Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
  Hud terkejut melihat keadaan Tasnim yang tersandar lemah di atas kerusi bersebelahan pemandu. Muka sengaja ditutupi dengan sapu tangan membuatkan Hud bertambah penasaran.

 "Kenapa dengan Aniem?" Tanya Hud sambil memunggah barang bersama Syifa'.
 "Manalah aku tahu. Kau fikir aku ni doktor? Doktor pun tak mampu nak sahkan masalah apa selagi tak diagnosis." Balas Syifa' penuh rimas. Sejurus dia memberi peringatan berbaur amaran, "aku sendiri tak berapa tahu tentang penyakit dia. Kau jangan nak tunjuk sangat kau punya suka a.k.a. cintan dekat dia."

 Hud diam sahaja. Ternyata Syifa' juga tidak bertanya apa-apa kepada Puan Salimah. Perjalanan diteruskan tanpa ada seorang pun yang ingin membuka cerita menghangatkan suasana. Suasana sunyi tanpa sebarang perbualan membuatkan Hud berasa janggal. Hanya sesekali suara Syifa' kedengaran mengikuti irama lagu yang berkumandang di corong radio.

 "HIK ! HIK !"

 Ketiga-tiga Hud, Syifa' dan Puan Salimah terkejut apabila Tasnim tertendang dashboard sambil tersendu. Hud cuba mengawal perasaan biarpun wajahnya telahpun menunjukkan betapa risaunya dengan buah hatinya itu. Syifa' tertoleh ke kiri dan ke kanan, dia juga gelisah. Puan Salimah mengerling anak perempuannya dengan ekor mata, cuba untuk tetap fokus pada pemanduannya.
 Tasnim menekan alat kawalan di sisi pintu, membuka tingkap kereta.

 "Kamu kenapa, Tasnim? Mabuk?" Puan Salimah jadi cemas.

 Tasnim tidak menjawab. Mulut ditekup kemas dengan sapu tangan miliknya. Dahi kelihatan berkerut.
 "Telan air. Air mana?" Cekap Puan Salimah memberi arahan. Tasnim menggeleng menandakan dia tidak menyediakan air sebagai bekal perjalanan pulang ke rumah.

 "Syifa'! Kat belakang ada air tak?"

 Syifa' jadi kalut. Dia tidak mendapati sebarang botol air di bawah tempat duduk pemandu di mana bapanya sering meletakkan sebotol ai rmineral besar. Dia mencari botol air di but belakang kereta. Hanya botol kosong yang kelihatan. Itupun botol air yang berada dalam poket tepi beg sekolahnya. Botol air miliknya yang dibawa ke sekolah setiap hari. Pencarian beralih ke ruang sisi pintu namun hasilnya tetap menghampakan.
 "Urgh!!" Tasnim mengurut dada, cuba menahan loya.

 "Tahan, Tasnim! Dah nak sampai ni." Puan Salimah mengawal perasaan. Pedal minyak ditekan sehabis boleh.

 Tasnim tambah mual. Pernafasannya turun naik. Puan Salimah memecut laju sehingga tiba di pekarangan rumahnya. Tasnim terus membuka pintu sebaik sahaja kereta diberhentikan. Dia berlari ke arah longkang lantas memuntahkan segala isi perut.
 Puan Salimah menggeleng melihat anak perempuannya itu. Tanpa lengah dia memapah anaknya itu ke dalam rumah.
 Hud dan Syifa' berbalas pandang. Masing-masing tercengang ditinggalkan sebegitu.



 "Eh, mana Hud?" Tanya Puan Salimah apabila dia keluar ke ruang tamu setelah agak lama menguruskan Tasnim. Dia hairan melihat Syifa' tenang memunggah barang-barang milik dia dan Tasnim ke dalam rumah.

 "Dia dah balik rumah dia. Tadi kitorang berjalan bawa semua barang dia." Balas Syifa' selamba.

 "Alahai, kesiannya bawa barang banyak-banyak berjalan kaki. Kenapa tak tunggu mak? Boleh mak hidang air, suruh Hud minum kejap." Puan Salimah kesal tidak melayan tetamunya dengan baik. "Dia tu tak sempat masuk rumah pun.."

 "Alah, mak.. Kitorang dah biasa dah. Kitorang berjoging petang-petang kat asrama tu lagi jauh. Barang tu bukan banyak sangat pun. Tiga beg jer." Balas Syifa' lagi sambil melangkah keluar memunggah lagi barang-barang lain.
 Hatinya berbelah bahagi. Dilema mula timbul apabila menyedari Hud sebenarnya seorang lelaki yang kuat mengongkong dan mungkin kuat cemburu.


 "Aniem tu nanti bawa pergi jumpa doktor tau. Nampak teruk jer.." 
 "Taklah, dia okey jer. Sekadar mabuk kereta, buat apa pergi jumpa doktor?"
 "Ya ke? Pastikan dia makan ubat tau. Nanti dia dah baik call aku."
 "Perlu pulak ubat.. Call kau nak buat apa?"
 "Saje lah aku nak tahu. Call tau."
 "Takde kredit."
 "Guna fon rumah."
 "Tak nak."
 "Call jugak."

*****

 Syifa' terjaga. Dia mengerling jam pada skrin henfon Lenovo S920 miliknya. 0523. Tepat masanya sebelum azan berkumandang. Syifa' meraup wajah. Dia teringatkan mimpinya sebentar tadi.
 Sekujur tubuh terbaring lesu di atas katil itu bersama seorang lelaki menemaninya di sisi..
 Syifa' menyapu muka. Seikhlas hati dia berdoa agar diberikan petunjuk dalam soal jodoh kakak kesayangannya ini dan dijauhkan daripada mimpi buruk. Dia memohon agar diberikan panduan agar dapat dia membezakan antara mimpi yang benar dan mimpi mainan syaitan. Dia tidak mahu mimpi seperti yang tadi mengganggu hidupnya ataupun menjadi kenyataan. Dia juga berdoa agar diberi kekuatan untuk beristiqamah dalam qiyamullail walaupun sesudah selesai urusan ini. Tanpa sedar, Syifa' mengeluh. Dia berharap dia lebih meredhai andai itu ketentuan Ilahi.



 "Syifa'!" Tasnim membuka pintu bilik tanpa mengetuk. "Boyfriend kau kat depan." Ujarnya dengan muka masam mencuka.

 Hud? Ada apa pula dia datang??

 Syifa' mengangkat punggung penuh malas. Tangannya ligat menanda jawapan akhir yang telah dia fikirkan tadi. Gelaran boyfriend itu kuat mengatakan bahawa Hud lah yang dimaksudkan oleh Tasnim. Mereka gemar bermain perkataan sejak kecil, dan yang dimaksudkan dengan boyfriend bukanlah teman lelaki tetapi kawan lelaki.

 "Syifa' kau marah aku lagi ke?" Tanya lelaki itu sebaik dia tiba di pintu pagar. Syifa' sengaja tidak menjawab. "Kalau kau dah maafkan aku, jom pergi main kat padang. Aku dengar Cina yang terer basketball tu dah balik dari Australia."

 "Oh ya? Aku cakap dengan mak aku jap." Syifa' sedikit teruja namun riak mukanya tetap dikawal.



 Nafas dihembus kasar. Dada berombak kencang setelah penat bermain. Perlahan-lahan dia melabuhkan punggung di sebelah bakal adik iparnya itu.

 "Syifa', aku minta maaf."

 Syifa' mengerling dengan ekor mata. Apa hal lagi?

 "Aku kata tak nak gunakan kau untuk rapat dengan kakak kau, tapi end up aku paksa kau call aku semata-mata untuk report kesihatan dia. Sori lah."

 Syifa' buat tak endah. Dia tak lagi mempedulikan itu semua.

 "Aku tahu kau marah. Sepatutnya aku pergi je lah tengok sendiri macam tadi. Tak payah susahkan kau. Kau sendiri rimas dengan aku eh?"

 "Diamlah!" Syifa' mengangkat punggung. Sambil tersenyum mengejek, dia memarahi lelaki itu. "Kau diam je dah lah. Tunjuk sangat kau nak jadi abang aku. Esok kau tengok lah dia puas-puas. Esok kau balik asrama dengan kitorang lagi kan? Aku dengar lah mak aku cakap dengan mak kau.."

 "Eh?" Hud menyengih macam kerang busuk.

 "Dah la. Jom balik.." Ujar calon PMR itu sambil memeluk bahu seniornya. "Kau boleh jaga akak aku elok-elok kan?"

 Hud diam tidak menjawab. Hanya sengihan yang terlukis di bibirnya.

 "Kalau dia tak nak kau camne? Kalau dia ada orang lain?"

 Hud memandang Syifa'. Soalan cepumas itu menyinggung perasaannya. Namun, dia sedar dia tidak boleh terlalu memaksa. Cinta harus dipupuk, bukan dipaksa-paksa. Hud pasrah.
 "Kalau dah taqdir nak buat macam mana lagi.."

 "Hehe.." Syifa' tersenyum lucu.

 "Kau janganlah main-mainkan aku!" Marah Hud, merasakan dirinya dipermainkan.

 "Alah, kau ni... Kalau je..."

*****

 Hachum!!

 Hidung yang berair dikesat dengan tuala kecil buat kesekian kalinya. Dia merendahkan sudut baringan kerusi lantas bersandar lemah, menutup matanya.

 Hud jadi gelisah. Dia risau memikirkan kesihatan buah hatinya itu. "Kenapa kakak kau tak duduk rumah je? Ambil MC?" Bisiknya kepada Syifa' dengan begitu perlahan. Bimbang didengari apatah lagi bila jarak di antara dia dan Tasnim hanyalah beberapa jengkal.

 "Dia tak nak. Katanya nanti menyusahkan mak nak menghantar esok lusa." Balas Syifa', juga berbisik.

 "Serious? Kenapa kau tak halang dia? Kau sepatutnya paksa dia duduk rumah.."

 Syifa' berkerut mendengar kata-kata itu. "She's my sister, how could I force her?"

 Hud buat muka, seperti mengatakan "you just should!"
 "Sejak bila dia macam ni? Kenapa tak beritahu aku awal-awal??"

 "Dia baru je selesema sejak bangun pagi tadi." Jawab Syifa' dengan nada menyampah.

 "Pagi tadi? Dah jumpa doktor belum?" Hud menembak lagi dengan soalan bertubi-tubi.

 "Selesema sikit je. Nanti eloklah tu."

 "Mana boleh macam ni.. Kenalah jumpa doktor.. Kalau sakit teruk camne?" Hud berkerut seperti tidak percaya dengan ketidakprihatinan Syfa' terhadap kakaknya sendiri.

 "Apa kata kau cakap dengan mak aku? Takde gunanya kau merungut kat aku, takde benda aku boleh buat." Syifa' mula meninggi suara, bengang dengan perangai Hud yang satu ini.

 "Kenapa, Syifa'? Ada apa?" Puan Salimah penasaran apabila mendengar namanya disebut oleh anak terunanya itu.

 "Hud ni.." Syifa' bersungut.

 "Kenapa? Ada barang tinggal? Nak mak cik patah balik ke? Belum jauh lagi ni.." Tanya Puan Salimah tanpa mengesyaki perbualan asal antara dua orang lelaki itu.

 "Takde apa lah mak cik.."

 "Betul ni, takde apa..?"

 "Takde apa.."

 Syifa' membuang pandang. Malas dia melayan perangai bakal abang iparnya yang kuat memaksa ini. Possessive!

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous