Setia Cinta
"Majeed!"
Zikir Syifa' terhenti. Tumpuan terganggu apabila dia terlihat kelibat abang seniornya di ruang koridor. Dua orang lelaki itu berdiri betul-betul berhadapan dengan tempat duduknya yang terletak di tepi tingkap. Buku latihan ditutup.
"Boleh enta teman pergi jumpa Ustaz Sallehi? Ana ada hal sikit nak bincang dengan dia, tapi ana segan pulak. Mungkin enta boleh bagi nasihat sikit kat ana.." Pinta Hud separa berbisik sebaik mendekati Majeed. Suasana yang sedikit hingar itu membenarkan Syifa' untuk memicing telinga mendengar butir bicara perbualan dua sahabat itu. Almaklum, loceng rehat baru sahaja berbunyi dan ramai pelajar masih berada di kantin. Hanya tinggal pelajar yang membawa bekal dan yang berpuasa sahaja di dalam kelas masing-masing.
"Enta nak bincang apa dengan ustaz? Dan macam mana pula nasihat ana boleh membantu?" Tanya Ketua Kelab Penerbitan itu sambil berkerut dahi. Dia hairan memikirkan urusan apa yang membawa Hud berjumpa dengan guru kaunseling itu? Begitu juga Syifa'.
"Ana.. hmm..." Hud terasa berat untuk menjawab persoalan itu.
Majeed mengangkat kening.
"Ana nak minta pendapat tentang... cinta."
"Eh?! Sejak bila pula ni? Siapa?" Majeed terperanjat mendengarnya.
Syifa' mengeluh dalam diam. Namun seketika, dia tersenyum lega.
Hud diam. Sengaja tidak menjawab.
"Jomlah." Majeed mengulum senyum, dia menghormati hak peribadi sahabatnya itu. "tapi ana teman enta sampai bilik ustaz je. Ana ada meeting kelab ni."
"Tahu." Hud tersenyum lebar. "Jom!"
Senyuman Syifa' mati. Baru sahaja dia mengagumi kerendahan hati Hud dalam meminta pendapat ustaz namun dia mula meragui tindakan murni itu. Hatinya berdesis berprasangka.
"Nak jumpa ustaz ke sengaja nak mengushar Aniem?"
*****
Ya Allah, jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku...
"Syifa' "
"Hm?" Syifa' membalas separuh hati. Lagu
Permata yang Dicari yang dinyanyikan Hud sebentar tadi terasa menyakitkan telinga. Mata tetap melekat pada rajah di dalam buku notanya. Dia tidak punya hati untuk berbual dengan Hud di ketika ini.
"Sibuk eh?" Hud jadi ralat melihat Syifa' mengulangkaji di katilnya. Dia menggosok leher sambil mengundur langkah.
"Takpe lah." Hud sudahpun berpusing ke belakang.
"Oit, cakap je lah! Ada apa?" Syifa' menutup buku. Dia bukan jenis yang suka menyambung perbualan yang tergantung di lain waktu.
"Takde.. Aku ingat nak ajak kau borak, tapi kau sibuk." Jawab Hud dalam nada serba salah. Jujur dia katakan, dia punya banyak masa lapang saat ini.
Syifa' mencebik. Dia memandang Hud atas bawah. Semena, dia terfikirkan satu soalan yang munasabah.
"Kau balik dengan kitorang lagi ke?"
"Aku.. bincang dengan bapak aku tadi. Katanya, dia free pagi Sabtu je. Time cuti ni, bertambah pulak kerja dia. So, aku rasa aku naik bas je kot. Barang pun tak banyak." Jawab Hud.
"Bas?" Syifa' berkerut dahi. "Naik je lah dengan kitorang. Duit tu simpan untuk benda lain. Tahun SPM ni, mesti kau nak guna duit kan?"
"Eh, tak payah lah. Menyusahkan mak kau je."
"Eleh, takde yang susahnya. Mak aku suka menolong.." Pujuk Syifa' menyedapkan hati Hud. "Kau kan kira jiran kitorang. 40 buah rumah."
Hud diam, tidak mampu menolak. Dia sedar, sehingga tamat persekolahan dia akan terus menyusahkan Puan Salimah. Suasana senyap seketika.
"Trial korang dah dekat eh?" Hud sekadar berbasa-basi.
"Lepas cuti ni lah. Such a pain.." Balas Syifa' berserta rungutan.
Hud mengangguk-angguk."
Syifa' merenung langit. Menunggu memang satu perkara yang memenatkan. Dia mengeluh sendiri apabila memikirkan betapa hatinya berbelah bahagi terhadap Hud. Kerisauan bertandang sejak mimpinya yang satu itu. Sepanjang minggu dia bersikap dingin dengan seniornya itu. Cuba untuk mewujudkan jarak di antara mereka.
Hud pula seperti tidak terkesan dengan hubungan renggang itu. Dia asyik tersengih sambil menunggu kedatangan Puan Salimah.
Setibanya Puan Salimah di asrama mereka itu, Syifa' memunggah masuk bagasinya ke dalam kereta tanpa lengah. Hud kelihatan terintai-intai wajah Tasnim melalui cermin pandang belakang.
Tasnim pula terlalu sibuk meneliti gambar-gambar dalam kameranya. Mungkin itu semua berkaitan dengan tugasnya sebagai ahli sidang redaksi sekolah.
Kepala tudungnya sengaja dilipat membuatkan sengihan Hud melebar.
"Ini Tasnim punya kan?" Beg komputer milik Tasnim dibuka secara diam-diam lantas dimasukkan sepucuk surat berlipat kemas. Syifa' berkerut dahi, cuba menegah. Hud membuat isyarat jari di bibir.
*****
08 Sept 20XX
Hye, assalamualaikum!
Memang hepi bila dapat cuti walaupun cuma untuk dua minggu dan kerja berlambak-lambak nak kena hadap.
Trial dah nak dekat so sekarang ni macam2 hal nak diuruskan supaya form four boleh take over habis cuti ni.
Tapi dalam banyak2 benda yg aku kena hadap, paling mendera emosi : surat cinta.
Yes, aku dapat surat cinta.
Ada orang gila curi2 bukak beg aku and letak surat cinta kat dalam tu. Mengejutkan bila kat hujung surat tu tertulis : from, HM.
Sumpah! Aku terus koyakkan surat tu. Aku ingat lagi, surat yang dibaling ke meja aku waktu nak PMR dulu pun ada tandatangan yang sama. Barulah aku tahu kenapa aku menyampah sangat tengok muka orang yg menumpang aku tu. Tak sangka betul!
Kenapalah adik aku pi berkawan dengan orang macam tu?
Tasnim tersenyum sendiri sambil menggeleng apabila melihat surat jawapan yang disediakan untuk Hud. Seketika, dia teringatkan kisah cintanya sendiri.
Harun, sahabat baiknya dari sekolah rendah. Dahulunya, bergelak ketawa bersama-sama melakukan kerja-kerja gila di bawah pemikiran yang tidak matang.
Tidak menyangka langsung untuk bertemu semula di mukabuku dalam keadaan masing-masing dahagakan ilmu agama. Seringkali mereka berbicara tentang hukum-hakam Islam yang semakin diabaikan masyarakat, berkongsi maklumat tentang isu semasa serta berbual tentang kehidupan masing-masing yang sepertinya dalam dua dunia berbeza.
Tasnim jatuh cinta tatkala lelaki itu menyatakan dirinya bercita-cita untuk menjadi seorang pendakwah bebas. Hatinya terpaut kerana kesungguhan dan kefahaman lelaki itu yang nampaknya mendalam biarpun lelaki itu sekadar bersekolah di sekolah biasa sedangkan Tasnim lebih bertuah dihantar ke sekolah agama.
pironha: nanti lepas spm aku fikirkan..
aniemator: so, kau suka aku ke tak suka?
pironha: aku cuma akan ucap sayang tu kat isteri aku yang sah je.
Hubungan mereka diteruskan seperti biasa setelah pengakuan dibuat oleh Tasnim. Hanya sesekali Harun sedikit kekok melayan Tasnim. Dan segalanya berubah apabila Tasnim ditegur tentang ikhtilat (pergaulan bebas) di sekolahnya dan didedahkan dengan pengetahuan zina yang terjadi dalam pelbagai bentuk.
Sesungguhnya Allah mencatatkan bahagian zina yang pasti berlaku ke atas anak-anak Adam. MATA itu zinanya pandangan, TELINGA itu zinanya mendengar, LIDAH itu zinanya ucapan, TANGAN itu zina melakukan kekerasan, KAKI itu zinanya langkah, dan HATI itu mengharap dan berkeinginan, dan kemaluan itu mengiyakannya atau mendustakannya. -Hadith riwayat Muslim.
Sebagai salah satu usaha menyahut seruan itu, Tasnim telahpun menyah aktif (deactivate) akaun Facebook miliknya. Dia ingin membersihkan diri daripada segala maksiat.
Wahai jiwa yang tenang, kembalilah kepada Tuhanmu dengan redha lagi diredhai.
Berbulan-bulan Tasnim didera perasaan rindu sehingga akhirnya dia menerima hakikat yang mereka belum halal bersama. Namun kini, surat dari Hud menjentik memori tatkala dia memutuskan segala perhubungan. Rindu berputik semula, dan dia berasa tidak sabar untuk menghabiskan zaman persekolahan.
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment