Pagi itu, Bella bangun dari tidurnya dengan satu perasaan yang aneh. Bahagia dalam ironi. Dia bermimpi tentang lelaki yang telah mempengaruhi hidupnya dan mengubahnya menjadi dia yang sekarang. Bella tersenyum sepanjang dia bersiap menyarungkan blaus dengan padanan tudung bawal pucci bidang 50. Sopan dan patuh syariah, menjadi pakaian yang dibawanya setiap hari ke tempat kerja.
Masuk ke pejabat, dia disapa rakan baiknya Nelle.
“Oit, happy nampak.. Ada apa-apa ke?” Pagi-pagi lagi sudah galak memerli.
“Naili, pagi…! Takde apa-apa lah. Allah bagi aku rezeki awal pagi. Mimpi baik punya.” Balasnya selamba.
“Mimpi apa, sampai tiba-tiba sebut nama IC aku? Mimpi bos bagi bonus awal eh?” Mereka tertawa.
Klien yang ingin ditemui lewat sejam. Panas punggung Bella menunggu lelaki itu. Kata pengurusnya, lelaki itu merupakan prospek unggul yang setaraf dengan klien korporat. Ceh, kalau dah bukan korporat tu tak payah nak kipas sangat lah.. Perangai pun macam keparat je.. Mungkir janji, tak tepati waktu!
Bella cuba menenangkan hatinya dengan beristighfar. Husnuzzhan cuba dipraktikkan untuk mengekalkan first impression yang neutral.
“Dia dah sampai.” Bisik Encik Syahmi, menyuruhnya bangun untuk menyambut klien itu.
“Apa khabar, Tuan Shahrizal? Selesai dah masalah yang timbul tadi?” Encik Syahmi bermanis mulut.
“Khabar baik. Tak payahlah panggil Tuan.. Encik je dah memadai. Maaflah buat awak semua menunggu.” Balas lelaki itu yang usianya seperti tidak jauh beza daripada Bella.
Bella termangu seketika melihat lelaki itu. Pakaiannya jelas menunjukkan personaliti pegawai elit. Wanita di sebelahnya juga kelihatan elegan dengan jubah polos.
“Nabilla!” Tegur Encik Syahmi.
Bella tersentak. “Eh, maaf.” Dia bersalaman dengan sekretari merangkap pembantu peribadi kliennya itu. “Saya Nabilla.”
Shahrizal tersenyum panjang. “Ya, Bella the Playgirl.”
Sah! Lelaki ini memang dia yang ditunggu selama ini!!
Bella asyik termenung sejak balik dari bertemu klien pagi tadi. Nelle jadi hairan. Dia mengerling suaminya di meja bertentangan.
Suaminya mengangkat muka bertanya kenapa. Dia hanya mampu mengangkat bahu dan menggelengkan kepala. Entah apa masalah rakannya ini dengan klien pagi tadi. Andai dia tahu, sudah tentu dia membahan (mengusik) awal-awal.
“Bella! Kau kenapa, termenung je..?”
Bella tersentak. Dia tidak menyedari bila rakannya itu mendekati mejanya. “Babe, aku..” Bella teragak-agak memberitahu. (hesitate.) “Aku jumpa..”
“Jumpa siapa? Pocong?!” Nelle mengusik.
“Hey.. mulut tu jangan cabul. Nasib baik siang.. Jangan sampai malam nanti dia datang kat you..!” Babe menegur isterinya.
“Bukan pocong.” Bella menjawab serius. Babe dan Nelle memberi sepenuh perhatian. “Aku jumpa Shah!”
“Shah? Shah mana?” Babe tidak mengingati.
“Shah buah hati kau tu ke?” Soal Nelle. “Budak nerd tu?”
Bella masih terawang-awang dengan fikirannya sendiri. Babe mula mengingati. “Ahh.. budak nerd yang tinggalkan Bella waktu last tu?”
“Shhh..” Nelle menegur supaya Babe tidak menyinggung hati Bella. Babe menekup mulut. Bella pula masih dilamun kenangan.
Day 0.
“Bella, kau tak penat ke?”
“Apa dia?” Bella melepaskan straw yang digunakan untuk menghirup strawberry ice blend di hadapannya.
“Tukar-tukar boyfriend macam ni.. Kau tak teringin nak steady ke?” Babe menyambung soalannya.
“Hek eleh. Mentang-mentang korang berdua dah steady, nak perli aku pulak? Korang tu baru je steady.. Kalau nak cabar aku, buktikan korang steady sampai pelamin dulu!” Bella mengherdik dua sahabatnya itu. Bukan niatnya untuk biadap, tapi memang mereka senang berkasar begitu.
“Bukan perli, Belle. Tapi sampai bila kau nak macam ni?” Celah Nelle yang duduk bersilang kaki di sisi Babe. “Sebagai perempuan, kau kena beringat. Kau buat senang-senang kau dekat semua lelaki tu.. Permainkan hati diorang, kikis duit diorang.. Jangan ingat diorang akan biarkan aje..”
“Eh, diorang yang habiskan duit untuk aku. Siapa suruh gatal nak couple dengan aku, bayar lah!!”
“Betul cakap Nelle tu, Bella.. Sebagai lelaki, aku nak tengok kau ni dengan orang yang betul. Aku tak nak suatu hari nanti kau terperangkap dengan mamat sugar daddy mana entah yang akan kurung kau dengan semua duit-duit yang dia ada. Kau kena berfikir ke depan, Bella..” Babe menyambung nasihatnya.
“Itulah, aku pun nak berhenti jadi keras macam ni. Aku takut anak-anak aku nanti ada yang sampai buat operation yang membahayakan diri pulak. Bahana tu!” Nelle tiba-tiba mencelah menyatakan keputusan dramatik yang akan mengubah hidupnya.
“Eh..?” Babe memandang Nelle. “Jadi you nak I berubah jadi lelaki macho? You.. I sayangkan you seadanya tau..”
“Hoi.” Nelle menunjal bahu Babe. “Aku cuma nak ubah penampilan sikit je. Bukannya nak berubah 180 degree ke apa..” Marah Nelle. “Kau bukan seteruk aku. Aku nak berhenti merokok, and berhenti futsal. Futsal tu buat aku sakit badanlah. Lagipun junior sekarang banyak yang gedik-gedik kat aku. Menyampah!”
“Oh, itu Babe sokong. Merokok tu busuk, and yea get away from all those people. I kan ada untuk you, Nelle.”
Bella menggeleng-geleng kepala melihat sahabatnya yang ingin bermesra di depannya padahal mereka baru seminggu menyedari perasaan antara satu sama lain. Sekilas dia melepas pandang, dia terlihat seorang lelaki yang kelibatnya begitu asing di kafeteria itu.
“Korang.. tengok tu! Budak nerd tu datang sini la! Apa dia buat kat sini?” Bella memandang remeh terhadap Shahrizal.
“Dia datang sorang ke? Dia bukak laptop dia laa, dia study kot..” Babe tidak tidak ambil pusing sangat tentang pelajar nerd. Tetapi ayat Nelle membuatnya berfikir.
“Aku rasa dia ada appointment dengan somebody kot. Biarlah dia, bukannya dia takde duit nak datang sini. Bapak dia shareholder terbesar Bernas Corps kan..” Nelle menghirup air latte miliknya yang dikongsi bersama Babe.
“Bella, kau tak nak try couple dengan dia ke?” Babe mengusul cadangan.
“Dia bukan taste aku la..” Bella menolak mentah-mentah.
“Alah, try je. Mana tahu kau boleh kenakan dia something.. Kikiki..” Babe terus mencadang sambil mengangkat kening kepada Nelle, ingin kekasihnya itu mengerti maksud di sebalik cadangannya itu.
“Jahat kau ni ya.. kau tak kesian ke dekat budak tu.. Aku kikis duit dia nanti..” Bella ikut tertawa bersama Babe.
“Haah lah. Hari tu aku ada hutang dengan dia!” Tiba-tiba Nelle menjerit menyedari sesuatu. Dia memanggil lelaki tadi dengan jari telunjuknya membuat isyarat mari sini.
“Hari tu aku hutang kau enn.. Hari ni aku nak bayar balik.” Ujar Nelle sambil menyinsing lengan baju. Senyuman nakal terpamer jelas. “Ni kawan aku ,Bella. Dia akan ajar kau cara-cara untuk date dengan berjaya. Aku dengar kau takde pengalaman dalam hal ni kan? Kau pun perlukan pasangan untuk teruskan legasi warisan bapak kau, kan..”
“Ehh?” Lelaki itu mengerutkan dahi.
“Kau date dengan Bella seminggu. Aku jamin kau akan belajar banyak daripada dia.”
~~~
“Dia dah tak macam dulu..” Bella bercakap sendiri seperti berbisik. Namun, Naili dan Babe dapat menangkap suara Bella. Mereka berpandangan. Sejauh manakah perubahan lelaki nerd itu?
Post a Comment