Azan berkumandang. Aku menutup naskhah Al-Quran dan bersedia untuk menunaikan solat Isyak. Ketiadaan Zairi bersama aku di rumah ibu dan abah membuatkan hidup aku terasa kosong. Dan disebabkan bosan sangat, aku terus tidur sahaja selepas solat Isyak. Bantal ekstra di sebelah kepalaku aku bawa ke dalam pelukan. Inikah rindu?
"Suzana, bersiap sayang.. Ikut ibu dan abah.."
Pagi itu, ibu dan abah membawaku berjumpa doktor pakar. Pelbagai ujian diagnosis dijalankan untuk memastikan kandungan aku sihat tanpa sebarang masalah. Ujian darah, ujian air kencing, scannings.. Ah, penatnya.
Akhirnya, doktor mengesahkan bahawa kandungan aku tiada apa-apa masalah. Tiada apa yang perlu dirisaukan dengan pendarahan yang aku lalui. Selain daripada anemia.
Erk, anemia buat aku lemah. Anemia inilah yang membuatkan aku cepat letih dan kadang-kala pening kepala. Diet pemakanan dengan komposisi zat besi yang cukup akan membantu. Nampak mudah, tapi itulah yang paling penting sekali.
Oh, buku merah. Buku merah pun baru saja aku buat tadi setelah diingatkan oleh ibu. Nampaknya kandungan pertama ni, banyak lagi yang perlu aku pelajari. Hmm, lets have more me time with facebook and people from the internet.
Ada orang buka jurnal untuk tulis perkembangan anak dia lah.. Macam best je.. Nak buat jugak lah.
Teringat pula tentang Zairi yang sering menulis di waktu malam. Sejak dia masakkan mushroom soup dulu, dia selalu menulis lepas tengah malam. Aku tahu ni pun sebab aku susah untuk lena. Bila dia bangun dari katil, aku pun terjaga. Cuma aku tak bergerak langsung dari katil. Tak mahu mengganggu dan tiada kepentingan untuk mengganggu.
Hmm, apa yang dia tulis eh? Entah-entah dia pun buat jurnal jugak?
"Zai.. bila kita nak jumpa ummi dan ayah ya? Minggu lepas kan kita ada plan nak pergi jumpa tapi masa tu kita sibuk pulak, langsung lupa nak balik jumpa diorang."
Zairi seperti terkedu mendengar soalanku. Dia sekadar merenung kosong sambil menghirup air di dalam cawannya. Sudah seminggu aku tak berjumpa dengannya, dan inilah perkara pertama yang aku ingat sejak dia datang ke sini semalam.
"Pergilah balik kampung jumpa ummi dan ayah kamu. Kesian diorang belum jumpa orang berbadan dua ni." Ibu menegur. Zairi diam sahaja. Aku lihat karipap di dalam pinggan tak disentuhnya.
"Haa, betul tu. Guna kereta abah tu. Pergi balik kampung. Kereta tu pun dah lama tak digunakan.." Celah abah pula.
Aku gembira. Sepanjang perjalanan aku bernyanyi. Apa saja lagu yang dimainkan di radio, semuanya aku lagukan walaupun aku tak tahu liriknya. Inilah kali pertama, sejak sekolah rendah, aku menikmati perjalanan menaiki kereta. Tuah anak ini, aku tidak lagi mual atau mabuk kenderaan.
Kalaulah perkara ini kekal sepanjang hayat, mesti seronok!
"Assalamualaikum..!"
Kedatangan kami disambut baik oleh ummi dan ayah. Mestilah mereka gembira dengan kepulangan kami. Zairi ni satu-satunya anak mereka, kan?
Ummi memasakkan lauk kegemaran Zairi. Ikan patin masak lemak cili api. Aku sendiri terliur melihatnya. Bakat memasak Zairi ternyata datang daripada ibunya. Sedari kecil, dia memang sering menolong di dapur, kata ummi.
"Aik, abang.. Sikit je abang makan? Bukan ke ni favourite abang..?" Ummi bertanya kepada Zairi. Betullah, aku lihat hanya sesenduk nasi dan seketul kecil sahaja ikan yang diambilnya. Kuah pun tak banjir seperti selalu.
"Maaflah, ummi. Dua tiga menjak ni selera abang berubah. Tak lalu nak makan nasi, dekat rumah asyik masak spaghetti je.." Zairi membuat pengakuan. Eh, kenapa aku tak perasan? Sebab aku dah seminggu duduk dengan ibu dan abah?
"Aik, selera orang putih nampaknya? Sejak bila macam ni, sejak kamu sibuk dengan kerja?" Ayah pula menyoal.
"Entahlah ayah. Kerja elok je.. Dah tak sibuk sangat.." Balas Zairi.
"Sejak nak dapat anak ni kot..?" Celah ummi dengan pandangan yang sukar difahami.
Aku berbalas renung dengan Zairi. Apa kaitan dengan baby ni pulak?
"Ana takde mengidam apa-apa ke?"
Terkebil-kebil dibuatnya mendengar soalan itu. Ada ke aku mengidam sejak mengandung ni? Penting ke mengidam tu? Bukan mengidam tu tak elok ke?
"Ana hari tu mengidam nasi ayam.." Zairi menjawab untukku.
"Eh, mana ada.. Itu memang craving biasa je lah.. Mana ada mengidam tu..! Awal sangat nak mengidam, period pun belum miss lagi masa tu!" Aku menyanggah penyataan itu. Masa tu aku craving sesuka hati macam biasa je.
Erk, craving dengan mengidam bukan sama ke?
"Tapi lepas tu Ana takde teringin benda lain?" Soal ummi lagi.
"Ana ni suka makan manis, ummi. Macam-macam dia makan.. marshmallow, pastu dok tambah susu tin.."
Aku menjeling ke arahnya. Aku tak buat dah eh!
"Ana tak sempat fikir pasal makan lah, ummi. Ana risau fikir pasal sakit perut apa semua.. Zairi ni ha, patutlah Ana perasan ada je dia masak western. Ingat tak mushroom soup hari tu? Tiba-tiba aje kan, Zairi tiba-tiba je masak benda tu. Bukan Ana yang minta pun." Aku menyangkal kata-kata Zairi tadi.
"Sakit lagi ke perut kamu? Dengarnya, kamu bleeding sampai masuk hospital?" Topik bertukar pula. Ummi nampaknya prihatin dengan kandungan ini. Yalah, cucu sulung kan.. Terasa diri ini pula yang disayangi. Haha, poyo!
"Takdelah, ummi. Anemia sikit, tapi doktor kata takde apa-apa masalah.."
"Kamu still ada bleeding lagi ke?" Ayah pula menyoal bersama kerut di dahi. Mesti Zairi yang beritahu. Tapi memang patut pun dikongsi tentang semua ni..
"Ada, tak banyak macam hari tu dah.." Aku jujur sahaja. Malu ditolak ke tepi, masalah jangan disimpan sendiri. Berkongsilah masalah dengan orang tua, mereka lebih banyak pengalaman hidup.
"Banyak ke hari tu?" Serius sahaja soalan ini. Aku perlu menjawab dengan berhati-hati. Aku tak mahu mereka risau kerana memang tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.
"Takdelah banyak sangat. Sekarang ni tompok-tompok je. Ummi jangan risau. Doktor kata itu common sebab baby kecik ke apa, Ana tak reti nak explain.. tapi doktor kata bila baby makin besar bleeding tu akan stop sendiri."
Ummi dan ayah saling berpandangan. Maklumlah, masing-masing merupakan bekas jururawat. Jadi, memang padanlah kalau mereka ambil berat tentang pendarahan. Aku ni je yang dah anggap macam semua ni benda biasa.. Eh, semua sebab doktor pun kata ini common problem..
"Kamu berdua ni balik esok ke?" Nada suara ummi mula mengendur, tak serius seperti tadi. Namun, wajahnya tetap menampakkan . "Ummi nak tinggal di rumah kamulah buat sementara ni. Nak tengokkan kandungan tu. Takut nanti kamu sibuk dengan kerja, kesihatan, pemakanan semua entah ke mana.."
Wah, baguslah tu. Ada yang sudi menjaga aku.. tapi, kalau ummi nak tinggal dengan kitorang.. nanti privacy kitorang...
"Takpe ke ummi? Ayah pulak macam mana?" Soal Zairi, keberatan.
"Eh, ayah ikut sekali lah!" Pantas ayah mertuaku menjawab. Kedua-duanya ingin ke rumah kami, kedua-duanya bimbangkan kandungan ini.
"Ummi.. ayah.. tak perlulah.. Ana rasa dah sihat sekarang, dah kuat.." Aku pura-pura menolak kerana aku menghormati perasaan Zairi. Dia tak mahu menyusahkan ummi dan ayah.
"Itu perasaan kamu je. Zairi tu mengidam, kamu pula bleeding.. Ummi nak tengok macam mana kamu ni jaga diri semasa mengandung."
Post a Comment