jernih di tubir matanya. "Elle?"

"Sampai hati you!" Elle mencampakkan surat-surat di tangannya ke muka Aaron. "Kalau I tak jumpa semua ni, bila you akan berterus terang? You takkan berterus terang dengan I, kan? Sampai bila-bila pun you akan simpan benda ni..!?"

"Elle.." Wajah Aaron berubah. Dia cuba menarik tubuh Elle ke dalam pelukannya, namun Elle menolak dan memukul-mukul tubuhnya. Tangan Elle dipegang kejap. "I.. just tak nak you sedih lagi. You dah tempuhi banyak perkara and you sendiri dah tak nak ingat semua tu kan? I fikir this is the best for you. You gembira dengan I selama ni, jadi kenapa I perlu ragut semua tu dengan menyebut-nyebut tentang kisah dulu. I nak tebus kesalahan I dan I dah berubah. I sayangkan you..."

"Bohong!" Cemuh Elle. "You buat semua ni untuk kesenangan you sendiri je kan? Supaya you boleh terus puaskan nafsu you dengan tubuh I kan? Itu je yang you nak kan?"

"No, Elle! I sincerely love you!!"

"So, kenapa perlu ada rahsia antara kita? You janji dengan I yang you akan kongsikan segala-galanya bersama I. Susah senang kita, pahit manis kita.." Air mata Elle bercucuran. "You dah lupa semua tu!!"

Elle menyentap tangannya dari pegangan Aaron. Dia mengundur ke belakang. Air mata dikesat berkali-kali.

"Elle, I..."

"Baru tiga bulan kita kahwin, tapi you mungkir janji you sendiri." Air mata terus mengalir. "Urgh, I hate this!"

"Elle!" Aaron terkejut melihat Elle berlari menyembunyikan dirinya ke dalam almari. Memang almari itu cukup luas untuk duduk du dalamnya.

"Jangan kacau I!" Elle memberi amaran.

"Elle.. I betul-betul menyesal. Selama ni, I dihimpit rasa bersalah. Tujuh tahun I cari you untuk minta maaf dan betulkan keadaan. Tapi you pindah dari tempat tinggal kita waktu. Dan setiap kali I jumpa lamat baru you, setiap kali itu juga you berpindah. Dada I sesak, sesak dengan seribu penyesalan." Suara Aaron turut berubah serak tatkala membuat pengakuan. "Tujuh tahun lepas, I tersilap langkah. I cuma nak rapatkan diri dengan kawan-kawan sebaya. KAwan-kawan lelaki yang dtinggal berdekatan. Tapi diorang tu sebenarnya drug addict. And they tricked me into it. Waktu tu I tengah tak waras. I was drugged and trying to find my own way back home. Thats when you came. Waktu I tengah khayal tu, you terjatuh kat situ.. and.. and I did such terrible things I never imagined doing. Im sorry!"

Air mata jantan jatuh mengenai lantai. Elle terus berdiam diri di dalam tempat persembunyiannya. Tangisan terus menjadi latar suara.
"Leave me alone.. Get out!!"

"Elle, forgive me please.."

"Keluarlah!! Berambus!!!"

*****

Aaron menghentikan keretanya di tepi jalan. Hon ditumbuk menjadi mangsa amarahnya. Dia kesal dengan diri sendiri. Bertahun-tahun dia cuba keluar dari kemelut ini.. dan sekarang, segalanya kacau.
Kesilapannya memakan diri. Tujuh tahun lalu, dia sekadar ingin mencari kawan bagi menghilangkan bosan. Tiga bulan berpindah ke bandar mengikut ayah tirinya. Dia berasa bosan. Apatah lagi ibunya sering berkurung di bilik jahitan menyiapkan tempahan yang tak pernah akan habis. Dia keluar mencari rakan sebaya. Namun dia tersilap langkah, mereka yang berkumpul di tangga kotor itu bukanlah mereka yang cerdik akal. Namun semuanya jahil dalam mencari ketenangan.
Aaron tidak menyangka, hari itu merupakan hari yang memberi impak paling besar dalam riwayat hidupnya.

Telefon bimbit berdering.

"Siapa? Kalau tak urgent call balik setengah jam lagi." Ujarnya dingin.

"Umm, its Elle." Wajah Aaron berubah. "Im sorry about what just happened. I was shocked. I'm not really mad about the past, its just..." Elle berjeda seketika. "I hope you come back quickly, because I meant to show you something special tonight.."

"You're not mad?"

"No, not really.. I dah lupakan semua tentang perkara tu. Yang lepas biarlah berlalu. The thing is, you mungkiri janji you. Thats why I was furios. Im sorry.."

"No, kalau you marah pun Elle.. You ada hak untuk marah." Balas Aaron. Mereka terdiam sejenak. Membiarkan hati berbicara dengan bahasa yang akal tak mungkin bisa memahami. "So, what's this special thing?"

"Its supposed to be a surprise. Are you sure you want to hear it now? On the phone?" TAnya Elle semula.

"I dont really care. I boleh je jerit kuat-kuat dalam kereta ni. Takdelah ganggu jiran, ya tak?"

Elle tergelak kecil. "Okey.. I pergi klinik pagi tadi. Sebab I dah dua minggu lewat period. And the result is positive."

"Positive? You mean Im gonna be a father?! Yahoo!!"

Elle tergelak lagi. "You should come back immediately. I dont want to trick you that long. Make sure you come home before I got sleepy. Okay?"

Talian terus dimatikan. Aaron terkedu. Trick? Elle tipu aku? No, dia bukan jenis suka buat main benda serius camni. Benda trivial pun dia tak menipu.. Better see what she meant to show me.

Keesokan harinya.

"Jadi, rawatan lanjut boleh dijalankan di hospital. Encik nak saya buatkan surat ni untuk ke hospital yang mana?"

"Elle, dont feel troubled. Im always here backing you up. Ill support you my whole life." Aaron meremas tangan Elle di dalam genggamannya. Elle mengeluh halus.

"I tak takut dengan penyakit ni. I just takut you.. I tak nak susahkan you..."

"I rela susah disebabkan orang yang paling I sayang ni.."

"If one day I leave you alone?"

"Dont say that..."

"Its cancer! Cervical cancer!! I cant give you a child. I cant bear any child. No more... I miss her..."

"Elle.. what?!" Aaron berniat memujuk isterinya, namun keliru dengan ayat Elle. "No more? Her? Siapa??"

"Three months after we moved out of Taman M, we discovered that I was pregnant. I didnt even get to experience my first period. And that is why kami terpaksa berpindah randah. I tak sanggup bunuh nyawa yang tak berdosa tu. I gave birth and the rumor spread to every school I went. Thats another reason kami hidup berpindah randah."

"So, where is my child? My daughter.. I have a daughter."

"No!" Tegas Elle. " You will never find her. She's not yours!"

"You said it was after you move out, so it was after ... that incident right?"

"Yes, it was your sperm, but she's not your child. You cant find her. Never disturb her life!"

Elle menolak suaminya sebagai tanda protes. Namun dengan kudrat seorang wanita, tubuhnya yang kecil itu terdorong ke tengah jalan.

"Elle..!"

*****

Aaron menahan tangisan. Pilu hati melihat tubuh isterinya kaku di dalam keranda. Dalam kesedihan dan kepiluan itu, kata-kata paderi terganggu oleh suara seorang gadis remaja yang baru sahaja memasuki kawasan itu.

"Kakak!!!" Raung gadis itu di hujung keranda. "Kenapa kakak pilih jalan ni? Kenapa??" Esakan gadis itu menimbulkan persoalan dalam hati setiap seorang yang hadir. Tambahan pula, apabila melihat penampilan gadis itu yang bertudung litup.

"Miss.. awak kenal Elle?" Aaron bertanya kepada tetamu yang tak diundang itu.

"Dia kakak saya.. kami terpisah bila dia terpaksa carikan keluarga angkat selepas kami kematian ibubapa. Tapi kami tak pernah terputus hubungan antara satu sama lain.. sampailah saya terpikat dengan keindahan Islam."

"Kakak tak setuju kamu memeluk Islam!"
"Kenapa kakak? Kakak tak nampak ke, tudung ni buat saya lebih cantik dan saya lebih selesa dan yakin dengan tudung ni. Tak ada lagi yang berani ganggu saya di mall.."
"Tak boleh. Bila kakak kata tak boleh, maka tak boleh!"
"Saya nampak kebenaran dalam agama ni. Saya akan tetap dengan pendirian saya."
"Ugh! I made a mistake when I decided to give birth to you.."

"Dulu, saya hairan kenapa jarak umur kami sangat jauh. 14 tahun.. Tak pernah saya sangka.. rupa-rupanya dia ibu saya. Saya ni anak luar nikah..." Ujar gadis remaja itu dengan air mata masih mengalir di pipinya. "Saya masih panggil dia kakak. Janggal rasanya kalau saya panggil dia ibu. Yalah, dengan jarak umur kami begitu..."

Aaron sebak mengetahui nasib anaknya. Tanpa sedar, dia menggapai tangan gadis itu. Gadis itu segera menepis.
"Jangan risau.. papa ada di sini..."

"Papa?"

"Maafkan papa sebab buat awak terpaksa lalui semua tu." Aaron menarik semula tangan anak perempuannya tetapi gadis itu tetap menolak.

"You're not legally my father." Gadis itu berdiri menjauhi Aaron.

"Papa minta maaf."

"Sekejap.... let me sort this out first." Gadis itu meletakkan tapak tangannya ke depan. Wajahnya kelihatan keliru. "If you're here arranging her funeral, so you're her husband? You're married to her?"

"Ya, sayang.. She didnt know yang papalah orang yang buat dia macam tu dulu.. until recently."

"If that's the case.. so its fine." Gadis itu duduk semula.

"What is fine?"

"Im Muslim and Im bounded to their laws. Dalam Islam, bapa luar nikah bukanlah bapa. Dianggap sebagai bukan mahram and no touching. But once a man is married to a woman, dia menjadi mahram kepada anak-anaknya, cucu-cucunya, ibu-ibunya yakni termasuk ibu saudara dan nenek-nenek. Tak boleh berkahwin walaupun bercerai hidup atau mati." Jelas gadis itu.

"Wow, such a thing!"

"Islam itu sempurna.. teliti.. Cuma kakak je tak mahu ambil tahu tentang agama yang indah ni.."

"Tell me more about it."

"Papa berminat?"

"Yea.. but first I would like to know your name. My daughter's name.."

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous