Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Setia Cinta
 "Nah, kau bagi dekat kawan kau tu."
 Syifa' terkejut apabila Tasnim tiba-tiba menceroboh masuk ke dalam biliknya lalu menghulurkan sepucuk surat. Dia terkedu seketika. "Kawan aku?"
 "Ya lah. Orang gila yang suka sangat duduk belakang aku dalam kereta tu..!"

 Syifa terkaku apabila kakaknya itu beredar dari biliknya. Ketara sekali nada tidak senang dalam ayat Tasnim. Hatinya berbelah bahagi melihat surat yang diletakkan bersebelahan buku latihannya itu. Dia tahu surat itu merupakan balasan kepada surat yang diselitkan Hud ke dalam beg kakaknya tempoh hari.
 Henfon Nokia Lumia miliknya dicapai. Baru sekejap tadi Hud menghantar mesej mengajak dia keluar bermain di padang. Syifa' menghubungi abang seniornya itu.
 "Kau kat padang lagi ke? Aku nak jumpa kau jap."




Waalaikumsalam,
 Aku hargai perasaan kau tu tapi terus terang aku katakan aku tak berminat dengan kau.
 Trial dah dekat. Walaupun cita-cita aku tak tinggi mana tapi aku still inginkan yang terbaik dalam pelajaran.
 Kau pun kenan fokus. Bidang business bukanlah sesuatu yg boleh diambil mudah.
 Maaf, aku nak fokus belajar.


 "Betul ke ni kakak kau yang bagi? Bukan kau kenakan aku..?" Tanya Hud berserta kerutan di dahi.
 "Apa hal pulak aku nak kenakan kau..?! Takde kerja.. Kalau aku nak kenakan kau, dari tadi lagi aku dah terpacak kat padang ni. Aku datang ni pun sebab kakak aku suruh bagi kau benda ni." Syifa' bersungut geram. "Aku tak ingin pun nak tahu apa isi kandungan surat kau tu!"

 "Dah tu, kenapa tulisan dia lain?!" Hud rasa tertekan.
 "Manalah aku tahu!!" Bentak Syifa'.

 "Eh, jap.." Syifa' menyedari sesuatu. "Kau.. cam tulisan Aniem?"

 "Aku kenal sangat tulisan kecik, bulat-bulat, macam tulisan budak kecil tu. Tulisan panjang-panjang dan senget-benget ni.. tulisan siapa?" Nada suara Hud merendah.
 "Kau ni dah kenapa?" Syifa' hairan dengan ekspresi wajah Hud. "Meh, aku tengok.."
 Syifa' menarik surat itu lalu meneliti tulisan kakaknya sendiri. "Aku rasa ni tulisan tangan kiri dia."

"Huh?"
 "Dia dah berlatih sejak awal form four. Takut sakit tangan waktu SPM." Syifa' memberi penjelasan. "Tak sangka boleh secantik ni dalam masa dua tahun." Ujarnya lagi sambil terangguk-angguk kagum.

 "Serious?" Hud meneliti surat itu semula.
 "Kakak aku tak terima kau eh?" Syifa' berasa simpati.
 "Dia kata nak fokus belajar." Balas Hud.

 "Maybe kau.."

 "Maybe aku salah timing kot." Hud tenggelam dalam perasaannya.

 Syifa' membuang pandang. Dia ingin mewujudkan keraguan di hati Hud dengan menyatakan kemungkinan mereka itu tidak berjodoh. Dia sedar akan kejujuran seniornya itu. Namun, dia takut untuk andai realiti membenarkan mimpi yang saban hari dia saksikan setelah beristikharah untuk kakak kesayangannya itu.

*****
 Bertahun-tahun kemudian..

 "Syifa, kau tak concern ke pasal Aniem tu?"

 "Huh? Maksud kau?" Syifa' menyoal semula persoalan Hud tanpa mengalih perhatian daripada pembacaannya.

 "Dia tak tunjuk minat pun pasal kahwin. Boyfriend pun takde.." Hud menyambung bicaranya. Tugasan kuliah baru sahaja disiapkan.

 "Baguslah tu.. Maksiat je semua tu." Balas Syifa' lagi, masih menumpukan perhatian terhadap buku di tangannya.

 "Tapi, perempuan kalau dah umur 27 orang panggil.." Suara Hud merendah.

 "Andartu?" Syifa' menutup buku Art of War yang berada di tangannya. Syifa' berasa marah. "Kau merepek apa ni ha? Mak kau suruh kau kahwin? Cari menantu? Terus-terang je lah, tak faham aku.."

 Hud menunduk. Dia segan apabila niatnya terbongkar. Dia memang membuka bicara dengan hajat yang besar. "Aku.. tengok kakak kau tu bukan ada sesiapa. Tapi kenapa eh, dia reject aku dulu?"

 "Ceh, itu rupanya." Syifa' mencebik. Buku di tangan dibuka semula. Perbualan ini begitu membosankan baginya. "Dah terang tang tang dia cakap nak fokus belajar, kau pergi kacau. Salah timing kot, time-time SPM camtu!"
 "Tapi kalau kau serius.. Mak dan bapak kita dua-dua berkawan.. Bukan ada sesiapa nak halang pun. Kau tak payah nak pening-pening kepala, masuk je meminang!"

 "Aniem tu, sikit pun tak pernah pandang aku. Aku datang jumpa kau, dia terus blah.. kalau datang rumah pun, dia menyorok dalam bilik takpun kat dapur.. Macam sengaja tak nak bagi peluang kat aku.." Rungut Hud sambil menambah, "Serabut aku tengok takde orang jaga dia. Hati aku jadi tak tenang!"

 "Haih.. kenapa pulak kau sibuk fikir siapa nak jaga dia? Aku ni ada.. Along pun tak pernah bising, bapak lagilah..." Syifa' jadi curiga dengan kata-kata Hud. Buku di tangan diletak ke tepi. "Kalau kau dah tak sabar nak jaga dia, masuk je meminang.. Takde siapa nak halang pun!"

 "Macam mana kalau dia tolak pinangan aku? Kalau dia memang benci aku, and tak boleh terima aku jadi suami dia.. Atau sebenarnya dia dah ada orang lain yang kita tak tahu? Yalah, maybe first love dia or kekasih gelap ke.." Hud meluahkan keraguannya selama ini.

 "Berani kau kata kakak aku ada kekasih gelap?!"Syifa' berkerut dahi. Tidak menggemari perkataan yang keluar dari mulut Hud itu. Hud menikus, menyedari kesilapannya.
  "Aku rasa kau patut berkenal dengan dia lebih rapat.. Barulah kau boleh menang hati dia. Curi hati dia. Ini tak.. Kau tengok je dia dari jauh. Setiap hari kau mengushar dia, sama je macam waktu seklah dulu. Tak pernah berubah!"
 Hud tersentap.
 "Kau kena lah usaha lebih sikit supaya Aniem tu boleh terima kau, selesa dengan kau.. Memanglah dia tu asyik lari je, tapi itu semua sebab apa yang kau pernah buat kat dia 10 tahun lepas kan?"
 Syifa' mengungkit peristiwa ketika mereka berdua masih menduduki peperiksaan. Hud terlalu kerap mencuri pandang kepada buah hatinya itu sehinggakan gadis itu memberi amaran melalui Syifa'. Syifa' sendiri malu dengan kejadian itu. Malu dengan perlakuan sahabatnya.

 "Macam mana pulak aku nak cari peluang rapat dengan dia.. borak dengan dia.. sedangkan kau sendiri pun tak suka tengok kakak kau keluar rumah. Terperuk je dia kat dalam rumah, lagi-lagi bila aku datang."Rungut hud lagi. "Kau nak aku terjah masuk bilik dia, biar kena tangkap basah?"

 "Ha, baguslah kena tangkap basah. Habis cerita, tak payah susah-susah nak tunggu bertunanglah.. ikut adatlah.. terus je kahwin!" Balas Syifa', mulai letih membicarakan hal ini.

 "Kau ni, ikut sedap mulut je! Menconteng arang ke muka keluarga!!" Bantah Hud. Namun seketika kemudian, dia tersenyum. "Tapi bagus jugak idea kau tu.. Boleh kahwin free, kan?"

 "Idea merepek tu bukan idea aku.. Kau yang sebut dulu tadi..." Sanggah Syifa' pula. Menafikan pernyataan Hud bahawa idea itu miliknya.

 "Eh, aku pulak?"

*****

 "Aniem.. kau dah 27 tahun kan?" Syifa' cuba memulakan bicara.
 "So what? Birthday aku berbulan-bulan lagi, apasal kau tanya..?" Balas Tasnim kasar.
 "Kau.. tak rasa kau sepatutnya at least dah ada calon. Orang kata, perempuan kalau dah 27 tujuh tak kahwin lagi.."

 "Kau pehal nak mengata aku andalusia?!" Komik di tangan dicampak mengenai kepala adiknya itu. Mood Tasnim memang tidak baik hari ini kerana dia sedang mengalami sindrom pra haid. "Kau fikir aku ni apa? Bohsia?"

 "Aku.." Syifa' tidak bermaksud untuk menyinggung perasaan kakaknya itu.

 "Blah la kau..! Menyampah pulak aku. Fikirkan lepak bilik kau nak hilangkan stres, bertambah stres pulak jadinya.." Marah Tasnim lantas mengangkat punggung menuju ke pintu bilik.

 "Aniem, aku cuma hairan kenapa kau tak macam orang lain. At least, bagitau la aku kalau kau ada minat kat sesiapa. Takde lah aku biar Hud tu berharap.."
 Tasnim tak jadi memulas tombol pintu.

 "Kau ada orang lain ke? Atau aku patut bagitau Hud yang kau beri dia peluang?" Syifa' bertanya tanpa selindung lagi.

 Tasnim sakit kepala mendengar soalan Syifa'.
 "Aku tak nak dengar nama kawan kau tu!" Sementelah, pintu dihempas.

 Tasnim mengeluh. Hatinya terasa sesak merindui lelaki itu. Sudah terlalu lama mereka tidak berhubung. Janji untuk kembali menuntut janji akan balasan Harun dia lupakan lantaran takut untuk menerima hakikat. Dia tidak tahu sama ada lelaki itu menyimpan perasaan terhadapnya atau tidak.
 Hud. Hud bin Muslim. Nama yang tidak pernah asing di dalam rumah ini. Betapa akrab hubungan lelaki itu dengan adiknya, betapa kerap nama itu meniti di bibir kedua-dua ibu bapanya sehingga abang sulung dan kakak keduanya juga sering mengusik dirinya tatkala mereka datang menjenguk bersama keluarga masing-masing. Lelaki itu yang sering mengganggu hidupnya di kampus dengan renungan tajam yang menikam.
 Dia tidak membenci lelaki itu. Dia tidak lagi membencinya seperti 10 tahun yang lalu. Dia sedar lelaki itu juga punya hak dalam mencintai. Terkadang, sewaktu memikirkan Harun, wajah lelaki itu muncul mengusutkan fikirannya. Seperti sengaja membuat dia meragui perasaannya sendiri. Namun, akalnya sentiasa menegah dan mencegah dirinya daripada melupakan cinta pertamanya.
 Mungkin juga sudah sampai masanya untuk dia menyelesaikan segala kesamaran tentang cinta pertamanya itu. Dia tidak sepatutnya terus bergelut dalam ketidakpastian. Dia nekad untuk mencari kekuatan dalam menanyakan Harun tentang jawapan kepada persoalannya dahulu.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous