Pelangi
"..mesti ramai gila yang berebutkan kau. Yalah, since dah ada pun yang minat.."
Kata-kata Harun terus bermain di benaknya. Nadwah benar-benar tidak senang dengan pernyataan sepupunya itu. Terasa bagai dia telah mengkhianati dirnya sendiri, kerana niatnya datang ke sekolah hanyalah semata-mata untuk menuntut ilmu. Tidak sepatutnya ada unsur lain yang mengganggu.
'Ah, kalau betul aku datang menuntut ilmu.. mengapa pula aku perlu runsing dengan kata-kata itu. Harun mungkin sekadar bergurau.'
"Reen! Anti bikhair?[Kau okey?] Jauh termenung..?" Nadwah tersentak dengan teguran Afreen. Raja Maisarah, Tengku dan Tuan Atiqah juga merenungnya dalam. Apatah lagi Syahril, Harith dan Mustapha. Harun tersenyum sinis.
"Teringatkan Qay ke?"
"Janganlah risau. Biasalah dia macam tu kan? Sakit-sakit sekejap, esok lusa dia datanglah.. kan?"
Sampuk Tuan Atiqah.
"Entah, Reen. Relakslah.. Macamtak biasa pula." Ujar Tengku Adna.
"Kau kan dari dulu lagi selalu macam ni..." Sambung Tengku Amna pula.
"Eh.. I'm not worried about her. She has people taking care of her."
"Then.. ma musykilatuki?[Apa masalah kau?]" Tanya Afreen penuh prihatin.
"Hahaha, mesti pasal tu kan?" Usik Harun tiba-tiba. Nadwah jadi segan. Wajahnya berubah.
"Shut up!" Segera dia bangun dan terus beredar pergi.
*****
Mustapha memusingkan badan ke belakang. Dia menegur wajah murung Nadwah.
"Nadwah, you've been frowning two days now? Any problems?"
"Nah.. Aku just not in the mood."
"What?" Mustapha membuntangkan anak mata. Syahril disebelahnya juga kelihatan sedikit terkejut. "Kau.. sebut takde?"
"Em.. think so. Kenapa?" Nadwah mengerutkan dahi.
Apa yang tak kena?
"Nadwah! Kau sedar tak, kau dah tak.."
"Apa? Baku??" Nadwah mengangkat sebelah kening. Mustapha dan Syahril kelihatan mengangguk. "Im still trying bit by bit. Dont make me feel discouraged. Its just that.. the culture is teaching me."
"What? Discouraging you? Me??" Mustapha mendepa tangannya tanda tak setuju dengan kata-kata Nadwah.
"Sorry lah kalau kitorang buat kau terasa, but we are just happy for you." Syahril mencelah.
"Yeah, and please know that we're supporting you." Sambung Mustapha, mengharap gadis itu memahami dan tidak terus salah faham akan niatnya.
Seketika, Harun datang mengetuk meja Qay.
"Ada pencil lead tak? 0.5? Mintak sikit?"
Syahril dan Mustapha memandang wajah lelaki pengacau itu dengan muka bengang.
"Jauhnya, cari lead? Orang sebelah kau takde ke?" Syahril memerli. Matanya mencerlung geram.
"Dia takde. Dia tu pencil mechanical pun takde. And.. better minta someone close enough. Takdelah mengungkit di lain hari." Balas Harun sambil membuat muka miang terhadap Nadwah. Sengaja dia ingin menaikkan amarah dua lelaki itu.
"Ni.. aku ada." Qay menghulur sebatang kepada Harun.
Harun merenung dalam sepupunya itu.
Pandai cakap 'aku' ?
"Sebatang je ke?" Tanya Harun bersama sekuntum senyum yang begitu menyakitkan hati.
Syahril dan Mustapha sebal. Ingin sahaja mereka berdiri dan memaki lelaki yang menjengkelkan itu jika tiada cikgu di dalam kelas.
Ish, baru balik dah cari pasal!
Qay mengeluarkan sebatang lagi untuk diberikan kepada Harun. Harun menerimanya dan berlalu dengan senang hati. Pandangan matanya sempat mengejek kedua-dua Mustapha dan Syahril.
"Apasal kau bagi?" Marah Mustapha.
"Salah ke? Dia tu.."
"Okey, kelas. Hantarkan kerja tu sebelum balik nanti, ya."
Seisi kelas bangun memberi salam hormat kepada guru mereka sehabis kelas. Mustapha mencebik marah. Bibirnya tercebir-cebir. Qay serba salah.
"Mus, aku.."
"Perhatian! Perhatian!"
Qay beralih pandang. Ameer Rizlan kini menjadi tumpuan seisi kelas, dia berdiri tegak memandang semua rakan-rakannya.
"Korang tahu kan Rabu ni berapa hari bulan?"
Suasana jadi gamat. Berbagai-bagai respon yang ditunjukkan. Ada yang teruja, ada yang baru tersedar akan sesuatu, ada yang sekadar tersenyum segaris, dan ada yang menarik muka.
"Kalau tak buat tak boleh ke? Leceh lah.. Dia bukan mengajar kita pun. Kononnya Pendidikan Jasmani, tunjuk muka sebulan sekali je.. Selebihnya, kita main sendiri." Rungut satu suara.
Qay dan Nadwah berpandangan.
"Kaufikir kenapa kelas kedatangan semua penuh? Agak-agak kenapa?"
"Blah la.. itu semua masing-masing punya usaha lah! Apa kaitan dengan dia pulak?!" Bentak suara itu lagi.
"Hei, dia dari dulu lagi jadi guru kelas kita.. dari tingkatan satu lagi.. Apa salahnya kita appreciate dia setahun sekali."
"Hek eleh.. kalau nak sambut, sambut kat rumah je lah.. Sibuk pulak sambut kat sekolah!" Cemuh lelaki itu. Bibirnya tercebik. Namun seketika kemudian, tersenyum mengejek."Oh lupa, kau mana serumah dengan dia kan..?"
"Hoi, Asyraff!!" Tempelak Harith. "Kau diamlah! Kalau tak suka diam, tak payah nak cari pasal kat sini. Kau tak nak bayar, biar aku je yang bayarkan. Ya, Meer.. Aku bayarkan budak ni punya."
"Dah lah. Aku tahu korang semua sebenarnya tak suka pun kan.. sambut birthday Tuan Kamal? Aku tak paksa. Siapa nak bayar, bayar. Siapa tak nak bayar, tak payah datang Rabu nanti. Buat semak kelas je!" Ameer Rizlan menghamburkan amarahnya sebelum menggalas beg untuk pulang. Harith segera mengejarnya. Kelas semakin gamat dengan pelbagai respon terhadap kenyataan si ketua kelas tadi.
"Mus.."
"Syah.."
Qay dan Nadwah menggamit perhatian dua jejaka itu. Mereka berdua berpaling ke belakang bersama beg masing-masing tergantung di bahu.
"Kenapa kita nak sambut birthday Cikgu Kamal? Cikgu lain tak sambut?" Tanya Qay dengan wajah polos.
"Dan.. why does Ameer calls him 'Tuan Kamal'?" Tanya Nadwah pula.
"Hmph, dia hormat sangat kat bapak dia tu.."
"Cikgu Kamal tu guru kelas kita.."
Jawapan kedua-dua jejaka itu bertindih pada masa yang sama.
Syahril merenung wajah Mustapha dengan kerutan seribu. Begitu juga Qay dan Nadwah.
"Bapak.. siapa?"
"Oh? Kau tak tahu, Syah??" Mustapha mengangkat kening dengan selamba. "Maybe takde kaitan dengan kau kot. Apa-apapun, aku dah lambat ni.. Aku kena balik awal hari ni."
Qay dan Nadwah merenung Syahril. Syahril terkelu. "Oi, Mus!!"
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment