Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Dilema Cinta

     Kertas yang aku renung sejak semalam, aku renyukkan. Hati masih keliru samada untuk bersetuju dengan cadangan ibu dan ayahku. Istikharah yang ibu amanahkan, tidak menampakkan sebarang petanda. Mungkin aku perlu melihat'nya' sendiri nanti. Biodata yang ibu sediakan tidaklah mencukupi. Memandangkan 'dia' sekelas denganku, inilah peluang untuk aku memerhatinya. Kata ayah, mereka belum lagi ke rumah'nya' biarpun ibu dan ayahnya sudah lama bersetuju.
     Kaki melangkah malas ke luar surau. Kasut disarung ke dua-dua belah kaki, kemudian langkah diorak pulang ke asrama. Sampah di tangan dicampak ke tong sampah berdekatan.

     "Hei, awak! buang sampah masuk tong. bukan atas lantai.."

     "Huh?" Spontan perkataan itu keluar dari mulutku bila mendengar satu suara yang serak-serak basah menegurku. Aku berpaling melihat semula tong sampah tadi. Menyedari kertas yang dibuang tadi terjatuh ke lantai, aku terus mengutipnya dan membuangnya dengan betul.
     "Maaflah, tak masuk gol pulak." Ujarku sambil memandang sekilas wajah pelajar putri yang menegurku itu.
     Mata sedikit terbuntang. Aku terkedu.
     Dia tersenyum lalu berkata, "lain kali hati-hati."

     Mata mengekori langkahnya seolah-olah menghantarnya pergi. Setelah jarak antara aku dan dia semakin menjauh, aku mencari semula kertas biodata tadi untuk memastikan sesuatu.

     Nurul Afiqah binti Haji Ahmad Hamdan.

     'Betullah ini gambar dia!!' Detus hatiku. Aku memandang semula ke arahnya. Kelihatan dia sedang melangkah masuk ke asramanya. Aku sedikit terkejut dengan hakikat 'dia' yang lah yang menegurku. Aku memandangnya semula.
     'Aku takmo orang yang suka bercakap saya-awak, dan aku tak suka jugak perempuan yang sesuka hati bercakap dengan lelaki tanpa sebab yang syar'ie.' Rungut hati kecilku. Walau apapun, aku mesti membuat risikan lanjut. Aku tak boleh hampakan harapan ibu.

*****
     Aku sengaja berpuasa dan datang awal ke kelas kerana aku menjangka dia akan datang awal hari ini. Aku selalu memerhatikan dia berpuasa setiap hari Khamis. Sambil menunggu, aku membuka surah AnNisa, ingin menambah kefahaman mengenai hukum perkahwinan dengan melihat dalil Al-Quran.

     "Afiqah!!"
     "Shh..."

     Aku terhenti sebentar. Dada berdegup kencang dan aku tidak sabar untuk berpaling melihat wajahnya sekali lagi. Aku meneruskan bacaan, tetapi telinga dipicing untuku mendengar butir perbualan Afiqah dan sahabatnya itu. Aku masih tidak faham, adakah mereka ini akrab ataupun sekadar rakan biasa?
     Suara mereka berdua tidak lagi kedengaran. Hanya sesekali kudengari bunyi buku diselak. Aku berpaling sebentar, sambil berpura-pura mencari buku di dalam beg.
     Afiqah melipat kepala tudungnya. Mukanya kelihatan benar-benar serius menghadap buku latihan di meja. Sesekali mulutnya berkumat-kamit membaca ayat dari dalam buku. Aku berpaling semula ke hadapan. Satu perasaan aneh menyusup masuk ke dalam hati. Inikah yang dinamakan cinta?
     Ah, tak boleh! Aku mesti mendapatkan yang terbaik unutk SMA. Aku tak boleh lalai....



    Aku mengerling jam yang melingkari pergelangan tangan. Lima minit lagi perhimpunan akan bermula. Aku bangkit unutk keluar dari kelas. Kulihat Afiqah sedang tidur di mejanya. Aku cuba untuk mengejutkannya agar tidak terlewat.
    "Afiqah, bangun.." Ujarku dari hujung meja sebelahnya.
    "Hilang HeLilintar BerBatu-batu. Cicak Nampak Orang Fly."

    Aku bingung. Macam pernah kudengar ayat itu. Seketika Jadual Berkala Unsur tergambar di ruang minda. Aku menggeleng.
    "Fiqah, jangan merepek pasal Chemistry la. sekarang ni perhimpunan...!"

    Afiqah masih tidak berkutik. Aku terdesak. Jika ditunggu mungkin akan menimbulkan masalah dengan pihak sekolah. Akhirnya aku mengetuk meja dengan kuat dan terus berlari keluar. Sempat aku melihat Afiqah terduduk tegak dengan nafas termengah. Rasa bersalah pula, aku membuat dia bangun dalam keadaan terkejut sebegitu.

*****
     Aku serba salah melihat Afiqah sering termenung sendiri. Sejak pertunangan kami tahun lepas, aku perhatikan dia mengasingkan diri dari kawan-kawannya. Bahkan Faziha juga terpaksa membiarkan dia sendiri melayan perasaan. Aku yakin, Faziha pasti tidak mengerti akan perubahan mendadak sikap Afiqah itu.

     "Hoi, menung!!" Sergahku.

     Afiqah kelihatan sedikit terkejut namun dia tidak cepat melatah. Melihatkan aku, dia menundukkan wajahnya. Menjaga pandangan.

     "Ya, ada apa?"

     Nyata dia tidak mendengar kata-kata aku tadi. Aku terus berdiri di hadapan mejanya.

     "Tahniah sebab dapat tempat ketiga tahun lepas. Kau mesti pandai kan?" Mukaddimahku, tidak mahu dia terus terkejut dengan pendekatan diriku ini.

     "Alhamdulillah, rezeki lebih Allah bagi. Saya tak usaha banyak pun. Cuma buat apa yang termampu." Balasnya penuh tawadhuk membuat hatiku tergoda.

     "SPM tahun ni, kalau kau dapat result okey kau nak ke mana??"

     "Nak masuk USIM. Belajar pasal chemical and drugs. Sekarang ni ramai sangat orang salahguna dadah. Suka hati je buat dadah tu jatuh haram pada dia. Kalau belajar macam ni, satu hari boleh bagi ceramah kat orang pasal kebaikan dadah. Aku tak suka orang pandang jelek kat dadah walhal diorang makan paracetamol setiap kali demam. Benci betul!!!" Balasnya penuh semangat. Dia melipat kepala tudungnya. Memang itulah tabiat Afiqah sekiranya dia tertekan atau marah. Aku semakin tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Niat murninya boleh membantu aku untuk bersama menuju syurga Ilahi. Aku tersenyum.

     "Kau nak jadi pegawai ADK ke?"

     "Antidadah Kebangsaan?!" Afiqah tertawa sinis. "Tak minatlah nak kerja dengan kerajaan. Banyak sangat propaganda. Baik bukak klinik sendiri dengan kawan satu U or anyone whose interested. Guna duit suami ke... Haha, kikis harta!!!" Dia ketawa lagi seperti memerli diri sendiri. Tiba-tiba mukanya dipalingkan ke kiri. Aku dapat melihat garis-garis kehampaan terlakar di wajahnya. Ada juga rona kerisauan menghiasi dahinya. Aku terkesan. Satu perasan mendorongku untuk menenangkannya, namun iman memujuk supaya aku terus bersabar melawan nafsu. Aku diam.

     "Kau boleh pergi tak? Tak elok lah kita macam ni.. Nanti kena rotan dengan mudir pulak. Lagipun, ibu dengan ayah dah tunangkan aku. Baik kau blah sekarang.." Ujarnya dengan suara yang sedikit serak.

    Aku menahan senyum apabila dia menunjukkan cincin emas putih pilihan ibu yang melingkari jari manisnya. Cepat-cepat aku meninggalkan dia sebelum senyuman aku kelihatan ketara. Lagipun, ada betulnya juga kata-kata Afiqah. Berdua di dalam kelas ini boleh membawa bahana. Biarpun ayah sudah memaklumkan mudir yang kami berdua sudah bertunang, tetapi persepsi orang tidak boleh diketepikan.

*****
     Jumaat itu, aku sempat menaiki bas terawal yang selalunya dipenuhi junior tingkatan satu untuk pulang dari Surau Al-Falah. Aku terasa ingin ke tandas. Dalam perjalanan melalui hadapan kelas, aku ternampak dia termenung sendiri menghadap ke luar kelas. Aku menghampirinya, merenung segenap sudut wajah yang bersih dan licin itu. Aku dapat melihat sebuah kerisauan terlakar di wajahnya. Aku duduk mencangkung di tepi kerusinya. Dia masih termenung.

     "Fiqah, jauh menung!!?"

     Badannya terhenjut sedikit menunjukkan dia terkejut. Aku tersengih.

     "Boleh tak kau jangan kacau aku? Kau selalu kenakan aku.. Aku tak sukalah!!" Marahnya sambil mengusap dada.

     Suaranya yang tegas memarahi aku kedengaran bergetar. Aku rasa aku tahu apa yang difikirkannya. Melihatkan cincin yang masih melingkari jari manisnya, aku menyengih lagi.

     "Oh, ingatkan tunang rupanya... Hensem eh, tunang kau??" Usikku.

     "Manalah aku tahu! Aku tak pernah jumpa dia. Yang datang masa tunang pun cuma mak ayah dia jer. Aku tak kenal langsung dengan dia. Entah orang dari ceruk pedalaman mana entah yang mak aku berkenan sangat tuh. Dengar cerita macam baik sangat, entah-entah hipokrit je.. Aku risau.... Aku nak belajar tinggi-tinggi, ikut sunnah Aisyah Humaira. Alim dan solehah."

     Sampai hati kau kata aku hipokrit, Fiqah..? Takpe lah, aku faham perasaan kau. Kau belum tahu yang aku lah bakal suami kau. Tapi aku janji, aku akan tunaikan impian kau untuk jadi pharmacist tuh. Aku bukan lelaki yang macam kau fikirkan.
     Tiba-tiba, perutku memulas. Baru aku teringat yang aku sedang dalam perjalanan ke tandas.

     "Hah, kenapa pulak kau ni?" Afiqah berkerut memandangku.

     "Aku nak pergi tandas..."

     "Lah, pergilah cepat... Kesian dekat urinary bladder kau. Nanti urea kau merajuk tak nak keluar kan payah. Jadi toksik dalam badan. Pastu built jadi batu karang... Susah nak ubat." 

     Aku tersenyum lantas bergegas pergi. Hati kecil berbunga, 'sayang jugak kau kat aku ya, Fiqah.'

*****
     "Hei, Naeem! Kau ada skandal apa dengan Afiqah Hamdan yang gila kimia tu? Ada budak cakap, nampak kau berborak dengan dia. Kau jangan cakap yang kau couple dengan dia.. Kau tu dah la Mumtaz SMA. Jangan buat perangai, adik-adik ikut..." Serius sahabatku ini menegurku. Aku tersenyum dan senyumanku membawa kerutan di dahinya.

     "Kau jangan beritahu sesiapa.." Keningnya terangkat sebelah mendengar mukaddimah dariku. "Sebenarnya, mak bapak kitorang nak kahwinkan kitorang. Kitorang dah bertunang bulan lapan tahun lepas."

     "Biar betul?!"

     Seisi kela prep itu memandang ke arah Ikmal. Aku menunduk, hati tertawa melihat gelagatnya. Ikmal sekadar mengangkat tangan tanda memohon maaf. Dia kembali fokus kepada perbualan kami.

     "Kau jangan main-main, Naeem..." Ikmal bertanya dengan suara yang direndahkan.

     "Iya.. Mak bapak kitorang kan 'sahabat'.. tapi kau jangan la kecoh-kecoh. Sebab dia tak tahu yang dia  bertunang dengan aku."

     "Huh?! Korang bertunang dah lebih setahun, tapi dia tak tahu kau ni bakal suami dia??" Kening Ikmal berkerut lagi.

     "Haah, kitorang belum berjumpa lagi. Aku segan kot...."

     "Tak elok lah kau ni.. Hak dia untuk tahu siapa bakal suami dia. Kau segan ke, apa ke.. kau tetap tak boleh langgar hak dia. Apalah, nama je mumtaz SMA.."

     "Tapi dia redha je dengan aku.."

     "Kau dera perasaan dia kot.. Kau biar dia tertanya-tanya sedangkan kau tahu yang dia tu tunang kau. Tak adil lah... Hak mengenali bakal pasangan tu hak yang ditetapkan syariat."

     Aku terdiam mendengar kata-kata Ikmal. Aku tak tahu apa yang patut aku lakukan sekarang. Sungguh aku tak mahu beritahu kau yang aku ni tunang kau. Aku takut kau tak mahu terima aku.
     Tapi kalau ini hak kau, mungkin ayah aku atau ayah kau akan berfikir tentang ni nanti...

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous