Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Dilema Cinta

     Aku melihat dia keluar dari pintu bilik pejabat. Nampaknya, dia terlebih dahulu sudah mengetahui keputusan SPMnya dari aku. Aku tersenyum. Tak sangak apula boleh terserempak di hari yang penuh mendebarkan ini.
    Setelah mendapatkan slip keputusan SPMku, akuterus bertanyakan tentang keputusan SPMnya. Ibu dan ayahku tertawa sedangkan tuan mudir sekadar menyimpul senyum.

     "Kamu ni dah tak sabar nak menikah dah ke?" Ayah menepuk bahuku.
     "Sabarlah Ahmad. Dua bulan je lagi.." Ibu pula menepuk belakangku.
     "Bakal isteri anta cerdik, jangan sia-siakan dia.." Tuan mudir terangguk-angguk.
     "Ana cuma nak tahu je.. Takpelah kalau ustaz tak mahu beritahu." Aku malu.

     "Isteri anta cerdik, jangan risau. Dia dapat straight A. satu je A-. Rasanya mungkin dia resah fikirkan kamu tak??" Tuan mudir mengusikku. Aku diam.
     "Straight A, ustaz? Kalahkan Ahmad la ye.. Malu lah kamu ni dengan isteri  kamu..." Usik ayahku pula.
     "Sembang-sembang, tarikh nikahnya bila? Boleh ana datang kendurinya nanti.."  Tanya mudir tiba-tiba.

     Topik itu membuatkan aku malu dengan sendiri. Aku keluar untuk menunggu di kereta.
    Semasa menyarungkan kasut,aku terpandangkan dia yang duduk betul-betul di hadapanku. Kebetulan. dia juga memandang ke arahku. Aku melemparkan senyuman untuknya dan mengucapkan tahniah.
     Tapi nampaknya dia tidak mendengar. Dia malah membuang pandang ke langit. Wajahnya yang sugul membuat aku tertanya-tanya samada dia sudah tahu aku ini bakal suaminya ataupun belum. Ayah tiada pula mengajakku untuk bertemu dengannya.

*****
GEDUK !! DUK !!!

     Aku menghentikan kereta.di tepi jalan.Bunyi tadi membuatkan aku cemas. Kamil yang menemaniku turun untuk memeriksa tayar.

     "Bro, tayar pancit la.." Selamba sahaja sepupuku itu berkata tanpa menunjukkan apa-apa perasaan.

     "Masya-Allah, apa nak buat ni??" Aku menepuk dahi. Otak tepu bila memikirkan aku sudah lewat 15 minit dari aturcara majlis.

     "Tukar tayar la, bro. Tayar spare ada?" Balasnya yang sudahpun bergerak ke but kereta. Aku menarik toggle untuk membuka penutup but kereta sebelum turun untuk mengambil tayar gantian itu.
     Tiba-tiba Kamil berhenti dengan tangannya diangkat memberi isyarat kepadaku untuk menunggu. Aku berkerut, apa lagi yang dia ni tengok?

    Kamil menggeleng-geleng sambil berpusing mengelilingi kereta. Matanya tidak lepas dari melihat kesemua empat tayar kereta Myvi putih ini.
     "Tak jadi lah, bro. Ada orang dajal kita ni.. Semua tayar pancit!"

     "Semua?!"

     Aku terduduk di pembahagi jalan. Menyesali keterlewatanku dan keterlanjuranku membiarkan mereka yang lain bertolak tanpaku.
    Kamil tiba-tiba menolak kakiku dengan lututnya.

     "Janganlah sedih sangat sampai henfon berbunyi pun tak dengar."

     Aku mencapai henfonku yang dihulurkannya. Dia mengambil tempat di sisiku. Paku-paku yang yang dikutpnya dibenamkan ke dalam tanah. Sebatang lolipop dikeluarkan daripada poketnya dan dimakan. Mujurlah mak su ku sempat perasan perubahan dia semasa dia berjinak-jinak dengan rokok dan memaksanya untuk berhenti. Kini, Kamil mengambil lolipop sebagai pengganti rokok.

     "Assalamualaikum."

     "Waalaikumsalam, Ahmad..! Mana kamu ni, tak sampai-sampai lagi?" Suara ibuku menjengah corong telingaku. Aku sebal.

     "Ibu, tayar kereta pancit. Ada orang kenakan kat tengah jalan.."

     "Astaghfirullahalazim.. Dah tu, tok kadi kata dia ada banyak hal lagi lepas ni.."

     "Ahmad tak dapat nak pergi, keretanya dah macam ni..."

     "Kejap, cakap dengan abah kamu." Telefon bertukar tangan.

     "Hah, kereta kamu pancit? Wakilkan je lah akadnya.."

     "Wakil? Siapa wakilnya?"

     "Abah la.. Kamu nak suruh siapa lagi wakilkan kamu..?"

     "Okey lah, abah. Ahmad ikut je, tapi kereta ni nak buat macam mana?"

     "Nanti abah mintakkan nombor mekanik dekat-dekat sini dari Haji Hamdan."

     "Baiklah, abah. Ahmad tunggu.."

*****

     "Hah, dah sampai dah pun.! Alhamdulillah..." Naeem cepat-cepat menyalami lelaki tua yang berbaju ungu itu dan meminta maaf atas kelewatannya. Bapa mertuanya itu sekadar tersenyum.
     "Tak apa. Dah jika itu takdirNya, kita cuma mampu redha, tak betul?"

     Naeem tersenyum. Dia mendapatkan ayah dan ibunya.
    "Ummi, Afiqah mana? Tak nampak pun.."

     "Amboi, awal-awal lagi dah cari isteri dia.. Salam lah dulu mak mertua kamu ni." Tegur ibunya sambil mengarah kepada wanita yang berada di kerusi sebelah. Naeem jadi malu. 'Boleh pulak aku tak perasan mak cik ni?'

     "Maaf makcik.."
     "Tak payah panggil makcik. Panggil umi. Afiqah ada dalam bilik, marah lagi agaknya..."

     Naeem menggaru kepala. Dia juga tahu Afiqah akan mendiamkan diri jika dia rasa terlalu marah atau bosan. Dia berfikir bagaimana untuk memujuk hati perempuan itu. Dia takut isterinya akan bertambah benci dengannya. Seketika dia mundar-mandir dihadapan pintu bilik mereka.

     "Hoi, selamat pengantin baru!" Sergah Ikmal tiba-tiba.
     "Eh, Ikmal! Kau ni, buat aku terkejut je. Apasal kau tak balik lagi?" Marah Naeem. Mujur dia bukan jenis cepat melatah.
     "Aku tunggu kau, kau nak menghalau pulak. Kau ni kenapa? Ke hulu ke hilir.. Nervous eh?" Balas Ikmal sambil tersengih nakal.
     "Nervous kepala botak kau! Dia merajuk la.."
     "Aik, belum apa-apa lagi dah merajuk?"
     "Ya lah, dia kan tak suka sangat kat aku ni.."
     "Alah kau ni, lama-lama nanti okey lah tu.."
     "Aku tahu lah. Tapi takkan nak biar je, kalau merajuk sampai dua tiga hari lagi kan susah..."
     "Kau peluk je dia, nanti dia sejuk la.."
     "Macam tu je?"
     "Cuba kau try. Sambil-sambil tu kau minta maaf la. Perempuan ni, kita cakap sikit pun cair."
     "Tapi dia ni lain."
     "Lain tak lain, itu pada kau je. Semua perempuan sama je la. Cuba kau try dulu. Aku nak balik dah ni, lama sangat aku kat sini. Jumpa esok."
     "Okey. Assalamualaikum.."

    Menolak daun pintu, Naeem mendapati biliknya berkeadaan gelap. Dia terus meraba mencari suis lampu. Melihat Afiqah menarik selimut, dia tersenyum nakal. Idea Ikmal tadi sudahpun bersambung-sambung dengan ideanya sendiri.

*****

     Sudah seminggu aku duduk di sini, aku mengemaskan bilik ini. Terasa semak pula bila melihat bungkusan-bungkusan hadiah yang diberikan oleh keluarga dan rakan-rakannya. Setelah siap menyapu, aku mengemaskan pula almari pakaian yang dipenuhi dengan pelbagai barang yang dia simpan. Aku tak tahu samada barang-barang ini tidak lagi diperlukan atau sengaja disorokkan daripadaku.
     Sedang aku menyusun baju-bajuku dari dalam bagasi ke dalam almari, sebuah kotak kecil berwarna biru menghempap jari kaki kananku. Aku tersentak.
     'Macam pernah nampak je..'

     Aku mengambil dan membuka kotak tersebut. Di dalamnya, ada satu gelang tangan yang pernah aku lihat sebelum ini. Aku memeriksa belakang pelapik gelang itu. Benarlah seperti sangkaanku, terdapat tulisan 'Sanah Helwah' di situ.

     "Afiqah, ini untuk kau. Isnin nanti kan birthday kau, aku bagi sekarang supaya kau boleh bawak balik rumah. Takde lah kena rampas dengan warden.." Ujar Faziha sambil tersenyum menghulurkan kotak biru kepadaku.

     "Thanks.. Apa kat dalam ni?" Tanpa membuang masa, aku membuka kotak tersebut.
     "Eh, jed biru ke?" Tanyaku sambil menyarungkan gelang tangan daripada batu ungu itu ke tangan kiriku.

     "Ini amethyst. Cantikkan? Papa aku belikan masa dia ada flight dekat Brunei. Katanya, kat sana semua cantik-cantik, murah-murah.. Kau jagalah elok-elok hadiah aku bagi ni.."



     "Eh, hadiah Faziha bagi tertinggal bawah meja kat kelas." Aku baru teringat akan hakikat itu setelah memunggah barang ke dalam kereta. Aku meminta izin ibu untuk mengambilnya semula.
     Aku melihat di dalam laci meja. Tiada apa-apa lagi yang tertinggal. Aku hairan. Aku pasti aku hanya meletakkannya di meja. Ayah sudah merungut. Nampaknya, aku terpaksa mencarinya lain kali.




     "Faziha, aku terhilangkan hadiah yang kau bagi.. Aku tak ingat aku letak mana...." Aku meminta maaf daripadanya.
     Faziha kelihatan berkerut marah.
    "Aku baru bagi hari tu and then kau dah hilangkan?? Kau memang tak reti jaga barang kan??"

    "Aku....."

    "Dah la, jangan cakap pasal benda tu lagi. Panas hati aku!"



     "Assalamualaikum, saya dah balik!" Naeem terus duduk dan memelukku. Aku menepis.

     "Mana awak dapat benda ni..?"

     "Hah? Oh, itu..." Naeem menggaru pipi.

     "Awak curi dari orang kan?"

     "Saya memang berniat nak bagi balik.."

     "Tapi ini barang orang..!" Tempikku tanpa dapat mengawal perasaan. "Tahu tak, disebabkan ini lah orang bergaduh dengan kawan orang.. Dah la cantik, orang sempat pakai sekali je.. Kurang asam betul!!"

     "Sorry la, saya tak berniat nak buat awak macam tu. Cuma nakkan sesuatu sebagai memori.."

     "Dengan mencuri?!" Aku menempik lagi. "Dah la, awak ni memang takde hati perut. Sanggup buat macam ni kat orang. Kalau macam ni la, orang tak nak ambik STAM. Biar jadi surirumah BODOH je pun takpe. Tak payah ambik STAM, tak payah masuk U."

     "Jangan macam ni.. Saya mintak maaf, jangan lah menangis. Ini.." Dia menghulurkan sepucuk surat untuk aku. "Surat tawaran.."

     CHIAK!!

     "Dah, tak payah belajar lagi! Biar orang duduk rumah je!!" Bentakku lagi setelah mengoyakkan surat itu.

     Naeem terdiam. Seketika, dia bangkit dan berkata "okey. Menangislah situ, cool off!" Dan dia terus keluar bilik.

     Setelah tangisanku mereda, aku mengutip semula surat yang dikoyakkan tadi untuk membuangnya ke dalam plastik. Tiada gunanya aku berkemas tadi jika aku ingin membiarkan sampah ini di sini. Aku tertarik dengan alamat yang tertulis di depan sampul itu.

     Universiti Sains Islam Malaysia

     'Surat dari USIM?'

     Aku cuba membaca surat itu. Untungnya, aku hanya mengoyak sekali dan bukan sehingga kertas itu menjadi cebisan. Aku jadi bingung dengan isi surat tersebut. Langkah terus diayun mencarinya di luar.

      "Awak, kenapa surat ni dari USIM? Bukan ni surat STAM?" Aku mendekati dia yang sedang duduk menghirup teh panas.

      "Itulah, suuz zhan. Saya balik tadi memang ada surat ni dalam mailbox. Saya sebenarnya nak beritahu awak yang saya tak dapat masukkan awak untuk ambil STAM. Mudir tak bagi saya paksa awak. Mudir tahu awak tak mahu ambil STAM. Jadi saya fikir, memang tak patut pun saya bazirkan masa awak dua tahun untuk sesuatu yang awak tak suka."

      "Awak.. izinkan orang masuk U?"

      "Terserah awak lah. Tadi awak kata nak jadi surirumah je. Saya tak halang awak masuk U. Saya dah tak kisah, asalkan awak tetap jalankan tanggungjawab awak sebagai isteri saya.."

     Air mataku mengalir keharuan.

*****
     "Abah, orang tak tahu nak duduk dengan siapa la dekat sini. Bukannya ada kelas pun pagi ni. Nanti petang baru ada kelas.." Rungutku, masih tidak mahu turun dari kereta. Terlalu awal Naeem menghantarku ke kampus.

     "Saya dah lewat ni, awak.. Saya sibuk petang ni, daripada awak pergi sendiri dengan keadaan macam tu baik saya hantar awak pagi-pagi macam ni. Awak duduk lah dengan sesiapa pun. Ajak kawan-kawan awak yang duduk hostel tuh. Saya nak pergi sekolah ni..." Naeem memujuk.

     "Yalah.. pergi la sekolah tu. Jangan fikirkan orang kat sini. Fokus betul-betul, nanti boleh la bersalin dekat Syria." Aku membuka tali keledar dan turun dari kereta. Mulut sengaja aku muncungkan.

     "Isy, umi nya. Kalau saya sambung belajar dekat timur tengah, awak punya study macam mana pulak?? Dah, jaga diri elok-elok. Jangan lupa makan kalsium tu." Balas Naeem sambil menghulur tangannya meminta disalam.

     "Ya, assalamualaikum abah.." Ujarku sambil mengusap perut yang semakin membesar. Naeem tersenyum lantas masuk ke dalam kereta dan beredar untuk ke sekolahnya.
     Peperiksaan STAM semakin hampir dan dia semakin sibuk dengan ulangkaji. Aku juga akan menghadapi peperiksaan akhir semester tak lama lagi. Dengan kandungan berusia lima bulan, aku terfikir apa yang akan terjadi setelah anak ini lahir tahun depan.


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous