Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe

Aku melangkah perlahan. Rentak  kaki kuhalakan menuju bilik mesyuarat itu. Sungguh seandainya bukan kerana dia, sudah lama aku meletakkan jawatan dan beredar dari tempat ini.

Jangan ikutkan perasaan. Banyak sumbangan yang kau boleh beri dengan bakat kau tu. Untuk masyarakat, untuk Islam.

Haih, kalau diikutkan hati mahu sahaja aku tinggalkan pekerjaan ini dan jadi surirumah sahaja.

Banyak masa lagi sebelum Yaa betul-betul kena spend your life dalam rumah je. Nanti bila dah tua, sibuk pulak fikir kenapa aku tak kerja dulu.. aku ni langsung tak ada pengalaman bekerja..

Bebelan demi bebelan orang memenuhi ruang fikiran. Ahh, sepatutnya aku berfikir tentang fail ni je sekarang ni!
Pintu bilik mesyuarat aku tolak dengan cermat.

"Tuan, ini failnya." Ujarku. Sang majikan menjawab dengan anggukan. Aku menolak tray lantas mengedarkan air kopi kepada semua ahli mesyuarat.

"Okey, mari kita mulakan. Bismillahirrahmanirrahim, untuk kali ni kita akan bincangkan mengenai dana untuk Projek L yang akan diadakan di Sinhyeon-ri, Seoul. Dengarnya saudara di sana benar-benar perlukan khidmat kita. Laporan, Encik Kheiril?"

Kata-kata pengarah projek itu aku biarkan ibarat angin lalu. Cepat-cepat aku mengangkat kaki dan keluar dari situ. Aku tak mahu terlibat dengan mereka. Aku tak mahu terlibat dengan sesiapapun. Biarlah aku dengan kerja aku. Tak perlu sebarang ikatan.



"Fathi, tolong sediakan report ni. Pastikan semua data dinyatakan dengan jelas dan ambil perhatian pada bahagian multimedia."

Aku pantas mematikan mobile data dari peranti mudah alih milikku. Enggan diganggu sebarang bentuk gangguan apabila aku diberi tugas oleh Encik Fathi.
Dan ternyata aku ditugaskan untuk memikirkan rekabentuk terbaik untuk poster yang akan memberitahu orang awam mengenai projek khidmat masyarakat ini. Aku selalu tertanya sendiri mengapa program seperti ini diadakan jauh di luar negara? Namun itu hanyalah soalan bodoh. Aku sendiri maklum bahawa aku berada di jabatan luar negeri. Pastilah segalanya berkaitan dengan luar negara. Haha!
Sekeping nota dihulurkan kepadaku.

"Tak nak lah."

Aku terus menghantar kepingan kertas itu ke dalam tong sampah. Jelas kelihatan wajah yang kehampaan itu dari ekor mataku. Aku hairan. Mengapa dia tidak pernah jemu untuk mengajakku menyertai program-program seperti ini sedangkan aku tak pernah menerima ajakan darinya? Tidakkah dia letih dengan penolakanku?

Aku terus menumpukan perhatian kepada skrin monitor yang bercahaya di hadapanku. Tetikus menari-nari serentak dengan gerakan tanganku yang ligat menyiapkan poster seperti yang ditugaskan. Pengalaman remajaku melakar berdozen-dozen poster kpop memberi manfaat juga untuk zaman kerjayaku ini. Tak pernah kusangka begini..




"Ahh!"
Tetikus aku lepaskan. Tanganku terasa kebas. Aku melakukan senaman ringan untuk melancarkan aliran darah pada seluruh tangan kiriku. Mungkin terlalu lama aku berada di hadapan komputer ini sehingga jari jemariku enggan lagi meneruskan semua ini.
Secawan air panas diletakkan di mejaku. Aku memandang lelaki yang berada di hadapanku itu.

"Untuk tangan tu. Tuam biar lega."

Kekok. Aku sudah terlalu banyak menolak kebaikan orang sehingga tak lagi mengetahui cara untuk menerima.

"But I dont drink caffeine."

"Its just some mild tea. Ambil je lah." Gesanya, malas melayan kedinginanku. Dia sudahpun kembali ke meja kerjanya yang terletak bersebelahan mejaku.
"Kalau tak nak minum, boleh bagi balik bila tangan tu dah lega."

Aku berhenti merenungnya. Kedua-dua tangan menggenggam cawan air itu. Ahh, so warm..


"Thanks, Encik Fathi."
"Take care of your health, Aleeya..!"

Aku melihat dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pasti hatinya menggerutu kerana aku terus-terusan memanggilnya dengan panggilan "encik" meskipun kami sebaya.
Aku merenung air di dalam cawan.

Chamomile tea. Good for stimulating the brain. Maybe I'll have some.

next

untitled. care to give it a title?



Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous