Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Mute Heroes

BOOM !

Bunyi yang kuat itu menarik perhatian seisi kelas. Aku juga menoleh ke arah pintu bersama rakan-rakanku yang lain. Kelihatan seorang lelaki yang berdarah kepalanya mengacu pistol ke udara. Mungkin tadi itu sebenarnya bunyi tembakan.

"Semua diam atau aku tembak!!"

Lelaki itu memekik. Kami berpandangan antara satu sama lain. Tiba-tiba, Keong, ketua kelasku dengan tenang berganjak ke hadapan kelas. Pen marker digerakkan pada papan tulis membentuk tulisan, "kami ni bisu. Kami tak boleh nak keluar suara apa pun kalau kami nak."

"Bisu?!"

"Ya, pakcik salah masuk tempat ke? Pakcik sepatutnya ke hospital untuk rawat luka pakik tu. Ataupun at least pergi farmasi."

"Jangan nak mengajar aku! Kau pergi duduk sana dengan kawan-kawan kau sebelum aku tembak!"

"Pakcik nak apa sebenarnya? Pakcik cuma nak selamat, kan?? Kami boleh tolong pakcik, tapi pakcik kena ikut arahan kami."

Lelaki yang cedera itu berkerut dengan tulisan Keong. Keong kemudiannya mengarahkan kami untuk menyembunyikan pakcik itu sebelum cikgu sampai ke mari. Mujurlah kelas kami jauh dari kelas pelajar normal yang lain.
Pakcik ini datang tepat pada waktu guru-guru sedang bermesyuarat. Pelajar-pelajar normal tidak akan datang ke sini. Adalah sebabnya... Heh.

'Kau pasti ke apa yang kita buat ni tak salah, Ah Keong?' Midah sebagai penolong ketua kelas menyatakan kegusaran. Memang dia seorang yang tidak pernah membantah kata-kata cikgu, namun dia juga akur dengan setiap keputusan Keong.
Keong pula seorang yang licik dan berpandangan jauh. Kalau kami tertangkap oleh cikgu dalam apa-apa masalah, dialah penyelamatnya. Haih, memang macam ni la nak survive kalau masyarakat semua prejudis, pilih kasih!

"Apa yang terjadi?!" Jerkah Cikgu Jalil sebaik sahaja melangkah ke kelas. Dia memandang ke arah Keong.

"Saya jatuh tadi.. Nak betulkan jam tu tapi kerusi bergoyang pulak." Balas Keong menggunakan bahasa isyarat.

Cikgu Jalil berkerut memandang tiga buah kerusi yang tergolek di hadapan papan tulis. Entah bila pulak Keong rancang semua ni. Tulisan tadi pun dah dipadam. Sempat jugak dia menampal plaster dari first aid kit yang khas disediakan di kelas kami. Biasalah, kami kan budak "pandai"..

"Apa-apa je lah yang kamu buat ni? Walaupun kamu dah cuba yakinkan cikgu, tapi cikgu tetap takkan percayakan kamu semua lagi.. Ingat tu!" Seperti biasa, Cikgu Jalil menunjukkan amaran 'im watching you' kepada kami. Itu sudah menjadi seperti rutin Cikgu Jalil setiap kali menjejakkan kaki ke kelas kami.
Semuanya bermula sejak budak-budak dari kelas pertama datang menceroboh kawasan kami ni.

[FLASHBACK]
"Hoi, budak bisu! Kau orang fikir, kau orang menang juara rekacipta tu.. Kau orang dah hebat lah?" Cemuih Irfan, ketua kelas 3-1 kepada Midah. Dua orang lagi lelaki yang setia di sisi Irfan membuat muka bengis. Midah menikus.

"Bak sini piala tu! Sepatutnya, piala ni milik kitorang.." Irfan merampas piala yang dibawa Midah.

"Hoi!!" Keong melenting. "Kau orang ingat kau orang tu tak bisu macam kitorang, kau orang dah hebat la?"

Irfan dan dua orang pengikutnya yang tadi terkaku dengan jeritan Keong, gelak besar.
"Tengok tu.. Orang bisu, nak communicate mesti dengan kertas dan pen.. Kalau takde pen tu agaknya nak beli dekat kantin pun tak mampu. Haha!" Irfan galak mengutuk.
"Pastu nanti kebulur sampai habis sekolah. Heehee!!" Sahut seorang lagi.

Keong berdepan dengan Irfan sambil mendabik dada. Irfan mengangkat muka dengan sombong.
Keong bertindak merampas kembali piala kejuaraan sekolah dan memberikannya kepada Midah. Midah terus melarikan diri ke dalam kelas.
Irfan menghisyaratkan Amir di sebelah kirinya untuk m engejar, Keong dengan selamba menyadung kaki si gendut itu sehingga dia jatuh tergolek.
Irfan mengepal penumbuk. Dan saat itulah, aku menunjukkan kehebatan aku untuk mempertahanlan ketua kelas yang dihormati. Bukan salah aku kalau mereka cedera, abang long aku ajar aku silat hanif. Siapa suruh mereka pandang rendah?
*****

Ingatan aku kembali ke alam realiti apabila terasa seseorang menepuk bahuku. Midah mengisyaratkan aku untuk melakukan satu tugasan yang hanya aku seorang sahaja dalam sekolah ni mampu lakukan. Membetulkan urat.

'Mana?' Aku bertanya kepada Maisya yang dari tadi sibuk menyapu minyak pada lebam-lebam di badan lelaki ini.
Maisya menunjuk kepada lengan pakcik ini. Patutlah tadi aku lihat dia memegang bahu dia. Aku fikirkan bahunya luka..

"Arghh!!"

Maisya cepat-cepat menekup mulut pakcik itu daripada mengerang lebih kuat. Aku masih mengurut lengan pakcik itu apabila aku perasan mata Maisya berair. Dia menekup mulut pakcik tu dengan tangannya sendiri. Entah-entah pakcik tu gigit tangan dia tak? Tahan Maisya, tahan. Sikit je lagi!

"Ah.." Pakcik itu mendesis. Begitu juga Maisya. Kulihat Maisya terus menyapu minyak gamat dan menampal plaster di tapak tangannya. Kesian, Maisya..

"Pakcik minta maaf.." Ujar lelaki itu sambil mengusap kepala Maisya. Maisya menepis tanda tidak selesa diperlakukan begitu. "Pakcik minta maaf sebab dah susahkan kamu semua.. Kamu boleh dengar kan? Kamu.. tak pekak kan?"

Aku dan Maisya mengangguk.
"Kami cuma bisu. Kami tak pekak." Aku menulis di atas sehelai kertas.

"Pakcik.. Pakcik tak nampak macam orang jahat. Pakcik kenapa sebenarnya?" Tanya Maisya, memberanikan diri.

"Pakcik dipaksa untuk merompak oleh kawan pakcik. Tapi akhirnya, kawan-kawan pakcik tinggalkan pakcik."

"Kenapa pakcik berkawan dengan orang macam tu?" Maisya berkerut dahi.

"Ehm!" Keong datang menghulurkan sesuatu yang nampak seperti dompet kulit berwarna hitam kepada pakcik itu. 'Gopal nampak ni jatuh dari hujung seluar pakcik.' Keong menggunakan bahasa isyarat yang mudah difahami untuk berbicara dengan pakcik itu.
'Sebenarnya.. pakcik ni...'

Pakcik tu berkerut kerana tidak memahami apa yang cuba disampaikan oleh Keong. Aku dan Maisya serta beberapa rakan sekelas yang lain turut berkerut dengan ayat tergantung Keong.

Keong mengambil pen dan kertas dari tangan Maisya. Dia menulis 2 nombor yang membawa tanda tanya kepada kami. 3 9 . Entah apa yang disorokkannya dari kami.

"Heh, kamu dah tengok dalam ni eh?" Pakcik itu menyengih. Kami terkejut. Pakcik itu faham?!
"Pakcik ni undercover.. Sekarang ni nak melarikan diri dari kumpulan tu. Identiti pakcik terbongkar. Maaf ya, pakcik takutkan kamu tadi."

"Ada apa-apa yang boleh kami bantu?" Tanya Gopal mengunjukkan kertasnya kepada pakcik itu.

"Pakcik perlu hubungi HQ untuk laporkan diri. Tapi nampaknya sini takde telefon kan?"

'Siapa kata?' Keong mengangkat sebelah kening. Dia membuka begnya dan mengambil sesuatu yang berbentuk seperti jam loceng digital.

"Alat kelui?" Wajah pakcik itu melukiskan kehairanan.
"Milik mendiang ayah saya, Tan Ah Cheong."
"Kamu anak Cheong?!"
Keong sekadar tersenyum nipis.

BOOM ! BOOM !

Suara jeritan mengiringi bunyi tembakan itu tadi. Di luar kelas, kelihatan seorang pelajar normal yang keluar ke tandas diugut dengan pistol.

"Hoi, Kevin! Kalau kau tak keluar dalam kiraan tiga, aku tembak budak-budak ni satu per satu."

"Siapa tu, pakcik?" Tanya Maisya. Dia terpunduk ketakutan, begitu juga Midah serta beberapa kawan perempuan yang lain. Aku lihat mereka menyorok di bawah meja. Ceh, tadi masa lelaki ni yang lepaskan tembakan tak takut pulak.

"Itu kawan pakcik. Pakcik kena pergi jumpa dia.." Balas lelaki itu.
Keong menarik tangannya tiba-tiba. Lelaki itu terhenti. Wajahnya berkerut kehairanan. Aku juga hairan dengan Keong.

"Saya tahu itu bukan kawan pakcik. Jangan pergi.."

"Pakcik tak boleh libatkan kamu.." Ujar pakcik itu sambil mencapai pistolnya yang kami letakkan di atas meja.

Aku memerhati riak muka wajah Keong yang tertunduk. Bibirnya diketap. Aku tak tahu apa perasaan sebenarnya, benci pada lelaki itu ataupun marah kepada diri sendiri. Tiba-tiba, dia menggenggam penumbuk.
Kini, aku pasti telahanku benar.

Aku berlari menerkam lelaki itu lantas menujah tengkuknya sehinggakan lelaki itu pengsan. Sambil menarik lelaki itu kembali ke dalam kelas, aku memandang wajah terkejut Keong. Sengaja aku menghadiahkan sekuntum senyuman. Dia turut tersenyum tanda terima kasih kerana memahami.

bersambung..

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous