Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Fitrah Cinta

   "Srot.. Srot.."

   "Huh? Effy, kenapa kau bergelap macam ni?" Faiz yang terjaga dari tidurnya menegur Raffique yang duduk di ruang tamu dengan hanya bertemankan cahaya dari televisyen dan sekotak tisu. Dia masih berdiri membelakangkan pintu biliknya.

   "Amy.. dumped me." Balas Raffique dengan suara serak basah. Tangisannya masih belum berhenti.

   "Huh? Lantak kau la. Aku dahaga.." Faiz malas melayan perasaan Raffique. Dia ke dapur mencari air. Suhu malam yang semakin tinggi kesan pulau haba membuatkan dia berpeluh dalam tidur.



   Faiz belunjur di atas sofa yang sepatutnya hanya diduduki oleh seorang. Dia meneguk separuh gelas air sejuk sebelum bertanya kepada Rafiique, "cerita apa ni?"

   "Tak tahu." Raffique masih mengalirkan air mata.

   "Boleh aku tukar?"

   "Hmm.."

   Faiz menekan butang +CH pada alat kawalan jauh berkali-kali sebelum dia akhirnya kembali kepada siaran asal yang terpasang.
   Faiz mengeluh. Alat kawalan itu dilepaskan ke lantai. Air di tangan kembali diteguk. Dia cuba menghayati kisah sinetron Filipina siaran media prima itu.



   "Ayish.. kau tak sakit mata ke tengok TV dalam gelap?" Tanya Raffique setelah tangisannya mereda.

   Faiz tidak menjawab.

   "Ayish. Effy tanya ni..." Raffique sedikit terasa apabila Faiz langsung tidak menyahut. Dia mengamati riak wajah teman serumahnya itu sebelum menyedari Faiz sudahpun tertidur semula.
   "Hmph, tidur rupanya." Raffique mencebir bibir. Dan tatkala dia melepas pandang, matanya jatuh pada bahagian cawat seluar lelaki  itu.
    Raffique tersenyum nakal.



   Faiz terjaga apabila dia berasa ngilu pada hujung dubur miliknya. Matanya dibuka dan dia melihat wajah Raffique begitu dekat dengan wajahnya.

   "Effy!! Lepaskan aku!!!"

   Raffique masih hanyut dalam 'syurga' buatannya sendiri. Teriakan Faiz tidak didengari.

   "RAFFIQUE!!!" Faiz bertindak menumbuk muka Raffique.

   Raffique terhenti. Faiz segera meloloskan dirinya  dan terus berlari ke dalam bilik. Pintu dihadang dengan tubuh sambil mulut lancar mengeluarkan kata-kata kesat untuk Raffique.

   Sakit kian menyengat. Namun sakit di hatinya lebih perit. Air mata jantannya mengalir. Mungkin inilah perasaan apabila dirogol oleh kawan sendiri.

*****

1 Disember 2034.
   Hujung tahun ini sungguh berbeza berbanding tahun lepas. Cucu kembarnya tiga orang benar-benar menghiburkan. Hafizi tidak mahu lepas dari dukungan Sakinah, Faizuri dan Rizqi pula bising berebut mainan. Sungguh comel melihat Naim memujuk anaknya yang baru berumur setahun itu.
   Jauh di dalam dapur, Ain dan Juliana sibuk menyediakan makan tengah hari sambil bertukar-tukar resepi dan tips masakan. Status Aliff dalam hidup mereka kini tidak menghalang kemesraan di antara mereka.
   Fahmi dan Aliff tidak kurang juga. Mereka berbaik-baik demi menjaga hati Aina yang kini sudah berusia empat tahun. Biarpun kadang-kala mereka bertekak, Aina sering menjadi penyejuk di antara mereka berdua.
   Siti Halimah menghembus nafas lega. Kerisauannya tentang perpecahan keluarga tidak lagi mengganggu. Hatinya tenang melihat semuanya kembali normal.

Kampung Ulu Sungai, Pahang.
    "Faiz!"

   "Ya?" Lamunan Faiz terhenti. Dia berpaling mencari wajah si pemanggil.

   "Apa yang Faiz menungkan?" Tanya wanita bertudung putih itu sambil mengambil tempat di sebelahnya.

   "Takde apa-apa. Cuma gembira tengok kolam ikan arwah abah ni berkembang maju." Balas Faiz mengaitkan perusahaan ikan air tawar milik bapanya.
   Suasana berubah sepi.

   "Faiz ingat tak waktu Faiz menghilangkan diri lepas habis pengajian? Iman ingatkan Faiz takkan balik dah.. Tapi tak sia-sia Iman tunggu. Akhirnya, Iman dapat juga kahwin dengan Faiz." Menungan Faiz muncul semula.
   Lepas balik dari Jordan nanti, kamu terus nikah dengan Iman.
Abah tak mahu dengar sebarang bantahan!
   Ini je permintaan umi dan abah. Tolong ya.. Umi teringin sangat tengok Faiz dengan Iman. Anak Haji Saif tu baik orangnya..
   "Kalau Faiz tak balik-balik, Iman nak buat apa?" Soalan maut diajukan.

   "Kalau Faiz tak balik, terpaksalah Iman membujang sampai ke tua. Iman tak mahu orang lain jadi suami Iman. Iman cuma cintakan Faiz.." Balas isterinya itu.

   "Biarpun Faiz tak layak untuk Iman? Iman sanggup tunggu??"

   Iman mengangguk. Faiz membawa isterinya ke dalam pelukan. Dia menyesali tindakannya memberontak terhadap aturan perkahwinan ini. Hatinya mengeluh.

   ' Nurul Iman, kau terlalu baik untukku.. '


ending dia nampak mcam takde kena mengena kan? ending untuk raffique pun takde.. kalau korang ada idea silalah share sini

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous