Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe


"Aleeya !"

Tubuh terhenti. Kepala menoleh ke belakang. Kelihatan Fathi berlari anak mendapatkan aku. Aku menunduk memandang lantai.

"Aleeya please.. Berhenti layan saya macam ni. Saya ikhlas dengan apa yang saya katakan hari tu, tapi saya takkan paksa awak. Saya takkan paksa kalau awak tak suka jadi boleh tak.. jangan buat tak endah dengan saya?"

Hampir sahaja aku tersenyum segaris mendengar permintaannya itu. Sungguh bukan niatku untuk memberi silent treatment kepadanya, tetapi aku terlalu terkejut untuk memberi sebarang respon. Aku masih belum bersedia untuk membuka ruang kepada sebarang hubungan intim. Dan aku lebih selesa berkawan dengannya. Melihat wajahnya yang seperti meminta sedikit belas dari hati wanitaku, aku menarik nafas.

"Saya tak rasa dipaksa pun. Saya nampak keikhlasan awak tu cuma.. beri saya sedikit masa untuk berfikir. Lagipun sepatutnya awak bercakap dengan wali saya dulu bukan terus kepada saya."

"Eh, wali? Apa yang aku cakapkan ni?

Aku dapati Fathi sedikit terlopong mendengar pernyataanku. Dah tentulah dia terkejut sedangkan aku sendiri tidak mempercayai bahawa aku telah membuat pernyataan seperti itu. Untuk mengelakkan suasana menjadi lebih kekok, aku menyambung langkah ke ruang rehat. Namun bila difikirkan semula, suasana tak pernah sejanggal ini antara aku dan dia.

*****

"Leeya, akak tanya ni.."

Aku sedikit tersentak. Seperti selalu, aku akan termenung sendiri semasa makan. Tetapi tidaklah sehingga langsung tidak mendengar perbualan antara dua senior sekerja aku ini. Aku memandang tepat wajah Kak Wafa.
"Apa dia, kak?"

"Tentang Fathi.. akak rasa hairan kenapa dia nampak resah je dua tiga menjak ni. Macam ada sesuatu yang berlaku yang akak tak tahu. Aleeya ada perasan apa-apa? Korang berdua kan semeja, mustahil tak pernah berborak langsung."

Aduh! Terlupa pula aku yang Kak Wafa ini ialah kakak ipar kepada Fathi. Aku terdiam tak tahu apa hendak dijawab.
"Dia takde bagitahu akak? Atau suami akak?"

"Dengan akak tak ada. Tapi dengan Abang Kheir, akak tak tahulah. Lelaki ni susah nak berkongsi dengan kita. Dah jadi isteri pun, benda yang kurang perkaitan dengan kita.. last minute baru tahu." jar Kak Wafa sambil meluahkan perasaan tentang sikap suaminya.

"Ye ke? Saya tak macam tu pun.. Shah selalu bercerita dengan saya tentang apa-apa sahaja. Kadang-kadang benda yang saya tak mahu tahu pun dia paksa saya dengar." Kak Afiqah menyangkal persepsi Kak Wafa tentang lelaki.

"Bertuahnya.." Balas Kak Wafa.

"Mungkin suami akak cepat stres kalau tak berborak. Dia kan jenis pendiam dengan orang lain." Usulku.

"Mungkin.." Kak Afiqah mengangguk-angguk setuju.

"Jadi, kenapa dengan Fathi tu?" Kak Wafa kembali kepada topik utama. Aku menelan liur. Tak mahu ditanya lebih lanjut, aku memikirkan jalan selamat untuk melarikan diri.

"Wallahualam, tak lama lagi dia beritahu lah kot.."

"Haih..? Aleeya ni.. bunyi macam something je? Betul ke tak tahu??" Kak Wafa mengangkat kening.

Aku sekadar membuang pandang.

*****

Setelah memberi salam, aku mengunci pintu dan terus menjengah ke dapur di mana kakak iparku sedang menyediakan makan malam.

"Waalaikumsalam.. Budak bertuah ni... Ada surat untuk kamu atas rak sana tu. Pergi lah tengok dulu." Ujar ibu beranak dua itu sambil tangannya ligat mengacau masakan di dalam kuali.

"Surat apa, kak?"

Aku membelek sampul surat rasmi itu sebelum mengoyaknya dan membaca isi kandungan surat. Melihatkan perkataan TAWARAN, aku mulai tersenyum lebar.

"Aleeya, dengar akak cakap ni." Kak Ummi mengelap tangannya pada apron kemudian meletakkan hidangan ke atas meja makan. "Abang Hassan tadi.."

"Akak!!!" Aku melompat memeluk tubuhnya. Percakapannya tadi tidak aku hiraukan. Hatiku berbunga gembira. "Akak, Yaa dapat tawaran sambung belajar ke Universiti Chiba!!!"

Aku melihat wajahnya tersenyum setelah aku merungkai tubuhnya dari pelukanku. Namun, senyuman itu tidak kelihatan terlalu gembira. Kak Ummi membuka apronnya.

"Yaa.. Akak gembira untuk Yaa, tapi Yaa kena dengar apa yang kitorang nak cakapkan."

"Assalamualaikum.."

"Abang! Abang tau? Yaa dapat surat.."

"Ya, tau. Universiti mana?"

"Mesti abang tak percaya Yaa cakap.."

"Yaa.. simpan jelah."

Aku terdiam. Simpan? Simpan kegembiraan ni??

"Abang nak tanya, tentang budak nama Fathi."

Kenapa dengan dia?

"Kenapa Yaa tak terima je? Yaa tak cakap dengan abang pun. Yaa bukan muda lagi. Masa umur Yaa, abang dengan Kak Ummi tu dah ada baby. Yaa? Terkapai-kapai sorang.."

Aku terkedu. Dari tadi Kak Ummi nak cakap pasal ni la? Suruh kahwin? Tapi hari tu suruh orang cari pengalamam kerja? Ke memang plan nak suruh orang bercinta kat tempat kerja?? Jap, does this means takde orang akan gembira untuk aku? Aku nak fly ke Jepun ni.. ke tak boleh?

"Abang rasa ada baiknya Yaa terima je pinangan dia ni, walaupun belum rasmi lagi. Dia bagus tau, dia tunggu Yaa. Takde paksa-paksa. Kalau tak rasanya, dia dah terus je hantar rombongan. Baru Yaa tau stresnya macam mana nanti, hari-hari dok memikir.. Takdelah dia stres sorang-sorang. Menunggu jawapan Yaa..."

"Dah habis ceramah?" Aku mula menggerutu. "Abang.. Yaa bukan tak nak beritahu. Tapi Yaa terkejut. Yaa tak boleh nak fikir, nak terima ke.. tak nak terima ke... Yaa asyik fikir, betul ke dia ni suka kat Yaa? Yaa fikir Yaa tak buat apa-apa pun untuk tarik perhatian dia. Tapi selama ni memang dia baik dengan Yaa pun. Yaa masih berfikir.. Yaa ada hak untuk ambil masa berfikir kan? Takkan lah itu pun sampai abang nak marah-marah macam ni? Sampai takde rasa nak congratulate Yaa dapat tawaran pergi Jepun, my dream country?"

Aku mengangkat kaki ke dalam bilik. Marah membuak-buak di dalam dada. Terasa terlalu geram kepada lelaki bernama Fathi kerana telah mengganggu kegembiraanku hari ini.
Aku dapat mendengar Kak Ummi mengetuk pintu dan memanggil-manggil namaku. Aku menarik tuala dan membuka pintu. Kak Ummi memandang wajahku seperti bertanyakan keadaanku. Namun aku sedikitpun tidak memberi muka, terus melangkah ke bilik air untuk membersihkan tubuh.

*****

"Fathi.. kenapa pilih semalam untuk ganggu hidup aku?" Dengan suara perlahan aku menegaskan kemarahanku terhadapnya.

"Eh?"

"Aku tahu la aku yang suruh kau jumpa wali tapi.. WRONG TIMING LAH!"

Aku menelan liur. Tak tersangka aku akan terjerit juga akibat kemarahan yang begitu membara. Aku memandang sekeliling. Benar, mereka sedang merenung ke arah kami berdua. Aku berdehem lantas membiarkan sahaja pandangan mereka.

"Awak tahu.. semalam saya dapat surat. tawaran. pergi Jepun.."

"Ya? Serius? Sambung art & design??"

Aku terkedu. Tak menyangka reaksinya akan begitu teruja dan gembira untukku. Aku berdehem lagi, menyembunyikan rasa hati.

"Tapi disebabkan awak..  mungkin saya tak dapat pergi."

"Kenapa?"

Wajahnya begitu terkejut sehingga aku pun terkejut melihat matanya membuntang.

"Abang.. nak suruh saya terima awak. Kalau pun saya tak terima, saya tak rasa abang akan support saya pergi Jepun. Mesti dia tak bagi punya."

Fathi diam.

"Jujur saya katakan, saya tak ada sebab untuk menolak pinangan awak ni. Tapi... saya teringin sangat nak belajar kat sana. Dah lama.. saya.."

Ish, air mata ni.. Tak payah lah keluar.. Mahal tau!

"Saya tau, Aleeya" Aku mengangkat muka memandangnya. "Saya tau awak memang dari sekolah lagi simpan cita-cita nak pergi sana. Kalaupun abang awak tak mention semalam, saya tahu."

Aku terdiam. Fathi.. tahu?

"Selama ni, saya perasan. Awak selalu dengar lagu Jepun, tengok drama Jepun.. Buat ulangkaji tulisan Jepun.. Saya tahu awak study bahasa diorang, kan?"

Aku terdiam lagi.

"Saya tak kisah kalau awak nak pergi sana dulu.. sebab saya nak awak happy. Selama kerja kat sini, saya tak rasa saya pernah tengok your true smile."

Takkan tiba-tiba aku nak senyum kat kau pulak?

"Jadi.. kalau awak sudi, biar saya tanggung awak pergi sana?"

Air mata mengalir keharuan. Kenapa.. selama ni.. aku tak pernah peduli akan keikhlasan kau ni?





"Fathi! Buat apa kat Aleeya? Sampai nangis-nangis..?" Kak Wafa memarahi Fathi. Dia dan Kak Afiah menghampiri meja kami berdua.

"Tak baik tau, Fathi.. mengenakan anak dara orang.."

Aku dapat melihat wajah Fathi dalam keadaan terpinga-pinga.

"Kak Wafa.. Kak Afiqah.." Aku tersenyum dalam tangis. "Jangan marah bakal suami Yaa."


previous

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous