Welcome!
Irene Adler
s U n f l o w e r
a B u n d a n c e

ღღღ

Latest List
Full List
Fateh p Hanis:
Niat Fateh
Fateh p Hanis:
Kenduri
Fateh p Hanis:
Sebenarnya
Fateh p Hanis:
Ipar
Fateh p Hanis:
Kusut p Letih
Fateh p Hanis:
Kenangan lalu
Fateh p Hanis:
Tangan yg Menenangkan
Fateh p Hanis:
Hujan
Isteri Otaku Bukan Kisah Cinta 4 Bukan Kisah Cinta 3 Bukan Kisah Cinta 2 Dessert from the Train Feb '20: Tentang Haris 2 Feb '20; Tentang Haris 1 Mandora Box 22 Sept; Darling, I Need You 31 30 Oct; 7 Hari Bersamamu

Home | Follow | Reach me


credit
Template by : IKA
Background by : Nana Joe
Kontrak Cinta Kita
Setelah hampir sebulan, ummi dan ayah pulang semula ke kampung. Banyak tips yang ummi berikan kepadaku untuk menjaga kesihatan Suzana. Ayah juga banyak memberikan nasihat supaya aku bersabar dan bertabah melayan kerenah Suzana. Tetapi aku lihat, Suzana tak banyak kerenah pun.. Cuma pening kepala bila dia asyik nak menangis dan terasa hati. Itupun aku perasan dia ada cuba mengawal emosinya sendiri.
Hmm, lucu pulak bila teringatkan waktu ummi dan ayah beritahu yang aku ni mengidam makanan western  disebabkan anak aku tu. Tak sangka betul selera aku berubah kerana mengidam..!

Tentang kerja Suzana, dia dapat uruskan semuanya dengan baik. Mungkin juga kerana dia punya bos yang baik hati dan bertimbang rasa. Jadi kerja-kerjanya dimudahkan. Juga dengana danya bantuan teman sekerjanya yang temankan da di hospital hari tu. Bila difikirkan balik.. aku rasa bos dia terlalu sayangkan pekerja. Kan ke Suzana rapat dengan bosnya tu? Pastilah kerana dia seorang pekerja yang baik!
Tentang pendarahan tu, betullah seperti kata doktor. Sampai masanya ia berhenti sendiri. Kerana apa pendarahan itu terjadi, kekal misteri.. Mungkin juga doktor sengaja tak nak beritahu? Cuma satu je lah, Suzana tak boleh skip makan vitaminnya. Sehari dia terlupa, esoknya langsung dia tak ada tenaga. Letih, lesu, sakit kepala, anemia.. Semuanya boleh datang serentak kalau dia terlupa tentang preskripsinya itu.

Hmm.. sejak aku bakar kedua-dua kontrak tu, hati ni jadi lapang selapang-lapangnya. Benarlah, kontrak itu tak diperlukan pun dalam hidup ini. Sebab itu Ana sangat tak suka masa aku buat kontrak baru hari tu. Sampai menangis dia tengok kontrak tu.
Aku dah janji dengan Suzana, takkan buat kontrak lagi dalam rumah tangga ni.Aku selalu berfikir, dengan kontraklah dapat memastikan hak dan kepentingan masing-masing terjaga. Tak sangka rupa-rupanya kontrak itu menunjukkan sikap aku yang pentingkan diri kepada Suzana. Dia tak suka jadi sekadar penerima. Dia juga mahu memberi.

Kandungan Ana dah masuk bulan ketiga. Check up pagi tadi menunjukkan yang baby kami ialah seorang baby perempuan. Tapi, scanning tu bukannya 100% tepat, ada kemungkinan untuk silap juga..

Tiba-tiba telinga aku menangkap bunyi besi bergesel. Bunyi rantai Suzana rasanya.Rantai yang aku belikan untuknya itu, tak pernah aku lihat dia membukanya. Kadang-kadang aku yang rimas dengan bunyi rantai tu. Penulisan aku hentikan seketika.
"Zai tak tidur lagi ke?"

"Tak.. macam biasalah." Aku berbasa-basi. Aku tak tahulah kalau Ana tahu tentang jurnal yang aku tuliskan ni. Sengaja nak buat rekod, supaya anak lepas ni tak adalah panik lagi. "Ana kenapa terjaga?"

"Nak pergi tandas." Suaranya mamai.

"Hmm, pergilah. Nak Zai angkatkan ke tandas ke?" Bila lagi aku boleh angkat dia kalau kandunganna semakin membesar nanti? Tunggu lepas bersalin je lah..

"Isy." Dia menampar bahuku. "Saja nak tengok apa yang Zai buat malam-malam. Selalu sangat bangun tengah malam.. Zai bangun qiyam ke apa..?"

"Saja nak siapkan sikit benda ni." Aku berhati-hati menjawab. Bukan aku tak nak dia tahu langsung pasal buku ni, tapi aku belum bersedia untuk tunjukkan jurnal ni kepadanya. Qiyam? Sudah tentu itu ada dalam agenda aku, tapi sekarang baru pukul 1. Qiyamullail elok waktu sepertiga akhir malam.

"Hmm.." Balasnya dengan suara mamai, kemudian berjalan ke bilik air yang terletak bertentang dengan meja kerjaku ini. Aku menghantarnya dnegan pandangan. Mana tahu kalau-kalau dia nak tergelincir ke apa, sempatlah aku nak menolong.

Bayi perempuan? Nak bagi nama apa ya? Hmm, kalau aku fikirkan pun Ana nak terima ke cadangan aku?
Banyak perkara yang nak difikirkan untuk anak perempuan ni.. Takkan nak serahkan je semua hal perempuan dekat Ana?
Ah, serabut pula! Esoklah baru aku sambung..

"Zai.." Suzana memelukku dari belakang. Sejak bila pula dia keluar dari tandas? "Zai.. jomlah tidur. Ana tak boleh tidurlah kalau Zai takde sekali."

Aku meneguk liur. Malam-malam macam ni... dia sengaja nak menggoda aku ke?

"Hmm, Zai kemas meja ni sikit pastu Zai tidur. Ana naik lah katil dulu.." Ujarku sambil menutup buku. Wajah aku tundukkan.

"Nak kemas apa? Elok je Ana tengok, tak bersepah pun. Buku pun dah tutup. Jomlah.." Dia menarikku. Suaranya sengaja dibuat manja.

"Ana pergilah naik katil dulu." Merah muka ni dibuatnya. Semakin hari, dia ni semakin manja. Kadang-kadang aku tak kuat untuk melayan sebaran perbualan dengannya. Semakin tak terkawal perasaan aku untuknya.
Hmm, teringat pula tentang lelaki pilihan keluarga Suzana. Entahlah orangnya macam mana?

prev | next

kan aku ada cakap, aku nak buat Zairi punya pov jugak? so ini, dari pov si Zairi. erkk, takdelah banyak sangat yang aku tunjuk pasal Zairi ni ye rupanya? =="
ending is coming. ending dia aku gantung je boleh kan..?

Copyright of Irene Adler No Plagiarisme Please
Next
Previous