"Pakcik, orang yang kau cari tu takde kat sini la."
Kelihatan lelaki yang memanggil Kevin tadi mengherutkan dahi melihat kertas yang ditunjukkan.
"Tipu!" Tempelaknya. "Kalau dia takde macam mana kau orang budak-budak boleh kenal dia?"
"Tadi dia ada, sekarang dah pergi."
Kelihatan wajah lelaki itu mengendur. Seperti mempercayai kata-kata yang tertulis.
"Dari tadi aku tengok kau orang menulis tak habis-habis ni kenapa?"
Aku tersengih lucu.
"Maaflah, aku bisu."
"Lah, Kevin minta tolong budak-budak OKU?!" Ujar lelaki itu serba tak percaya lantas menghamburkan tawanya.
BOOM !
Satu tembakan dilepaskan di udara.
"Baik kau tunjukkan kat mana Kevin sekarang. Aku tahu kau sorokkan dia."
Aku mengeluh.
"Pakcik tak percayakan kami ke?"
"Kau fikir aku ni bodoh sangat ke? Kalau ya pun, mesti kau tahu dia ke mana.. Aku pasti dia belum pergi jauh."
Huh, pada aku kau cukup bodoh sebab tak sedar yang aku bukan sendirian walhal aku sebut 'kami' tadi.
Aku menjeling ke belakang. Memerhati ke arah cermin tingkap kelas. Sehelai kertas yang menunjukkan isyarat thumbs up telah diletakkan di situ sebagai tanda rancangan berjaya. Kertas itu sebenarnya menunjukkan huruf 'A' dalam bahasa isyarat. Aku tak sangka mereka akan bertindak pantas.
Aku tersenyum tanpa sedar.
"Hah! Yang kau tersenyum joker tu mesti kau sorokkan sesuatu. Kevin belum tinggalkan tempat ni, kan?! Berani kau tipu aku??"
Lelaki itu melenting. Aku jadi sebal, macam manalah boleh kantoi senyum ni?
BOOM !
Satu das tembakan keluar melepasi sebelah telingaku mengenai papan pintu di belakang. Aku berpaling apabila terdengar satu suara menarik nafas terkejut.
"Baik kau keluar, Kevin! Kalau terus menyorok, menyeruaklah darah budak-budak ni semua..."
Ugut lelaki itu. Aku mengetap bibir. Aku takkan peduli kalau Irfan mati sekalipun, tapi aku tahu pakcik polis di dalam tu akan sedih nanti.
"Polis. Jangan bergerak." Satu suara keluar dari pembesar suara yang entah mana letaknya. "Turunkan senjata dan serahkan diri anda. Anda telah dikepung."
Walaupun aku rasa tindakan polis itu terlalu lemah, aku tetap tersenyum puas. Rancangan kami berjaya!
Lelaki bersenjata itu menjeling tajam ke arahku. Pistol yang tadinya menghala ke arah belakang, diacu tepat ke mukaku. Wajah lelaki itu membengis geram. Aku terus membalasnya dengan senyuman sinis dan renungan mata mengejek.
BOOM !
Pistol terlepas. Kedengaran tapak kaki berlari mendekat. Lelaki itu yang masih dalam keadaan terkejut dengan tindakan bijak pihak polis itu aku terkam. Takkan aku lepaskan peluang ini untuk mengunci pergerakannya. Maklumlah, penuntut ilmu silat hanif...
Seorang pegawai datang menggari lelaki itu. Seorang lagi pegawai atasan menghampiriku seraya mengucapkan syabas dan bertanyakan tentang pakcik polis tadi. Belum sempat aku menjawab, Keong dan Gopal memapah keluar pakcik polis tadi yang masih belum sedar sepenuhnya.
"Terima kasih semua. Kamu memang budak pandai.. Kamu mesti diberi penghargaan." Ujar pegawai tadi sambil berlalu meninggalkan kami. Aku, Keong dan Gopal hanya membalas dengan senyuman. Memang itu sahaja yang kami mampu.
"Keong!!" Irfan merapat. "Aku.. nak mintak maaf tentang dulu. Aku harap kau semua boleh maafkan kami dan kita berkawan baik."
Salam dihulur dan Keong tanpa ragu menyambut. Aku mencebik. Menyampah aku dengan orang macam ni. Kau fikir aku nak maafkan macam tu je?
"Hei, terima kasih! Kau punya silat memang cekap. Boleh ajar aku?" Ujar Danial, pengikut setia Irfan sambil melingkar lengannya dibahuku. Aku menepis. Hei, hei.. Ingat aku takde nama ke??!
"Keong.." Aku turut menoleh. Pastilah aku ingin melihat wajah yang dirindui sejak pagi tadi. Dialah satu-satunya yang memahami kami. "Syabas, kamu buat cikgu bangga."
Puan Gheena tersenyum sambil mengalirkan air mata. Aku lihat rakan-rakan yang lain sudah berlari memeluknya. Aku hanya mendekat. Aku sangat menghormati guru kelasku ini.
"Cikgu.." Tiba-tiba Cikgu Jalil menghampiri kami. Apa lagi ysang cikgu botak ni nak? "Saya nak minta maaf sebab selalu pandang rendah pada anak-anak murid cikgu. Saya.."
"Takpe lah, yang penting.."
BOOM !
Semua orang terkaku mendengar bunyi tembakan itu. Aku dan Keong bergegas mengintai dari tingkap kelas. Beberapa orang pegawai polis terbaring cedera. Pakcik tadi kulihat ditarik memasuki sebuah kereta hitam bercermin gelap.
BUK !
Keong menumbuk dinding dengan tangan kirinya.
Pakcik Kevin..!
*****
"Mempersilakan wakil untuk menerima sijil penghargaan."
Pakcik polis itu sudah tersenyum lebar memandang Keong. Keong tidak mendengar, aku menguis lengannya. Dia mengangkat kening kepadaku. Aku menyengih, entah apa yang difikirkannya. Aku mengisyaratkannya untuk naik ke pentas. Fikirku dia sekadar terlupa. Namun, apabila polis itu memanggil sekali lagi, Keong menyuruhku pula yang naik ke pentas. Aku mengerutkan dahi, tapi Keong mendesak. Melihatkan pelajar-pelajar lain sudahpun membuat muka pelik, aku pun naik ke pentas dengan serba rela.
Melangkah turun dari pentas, aku melihat wajah Keong masih kelam dalam perasaannya. Masih bersedih kerana Pakcik Kevin ditangkap semula oleh kumpulan kongsi gelap tempoh hari. Aku cuba memujuknya dengan menghadiahkan sekuntum senyuman dan mengunjukkan sijil keramat kepadanya. Yalah, bukan senang-senang nak dapat benda alah ni!! Keong tetap tidak peduli, dia menoleh ke kiri. "AGH!" Jeritnya lantas berlari ke arah bangunan kelas kami sambil menolak pelajar yang menghalang laluannya. Setelah menyerahkan sijil kepada Gopal, aku segera mengejar Keong. Apa yang dia nampak?
"Jangan lari!!" Tegah Cikgu Jalil yang tidak aku pedulikan. Perlu ke aku dengar cakap cikgu tu? Eh, perlu ke aku gelar orang macam tu cikgu? Dia tak hormatkan aku pun sebagai pelajar dia..
Aku menjejakkan kaki di pintu kelas. Kelihatan seorang pegawai polis wanita sedang memegang bahu Keong sambil berkata, "dia tak apa-apa. Dia harap adik boleh belajar elok-elok. Dia masih boleh jalankan tugas dia.." Pegawai itu mengukir senyum dan menepuk bahu Keong sebelum dia berlalu pergi.
Aku terkedu seketika. Keong yang kulihat berdiri kaku di depanku, aku hampiri.
'Kenapa?' Aku bertanya.
Dengan wajah sugul, dia menyerahkan sekeping kertas kepadaku. Aku terkejut membacanya.
Keong mengetuk-ngetuk alat kelui di mejanya. Dia mengoyakkan secebis kertas dari buku nota dan menulis sesuatu di atasnya. Kemudian, dia terus berlari keluar. Aku terkocoh-kocoh mengekorinya.
"Agh!' Keong mendapatkan pegawai tadi. Pegawai itu menoleh dan Keong memberikannya alat kelui itu berserta nota yang ditulisnya tadi.
"Dia lebih perlukannya. Minta dia simpan elok-elok. Dan.. katakan padanya, kami sekelas sayangkan dia. Dia tak boleh mati!"
Pegawai itu tersenyum menahan gelak. Begitu juga aku. Ceh, Keong.. dalam hati ada taman!
Pegawai itu memandang Keong penuh makna. Seketika kemudian, dia mengangguk. "I will." Katanya.
Keong berpaling setelah berterima kasih kepada pegawai itu. Langkahnya longlai. Dari wajahnya yang sedia menunduk itu, aku lihat air mata menitis ke lantai. Keong?
'Aku harap Pakcik Kevin berhenti daripada kerja ni. Aku tak nak dia mati.. macam bapak aku.' Keong memberitahuku di saat aku memeluk bahunya, memberi semangat. Tiba-tiba hatiku pula dilanda sayu.
Post a Comment