Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
(Im yours..)

Pagi itu, Adilah bangun seperti biasa. Dia terus ke bilik air untuk memberus gigi sebelum berwudhu dan menunaikan solat Subuh. Dalam keadaan mamai, dia memicit ubat gigi ke sikat gigi. Seketika, dia perasan sesuatu.
"Isy.." Dia mendesis.

Usai bersarapan, Adilah terus ke dapur untuk mencuci pinggan. Khairul menyelinap di belakangnya.
"Dilah.." Adilah terkejut, hampir sahaja pinggan di tangan terhempas ke sinki.
"Dilah, kau nak keluar ke?"

Dia berkerut dahi. "Tak.. Kenapa?"

"Takdelah, aku pelik kau tiba-tiba pakai purdah pagi-pagi padahal kita berdua je dalam rumah ni. Fikirkan kau sengaja nak suruh aku ajak kau keluar ke apa.."

Adilah menggeleng. "Takdelah, no such thing."

"Dah tu kenapa tiba-tiba berpurdah?" Khairul tak mampu menduga ulah isterinya.

Adilah menggeleng, sebagai tanda tidak mengapa. Ada sesuatu yang dia sembunyikan.

"Jomlah, kita keluar. Bila lagi nak dating kan..?"

"Nak pergi mana?"

"Jalan-jalan KLCC."

"Nak buat apa kat KLCC tu?"

"Saja, cuci mata.." Adilah menjeling sebagai amaran. "Window shopping..." Khairul menyambung, sedikitpun tak terkesan dengan amaran Adilah. Bukan sifatnya untuk cuci mata dengan melihat-lihat perempuan asing yang bukan halal baginya.

"Hmm, aku malas lah.. Penat.." Adilah seperti menolak. "Tapi ikut kau lah.."

"Jom, cepat bersiap."



Mereka berdua berjalan di seluruh KLCC. Semua kedai yang ada disinggah. Terkadang Khairul mengajak Adilah melihat-lihat barang perhiasan wanita. Entah apa mindset suaminya itu ingin membelikannya rantai lagi. Apa dia fikir Adilah obses dengan rantai? Belikanlah perhiasan lain pula kot ye pun...
Adilah pula seronok menarik Khairul memasuki kedai-kedai baju. Ada saja yang digayakan di badan Khairul. Jaket.. Sweater.. Topi.. Rayban.. Semuanyalah. Naik rimas Khairul apabila badannya dibalik-balik untuk dipakaikan aksesori-aksesori itu. Tak kurang juga, Adilah turut menggayakan baju-baju yang berkenan dihatinya untuk dibeli. Namun, dia tetap dengan prinsipnya. 'Hari ni window shopping je. Tak ada keperluan untuk membeli.'

Mereka berhenti untuk makan tengah hari di subway. Sedang asyik menikmati roti di tangan, Khairul menyuakan rotinya ke muka Adilah.
Dengan berhati-hati dia menyelak purdahnya memberi ruang kepada suapan Khairul. Kecil sahaja ruang yang dibuka membuatkan Khairul berasa geram untuk melihat wajah isterinya. Yalah, sejak pagi-pagi lagi wanita itu memakai purdahnya!
Khairul mencolek hujung roti ke muka Adilah.
"Eyy..!" Adilah menggerutu. Sos tomato dan barbeku yang mengotori sekitar bibirnya dikesat tisu.

"Dilah..." Khairul memanggil lembut. Senyuman nakal tak lepas dari bibirnya.

"Apa?!" Adilah berkerut marah. Habis purdahnya berbau sos barbeku pula!

"Apa yang kausorok dibalik purdah tu? Ada apa-apa ke hari ni sampai kau langsung tak nak buka purdah untuk aku?" Soal Khairul sambil merenung wajah isterinya itu.

"Kau nak aku buka purdah kat sini ke, Khairul?" Sinis jawapan Adilah, namun ada betulnya juga.

"Maksud aku.. sejak pagi lagi kau pakai purdah tu. Aku rindu la nak tengok muka kau.."

"Merepek." Adilah menyorok hidung yang mulai kembang. "Baru semalam kau tengok muka aku.. Pastu hari ni dah rindu..!"

"Betullah. Setiap pagi aku kena tengok muka kau. Tapi pagi ni, aku tak nampak pun.. Aku rindu..."

"Cia cia cia.." Balas Adilah, malas melayan kata-kata Khairul.

"Cepat habiskan makanan. Jom kita balik.."

"Eh, kan dah nak masuk waktu Zohor.. Solatlah dulu.."

"Solat kat rumah je..!"

Melihatkan Khairul yang mula tak sabar untuk pulang, Adilah menelan liur.



"Cepatlah, Dilah.. Kenapa lama sangat ambil wudhu tu..?"
Adilah mencebir bibir.
"Kenapa kau tak solat kat surau je?"
"Salah ke kalau aku nak solat dengan isteri aku?"
Adilah terdiam.
"Cepatlah keluar.. Sampai bila aku nak tunggu ni? Kau tak nak solat ke?"

Pintu bilik air dibuka. Khairul hampa melihat Adilah menutup wajahnya dengan tuala.
'Hmm, takpe.. Tunggu sekejap lagi..'

Khairul membiarkan Adilah bersiap memakai telekung tanpa diganggu. Dia akur untuk tidak menoleh ke belakang walau untuk mengerling wajah isterinya.
Seusai solat dan mengaminkan doa, mereka bersalaman seperti kebiasaan. Khairul menarik wajah isterinya dan memegang kepala Adilah yang cuba dilarikan dari pandangan Khairul.

"Haa, kan canti.." Khairul tertawa.
Adilah buat muka. Tangan menutup hidungnya yang cela dek jerawat komedo. Isy, dia ni...!

"Ini ke yang kau sorokkan dari aku?"

"Janganlah gelak!!" Marah Adilah. Dia cuba untuk menunduk melarikan wajah, namun Khairul memegang kejap kepalanya dan terus menatap wajahnya.

"Sinilah, aku tengok..."
Khairul menyuruh Adilah membuka tangannya. Dalam enggan, Adilah akur dengan arahan suami.
"Jerawat kecik je ni.. Tak sampai tiga hari hilanglah kan..?"

"Diamlah." Adilah segan. Sebolehnya dia mengelak dari topik ini.

"Adilah... Apalah sangat jerawat ni.. Kecik je dibandingkan dengan cinta aku untuk kau..."

Hati berbunga. Senyuman tak mampu ditahan lagi. Hidung juga kembang tak sempat disorok.
Adilah memukul bahu Khairul. "Cia cia cia.."

Adilah ni kalau ikut manga dah macam ape tu..? Tsundere? Okbai. 😳

Labels:


Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous