Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   "Ayiem!!"
   Fahmi datang dalam keadaan termengah-mengah.

   "Fahmi..."
   Naim sekadar menyambutnya dengan wajah lesu.

   "Mie dengar Effy tolak isteri Ayiem. How's she?"
   "Incubated." Celah Juliana.

   "Serious?!" Naim sekadar menunduk. Fahmi terdiam seketika sebelum berkata dengan nada sayu, "at least, korang ada anak."

   "Kenapa cakap macam tu, Mie?" Tanya Naim menyedari perubahan Fahmi.
   Fahmi tersenyum hambar seraya berkata,
   "Amy mandul."

Flashback.
   "Abang tak beritahu yang abang mandul..!" 
   "What?! Abang pun baru tahu.." 
   "Abang tak pernah buat check up ke?" 
   "Tak.." 
   "Urgh! Life can be miserable this way. Kalau Fisya takde anak, papa takkan turunkan harta dia kat Fisya!!" 
   "Fisya.. money is not everything, you know? I can..." 
   "Money is my life!!" Bentak isterinya. "Dengar ni, mulai sekarang Fisya bukan lagi isteri abang. Fisya akan failkan perceraian."
***

   "Tahu tak kenapa Amy jadi gay?"
   "Kenapa?"
   "Sebab orang yang ambil berat tentang Amy lepas tu ialah gay. Disebabkan dia la Amy sanggup lepaskan kerja akauntan untuk belajar jadi hairstylist."
   "Siapa dia?"
   "Kawan dari twitter. Kitorang dah break up sebelum Amy jumpa Ayiem pun."
   "Oh, semoga dia dapat hidayah untuk jadi straight balik."

   "Ayiem.. Amy nak minta maaf bagi pihak Effy. Kalau bukan sebab Amy, keadaan takkan jadi macam ni."
   "Aku boleh maafkan. Tapi korang kena lah berubah. Korang tak boleh terus macam ni.. Ingatlah, Allah itu Maha Pengampun. Tinggal kita je buat pilihan nak bertaubat atau tak.. Aku tak suka korang masuk neraka.."
   "Thanks, Ayiem. I will.."

*****
   "Faiz! Apa kau buat dengan adik aku, hah?!" Tempik Aliff sebaik sahaja talian disambung.

   "Apa? Aku tak buat apa-apa.."

   "Tak buat apa, konon.." Cemuh Aliff, bengang. "Kau dah tolak adik aku sampai terberanak, kauboleh tanya aku APA kau dah buat?"

   "Oh, pasal tu.." Faiz tenang sahaja. "Itu Effy yang buat. Effy buat aku ada anak tiri.. Kan bagus kalau budak tu tak lahir.."

   "Kau..!" Aliff bengang dengan kata-kata Faiz. Dia naik darah. "Kau jangan harap aku akan walikan perkahwinan kau! Biarpun aku benci si Naim tu tapi kau tak boleh apa-apakan Sakinah. Mulai hari ni aku dah tak terlibat dengan segala pelan jahat korang!!"

   Aliff mencampak henfonnya ke katil. Dia meraup kepala sambil berpusing membelakangkan katil. Aliff terhenti melihat Ain di muka pintu. Ain kelihatan terkejut.
   "Apahal?!"
   "Abang.. rancang untuk hancurkan rumah tangga Naim dan Sakinah? Rumah tangga adik abang sendiri??"
   Aliff diam. Dia terduduk di birai katil, melepaskan keluhan.
   "Kau tak tahu apa-apa."

   "Ain tahu, bang.. Ain tahu, abang ni seorang abang yang tak bertimbang rasa dan sanggup melihat kehancuran rumah tangga adik abang sendiri!"
   "Jahat sangat ke Naim tu sampai abang tergamak buat macam ni? Kalau dia jahat sekalipun, abang tak patut pisahkan mereka. Sepatutnya abang nasihatkan Naim tu supaya berubah, supaya dia jadi macam yang abang inginkan.. Abang tak boleh buat macam ni... Sakinah tu sayangkan Naim, cintakan Naim..!"

   "Heh." Aliff tersenyum sinis. "Sakinah cintakan Naim, atau KAU yang cintakan Naim?"

   Mata Ain terbuntang. Terkejut dengan tuduhan Aliff itu.

   "Kau masih cintakan Naim, kan? Kau teringin nak jadi isteri dia, kan? Kau cakap je la.. aku boleh ceraikan kau."
   "Abang, Ain tak..."

   "Sudah lah, Ain. Aku ceraikan kau. Pergilah kahwin dengan Naim tak guna tu.." Ujar Aliff sebelum dia keluar dari bilik itu dan terus meninggalkan rumah.
   "Abang..!" Ain berteriak memanggil. Namun Aliff tidak lagi mendengar. Ain terjelepok di lantai. Air mata mengalir deras seperti air terjun Niagara.
   "Ma.." Aina datang memeluk Ain. Anak kecil itu cuba memujuk ibunya.
   Ain tersenyum hambar. Pelukan Aina dibalas.

*****
    Siti Halimah terkejut melihat Ain yang datang ke rumahnya sambil menangis. Bagasi yang dibawa Ain menambahkan lagi tanda tanya.
   "Ibu.. maafkan Ain."

   "Kenapa Ain cakap macam ni? Ain ada masalah ke?" Siti Halimah terus membawa bagasi Ain ke dalam. Mereka duduk di ruang tamu. Aina masih lena di pangkuan ibunya. Mungkin tertidur dalam perjalanan ke sini.

   "Abang Aliff.. lafaz talak." Ujar Ain. Esakannya sudah berhenti namun air mata belum berhenti mengalir.

   "Astaghfirullahalazim."

   "Ain nak ke mahkamah syariah esok. Lagipun Ain nak minta hak penjagaan Aina. Boleh Ain tinggal sini sampai selesai urusan ni? Lepas habis semua ni, Ain nak balik rumah mama. Ain nak balik Kedah." Katanya dengan tenang.

   "Macam mana boleh jadi macam ni? Tak mahu runding semula ke?"

   "Tak perlu lah, ibu. Abang dah lafaz talak pun. Dia tuduh Ain masih cintakan Naim. Ain.. redha dilepaskan."

   "Bergaduh sebab Naim? Kalau macam tu jangan tinggal sini sebab..."

   "Assalamualaikum! Ibu, ada orang datang ke?"

   Siti Halimah terkedu. Naim hairan melihat Ain menangis. Ain memandang Naim tanpa perasaan..

   "Naim, saya minta maaf." Ujarnya.

  "Kenapa pulak?" Naim terus melepaskan kasutnya dan duduk di sebelah Siti Halimah sementara Fahmi pula duduk di sebelahnya.

   "Sebenarnya, ibu.. Abang Aliff nak pisahkan Naim dan Sakinah. Macam-macam rancangan yang dia dah laksanakan."

   "Betul ke ni? Fahmi, kau tahu pasal ni??"

   Siti Halimah terkejut melihat Fahmi. Lebih terkejut lagi bila Naim mengaitkan hal ini dengan rakannya itu.

   "Tak tahu.." Fahmi menggeleng.

   "Siapa dia ni Naim?" Tanya Ain yang juga baru menyedari kehadiran Fahmi di sisi Naim.

   "Kawan U dulu. Dia pun terlibat sama dalam rancangan tu. Dia datang nak minta maaf dari ibu sebab dia lah punca Sakinah hampir keguguran."

   "Ya, makcik. Maafkan saya. Kalau bukan kerana saya, Effy takkan tolak Sakinah. Maafkan saya ya, makcik."

   "Ibu.. tak faham." Siti Halimah berkerut seribu.

   "Ibu, kebanyakan perkara ialah lebih baik jika terus dirahsiakan. Ibu maafkan je la si Fahmi ni. Ya, bu?" Pujuk Naim. Dia tidak mahu membesar-besarkan perkara.

   Siti Halimah terkebil seketika.
   "Sudahlah. Yang penting semua orang selamat. Segala yang terjadi ada hikmahnya, kan?" Katanya lantas bangkit berdiri. "Ibu nak siapkan bilik Aliff untuk Ain. Kamu semua buatlah macam biasa."
   "Terima kasih, ibu." Naim senang ibu mertuanya memahami.


   "Tak nak beritahu rahsia tu dekat saya, ke?" Tanya Ain setelah Siti Halimah beredar.
   Naim diam sahaja.
   "Saya dan Effy gay. Kami cemburukan Sakinah.."
   "Gay?!" Ain separuh menjerit.
   "Jangan risau, saya dah bertaubat.."

   "Unn.." Aina yang tersentak mendengar jeritan ibunya terjaga. Dengan mamai, dia bangkit duduk di sisi Ain. Namun, terlentok semula di bahu ibunya itu.

   "Comel anak awak.. Nanti siapa yang jaga?" Tanya Fahmi.
   "Saya. Saya tak nak Abang Aliff jaga. Tak boleh!" Ain pantas menjawab dengan tegas.
   "Awak jaga? Awak ada duit? Awak kerja apa?" Soalan Fahmi membuat Ain berfikir.

   Naim berasa sesuatu yang aneh sedang berlaku. Fahmi tiba-tiba bersikap ramah dengan perempuan? Tidak mengapalah, mungkin itu langkah pertamanya untuk meninggalkan dunia nyah yang penuh maksiat. Melihatkan Ain melayan Fahmi dengan baik, dia meninggalkan mereka berdua ke dapur membantu Siti Halimah membuat air.

*****
    "Naim, ceraikan adik aku cepat!"

   Naim buat tidak tahu sahaja terhadap gangguan Aliff itu. Sejak urusan perceraiannya dengan Ain selesai, Aliff tidak henti-henti mendesak Naim untuk menceraikan Sakinah. Memandangkan adiknya mula berpantang dan tidak bekerja, dia semakin berani membuat kacau di salon Naim. Mujurlah pelanggan-pelanggan Naim memahami dan hanya menasihatinya untuk menyelesaikan masalah secepat mungkin. Naim juga berharap Aliff akan berhenti mengganggunya.

   "Hoi, kau tak dengar ke?" Aliff bengang lantas menarik bahu Naim.

   Naim menggenggam tangan Aliff penuh perasaan.
   "Saya dah cakap dan saya akan cakap lagi.. Saya takkan lepaskan Sakinah dan saya takkan biarkan anak saya jadi macam anak abang. Muktamad. Jangan ganggu saya lagi!"

   "Kau jangan libatkan anak aku dalam perkara ni."

   "Ada masalah ke?" Juliana yang sudah agak lama tidak ke salon menegur Aliff yang dilihatnya asyik mengekor Naim di dalam salon.

   Tiba-tiba Aliff terpesona melihat wanita Cina bertudung merah jambu itu. Lagu Kekasih Halal nyanyian Wali Band tiba-tiba muncul di ruang fikiran.
   "Saya..."

   "Awak nak gunting rambut? Saya rasa tak perlu. Rambut awak sesuai kalau dibiar panjang sedikit. Awak nak cuci rambut ke?" Juliana sekadar menganggap Aliff sebagai seorang pelanggan.

   Aliff kelu tanpa kata.

   "Joel! This mister nak cuci.." Juliana terus menggamit salah seorang pekerjanya.

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous