Fitrah Cinta
25 November 2032, Jordan
"Sakinah.. Ya ukhti, Sakinah." Ummu Hani memanggil dari pintu tandas. Ahmad di sisinya kelihatan sangat risau. Dia memeluk kaki ibunya. "Sakinah, you've been throwing up a lot since the day before yesterday. Are you really okay? Don't you feel like going to the clinic??"
"Ummu Hani.." Sakinah muncul di depan pintu. "We'll go there after I feel a lot better." Ujarnya dengan muka yang pucat. Sejurus kemudian, dia muntah lagi ke dalam tandas.
Ummu Hani mengesyaki sesuatu namun prasangka itu segera ditepis.
"Mrs. Sakinah, barakallah.. You're pregnant." Ujar doktor Arab itu.
"Alhamdulillah.." Sakinah sedikit lega.
"Sakinah, who's child is that?" Ummu Hani bertanya dengan muka sedikit pucat. Dia tidak percaya prasangkanya tepat.
"It's my husband's. You'll get full story at home."
"You're about to divorce with your husband?!"
"I think, not anymore.." Balas Sakinah sambil tersenyum merenung perutnya.
"You should tell him about this child. You should go back home and reconcile."
"I'm not ready to face him. I dont want to!"
"You must! For the sake of this child. For the sake of your marriage!!"
"Can you accompany me?"
Beberapa hari kemudian
Naim pulang sedikit lewat hari itu. Banyak perkara yang perlu diuruskan bersama Juliana. Dia melabuhkan punggung di tepi rak kasut untuk melepaskan penat. Tatkala menyimpan kasutnya, dia terpandang sepasang kasut yang sangat dirinduinya.
"Eh, Naim..! Bila kamu balik?" Siti Halimah menegur apabila terlihat Naim duduk di hadapan pintu masuk.
"Ibu.. Sakinah..." Naim sedikit tergagap. Siti Halimah tersenyum.
"Dia dalam bilik."
K C A K !
Naim membuka luas pintu bilik itu. Tidak sabar-sabar lagi untuk bertemu isterinya.
Mereka berdua terkedu. Terkejut apabila pintu terbuka secara tiba-tiba.
Naim lebih terkedu. Segan dengan terjahannya ke dalam bilik tersebut. Nasibnya baik dia tidak menjerit memanggil nama Sakinah. Kalau tidak...
Wanita Arab itu kelihatan tersenyum seakan mengejek. Dengan tuala yang tergantung di bahu, dia keluar membawa bungkusan baju setelah berkata sesuatu kepada Sakinah. Meminta izin, barangkali..
"Hubby..." Sakinah mendekati Naim lantas mencium tangan yang sudah hampir sebulan tidak disentuhnya.
Mereka saling bertatapan. Menikmati wajah yang saling dirindui itu. Naim memeluk isteri kesayangannya. Terlepas segala bebanan rindu yang terbuku.
"Kenapa sweetheart tinggalkan hubby? Hubby rindu..." Naim melepas pelukan. "Jangan tinggalkan hubby macam tu lagi, okey?"
Melihatkan wajah itu, Sakinah mengeluh halus. Tubuh mereka direnggang seraya menarik tangan suaminya agar sama-sama melabuhkan punggung ke katil.
"Hubby yang tak percayakan sweetie. Hubby yang halau sweetie. Sweetie pun pergilah.." Balas Sakinah mengungkit kembali peristiwa lalu seperti merajuk.
"Maafkan hubby.." Kata Naim separuh berbisik. "Hubby tak sepatutnya percayakan apa yang hubby nampak sebelum hubby dengar penjelasan. Hubby..." Naim menunduk mencari kata yang sesuai. "... bodoh."
"Tak.. Tak, hubby." Sakinah meletakkan jarinya menutup mulut Naim. "Hubby dah buat keputusan yang betul. Hubby menjauh dari sweetie untuk redakan rasa marah hubby. Sweetie yang salah sebab pergi terlalu jauh.."
"Sweetie bersyukur hubby tak lafaz talak." Sakinah mendekatkan wajahnya ke muka Naim sehingga dahi mereka bersentuhan.
Naim cepat-cepat melarikan wajah. Hatinya diusik segan dengan tetamu yang belum dikenalinya itu.
"Sweetie.. macam mana kalau kawan sweetie nampak..? Tak elok la.."
"Ummu Hani takkan masuk bilik ni lagi." Sakinah tersenyum manis. Dan senyuman itu semakin menggoda hati Naim. "Dia akan tidur dengan ibu malam ni. Dan insha-Allah dia akan balik esok. Dia dah janji dengan keluarganya untuk balik secepat mungkin.."
"Jadi..." Naim berubah nakal. Tubuh Sakinah ditolak ke katil. Sakinah hanya tertawa. Geli hati melihat perlakuan Naim. Tidak dapat dibayangkan sekiranya mereka terpaksa berpisah buat selamanya.
T O K ! T O K !
Naim mengangkat wajah. Cemas terlakar jelas menyeluruhi wajahnya. Seolah-olah bertanya 'macam mana ni?'
Sakinah tertawa geli hati menambahkan lagi kerutan di wajah Naim.
"Kan sweetie dah cakap dia takkan masuk dalam bilik ni lagi.."
"Tapi kenapa..."
"Sebab dia nak suruh kita mandi. Kita berdua busuk. Jomlah mandi sama, nanti hubby imamkan solat Maghrib."
"So Sakinah.. have you told him yet?"
Ummu Hani membuka bicara di meja makan. Naim tidak mengambil peduli kerana dia memang tidak memahami bahasa Arab pasar yang digunakan wanita itu. Siti Halimah berlagak tenang sambil tekun menangkap butir bicaranya. Pengalaman semasa menunaikan haji dahulu digunakan sebaik mungkin. Sakinah pula mengangkat kening.
"About what?"
"About your pregnancy."
Sakinah hampir tersembur. Naim hairan melihatnya lantas menghulurkan secawan air. Siti Halimah tersenyum dalam diam.
"Not now. I'm not ready.."
"Muslims must be always ready. Or you want me to tell him?"
"No!!"
"I'll tell them.." Ummu Hani mengugut. "
Naim.. Auntie.."
"Biar la Sakinah beritahu sendiri yang Sakinah mengandung!"
Ummu Hani tersengih puas. Naim tersedak. Siti Halimah dengan tenang menghulur cawan berisi air. Sakinah tertunduk malu.
"Kenapa tak bagitau hubby yang sweetie pregnant?" Ujar Naim, masih terbatuk-batuk.
"Sweetie belum bersedia..."
"Belum sedia? Dah berapa bulan..?"
"Belum sampai sebulan. Minggu ni minggu keempat."
"Bila sweetie tahu?"
"Empat hari lepas."
Naim terdiam. Dia baru tersedar ibu mertuanya dan tetamu isterinya sedang memerhati. Dia jadi malu. kemudian suapannya diteruskan. Suasana kekok sebelum Sakinah bersuara meminta maaf.
"Jangan tinggalkan hubby lagi." Ujar Naim dingin. Sebenarnya dia malu.
"Insha-Allah."
*****
Sudah dua minggu sejak kali terakhir dia diserang morning sickness. Dia sibuk mengemas rumah. Biarpun sudah dibersihkan Siti Halimah, dia tetap akan membersihkannya lagi. Sakinah benar-benar tidak boleh duduk diam. Ada sahaja kerja yang bakal dilakukan.
Naim mengeluh. Dia mengambil keputusan untuk membenarkan Sakinah membantunya di salon.
Sakinah hairan apabila kereta yang dipandu Naim bergerak ke arah berlawanan daripada jalan ke Salon Effy.
"Hubby, salon bukan arah sana ke?"
"Salon Effy? Hubby dah berhenti lah."
"Berhenti? Kenapa??"
"I just feel like it."
"Hm, jadi kita nak ke mana ni?"
"Ha, just wait and see. Kitorang ada surprise untuk sweetheart."
"Kitorang?"
Naim hanya mengangkat kening.
"Surprise!!!"
Sakinah terharu melihat sebiji kek yang berada di tangan Juliana. Ternyata Naim merancang majlis untuk menyambut kedatangannya ke salon ini biarpun dia bukan sesiapa.
"Welcome, Sakinah! Congrats!!" Ujar Juliana sambil menyerahkan pisau untuk dia memotong kek.
Sakinah tambah terharu dengan kepekaan Naim terhadap larangan Rasulullah meniup api.
"Kek ni untuk apa?" Dia bertanya kepada Naim.
"Walaupun dah terlambat, tapi ini untuk raikan baby dan waktu kita berbaik semula." Bisik Naim sambil tersenyum.
"Hubby, ini salon siapa sebenarnya? Salon hubby?? Semua ni pekerja hubby?" Tanya Sakinah sambil menyuap kek ke mulut.
"Tak lah, ini salon Julie. Dia yang ajak hubby bukak salon kat sini. Pekerja pun dia yang cari." Balas Naim.
"Oh."
Lima bulan kemudian
Sakinah duduk berehat di salah sebuah kerusi pelanggan sambil membaca majalah. Dia sedang menunggu Naim dan Juliana yang keluar membeli makanan memandangkan ini waktu rehat mereka. Hanya dia dan seorang juruwang sahaja yang tinggal disalon. Tiga orang pekerja lain turut keluar bersama Naim dan Juliana.
Pintu dibuka. Terdengar seseorang menjerit kuat memanggil Sakinah. Sakinah bangun dari duduknya.
"Sakinah! I hate you..!! Disebabkan kau la aku tak dapat Amy. Semua sebab kau!" Raffique mengamuk. Leia di belakang kaunter cemas melihat isteri majikannya yang baik dimarah tiba-tiba. Sakinah memberi isyarat supaya Leia bertenang.
"Apa salah ana? Boleh ana tahu apa sebab Abang Raffique marah-marah ni..?"
Effy tak dapat tolong Amy dapatkan Ayiem balik. The deal is off, jangan pernah mimpi lagi nak bersama Amy..!
"Ah, kau dan Ayiem sama je.. Aku benci kau!!" Raffique menolak batang tubuh Sakinah dan terus berlari keluar.
"Puan!!! Ya Allah...!" Leia bertambah cemas melihat darah mengalir mengotori jubah biru Sakinah. Dia segera mengangkat gagang dan mendail talian kecemasan.
Naim terkejut melihat arah telunjuk Juliana. Dia cepat-cepat berlari mendapatkan Leia yang berdiri di sebelah ambulans itu.
"Leia, apa terjadi?"
"Ada seorang lelaki nyah datang tolak puan..."
"Nyah? Shit!!"
"Hubby.. Hubby..."
Sakinah menggagau. Naim terus memanjat naik ke dalam ambulans.
Petugas ambulans itu menghalang. "Encik ni siapa?"
"Saya suami dia."
*****
"How is she?"
Juliana menerpa Naim sebaik sahaja dia sampai ke situ.
"They are both fine. But the baby is in the incubator. She was caesared."
"Premature?"
Naim mengangguk.
"What are you going to do with him?"
"Huh?"
"Effy. He pushed her, right?"
"Effy?" Naim tersenyum hambar. "I.. entahlah. Sakinah selamat. Baby pun selamat. Macam takde sebab untuk I charge dia."
"But he hurt your wife."
"That's not a good reason. Maybe dia tak berniat untuk buat Sakinah gugur. Kalau memang dia nak cederakan Sakinah sekalipun, biarlah Allah je yang balas. Raffique was my friend, and I still treasure him as a friend."
Juliana terdiam.
"You're such a good man. I wish I had a husband like you."
Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Post a Comment